Bab 42

170 18 1
                                    

KIM Sung Bi diikat tangannya ke belakang. Kakinya juga diikat pada kaki kerusi. Mulutnya pula ditutupi dengan kain. Walaupun sekuat mana dia meraung dan cuba memperotes, suaranya tidak dapat didengari. Yang Seung Ho melakukan ini dengan sengaja.

Keadaan ruangan ini gelap. Sama macam malam itu. Adakah sejarah akan berulang kembali? Tiba-tiba badannya kembali menggigil. Ketakutan yang menguasai diri tidak dapat disembunyikan lagi. Dia cuma berharap abangnya akan datang menyelamatkannya. Dia masih ada hutang di dunia ini. Hutang berbaik semula dengan Lee Sung Yeol.

Bunyi tapak kaki kedengaran. Sung Bi cuba untuk gagahkan dirinya. Dia tidak boleh kelihatan lemah dihadapan musuh! Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sepasang mata yang amat dikenalinya di belakang Seung Ho. Dia amat pasti itu adalah dia! Apa yang dia buat disini?!

"Hello, babe." Seung Ho menghadiahkan senyuman yang paling miang Sung Bi pernah lihat. Kalau boleh esofagus ini mahu muntah hijau. Kain yang menutupi mulutnya dibuka ikatannya. Sung Bi akhirnya dapat bernafas dengan baik.

"Dinner? Shall we?" Seung Ho tersenyum lagi. Kalau boleh nak gunting sahaja mulutnya yang membuat orang sakit hati. Seung Ho memetik jarinya dan ada konco-konconya yang mengangkat meja lalu diletakkan di hadapan Sung Bi. Seseorang yang berpakaian chef pula datang dengan troli makanan. Amboi, baik pula nak bagi orang makan malam.

"HELLO."

Pemuda itu menjawab panggilan itu. Perbualan mereka di rakam dan dalam mod pembesar suara agar semua sahabatnya boleh mendengarnya dengan jelas. Perbualan itu juga boleh menjadi bukti untuk diserahkan pada pihak berkuasa. Mereka perlu ambil langkah berjaga-jaga.

"Kim Sung Gyu."

Itu ayat pertama yang keluar dari mulut orang di hujung talian itu. Nampaknya dia memang sudah menjangkakan hal ini akan berlaku. Sung Gyu semakin yakin orang tersebut ada kaitan dengan mafia Yang dan kes culik ini.

"Di mana adik saya?!"

Sung Gyu cuba untuk mengawal suaranya. Betapa dia risaukan adik kesayangannya itu. Dia tidak mahu sesuatu yang tidak baik menimpa gadis itu. Terlalu banyak keperitan hidup yang dia sudah lalui. Dia tak mahu kehilangan nyawa seorang adik. Dia tidak sanggup.

"Sabar, kamu perlu tahu sesuatu."

Tenang sahaja suara orang di atas talian. Tetapi ada nada kesedihan di sebalik ketenangannya itu.

"Tahu apa?! Yang kamu bersekongkol dengan si bedebah itu?!"

Amarahnya sudah tidak dapat dikawal lagi. Sakit hatinya mendengar suara pemuda itu yang setenang air tasik.

"Sung Gyu, apa sahaja yang dilakukan Seung Ho, itu semua berada di luar kawalan dia." Jawab si pemanggil.

"Apa maksud kamu?"

"He is sick. He is not normal."

Sung Gyu dan yang lain-lain diam membungkam. Terkejut bukan kepalang. Apa maksudnya? Jika dia sakit mengapa dia perlu bertindak sedemikian? Tenat sangat ke dia sehingga mahu berjumpa adiknya perlu menculik bagai.

"What do you mean?"

"His mental not stable. I tried to stop him but failed. Now, its your turn. To save your sister and him."

Sung Gyu sungguh tak menyangka yang sahabat masa kecilnya mempunyai masalah mental. Woo Hyun juga tiba-tiba menjadi takut. Jika mindanya tidak stabil, kemungkinan besar untuk dia bertindak diluar kawalan amat besar. Dia berdoa supaya Kim Sung Bi sentiasa selamat dimana pun dia berada.

"How... how did you know?"

"I'm son of his doctor."

Mereka semua terdiam, membisu seribu bahasa. Jika rancangan membalas dendam ini tidak dirancang, mungkin semua ini tidak akan berlaku. Ini semua berpunca dari Sung Gyu. Rasa bersalah pada adiknya kian menebal.

"He is able to kill your sister because he also killed his parent. You better come to the rescue now."

"Where is my sister?!"

DIA ditinggalkan berseorangan lagi. Dia tidak tahu sekarang pukul berapa. Mungkin sudah lewat malam. Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar. Kerana keadaan yang gelap, dia tidak tahu siapa yang datang. Perasaan takut usah digambarkan lagi.

"Kim Sung Bi."

Suara itu!

"Siapa itu?"

Tapak kaki itu semakin dekat sahaja bunyinya. Yang paling mengejutkan, dia tahu yang dirinya yang sebenar adalah Sung Bi bukan Kim Seul Bi! Bagaimana orang ini tahu? Lampu mentol yang berada di atasnya tiba-tiba menyala, menerangi dirinya.

"Lee... Lee Joo... Joon."

Joon memandang dia dengan ekspresi muka yang tidak dapat ditafsirkan oleh Sung Bi.

"Macam mana... awak boleh... tahu nama sebenar... saya?"

"Saya siasat tentang awak."

Semakin terkejut Sung Bi dibuatnya. Dia sungguh tidak menyangka yang maklumat sesulit ini pun dia boleh tahu.

"Awak... beritahu.... Seung... Seung..."

"Tak." Potong Joon. Dia tahu yang gadis ini pasti sukar untuk menyebut nama lelaki itu. Lelaki yang telah memusnahkan dunianya.

"Kenapa?"

"Sung Bi, sebelum saya beritahu segalanya, saya cuma nak cakap yang... yang saya ikhlas berkawan dengan awak."

Sung Bi berdiam diri. Bolehkah dia mempercayai lelaki ini? Bukankah motif dia berkenalan dengannya hanya untuk menjayakan rancangan Yang Seung Ho?

"Your brother on the way to save you."

Dengan itu Lee Joon memusingkan badannya ingin berlalu tetapi di halang oleh Sung Bi.

"Can... can you save me?"

"I wish I could but I can't."

Joon menutup pintu itu kembali dan Sung Bi berseorangan semula. Hatinya ingin sekali mempercayai dia tetapi mindanya tidak membenarkan. Terlalu banyak persoalan yang berada di mindanya sehingga terasa sesak nafasnya kerana tenggelam dalam pemikiran sendiri.

Siapakah Lee Joon yang sebenarnya?

Apakah hubungan Lee Joon dengan Yang Seung Ho?

Mengapa Lee Joon merahsiakan hal yang sebenarnya dari Seung Ho?

Benarkah yang dia ikhlas berkawan dengan Sung Bi?

Betulkah yang abangnya akan datang menyelamatkannya?

Bagaimana dia tahu?

Adakah dia yang memberitahu Kim Sung Gyu?

Tetapi...

Apa motifnya?

Mengapa terlalu misteri orang yang bernama Lee Joon ini?

Jika benar dia ikhlas, mengapa bukan dia sahaja yang menyelamatkannya sebelum abangnya tiba?

Persoalannya, mengapa dia tidak boleh menyelamatkannya?

Apa yang sedang berlaku tika ini?

Sung Bi semakin hanyut di dalam kotak fikirannya. Andai sahaja dia mempunyai semua jawapan kepada soalan-soalannya, pasti hatinya tidak gundah gulana seperti ini. Dia akan mempercayai Lee Joon kali ini. Dia pasti abangnya akan datang selamatkannya. Dia yakin itu!

Dalam hatinya dia berdoa semoga abangnya mampu melawan mereka dan menyelamatkannya. Dia berharap dia masih boleh melihat dunia yang dia inginkan. Dia tidak mahu mati dengan tragisnya.

Tiba-tiba badannya kembali menggigil. Keadaan semasa dia trauma kembali lagi. Memori hitam itu berlayar di mindanya berulang kali. Air mata mulai membasahi pipi. Giginya terkunci rapat dan suhu badannha semakin rendah. Kim Sung Bi sudah mulai hilang kawalan disebabkan traumanya.

Can you save me?

Can You Save Me?Where stories live. Discover now