Bab 32

250 20 0
                                    

"It's a surprise dear." Balas Sung Yeol sambil tersenyum ke arahnya lalu kembali fokus kepada pemanduannya.

DE--- DEAR?!!!

Aku tak salah dengarkan? Huh, khayalan aku aje kut. Maklumlah, aku memang kuat berangan. Orang Pisces katakan.

Tapi jujur, hati Seul Bi meloncat kegembiraan. Nafasnya berhenti seketika. Jantungnya berhenti berdegup untuk 60 saat. Lee Sung Yeol lah punca semua ini terjadi terhadapnya.

Mereka tiba dihapan pintu masuk Kompleks Membeli Belah Kingdom. Dah lama dia tidak jejakkan kaki ke sini. Mengapa pula lelaki ini bawa dia ke sini?

Seul Bi menunggu Sung Yeol yang sedang beratur membeli tiket dan bertih jagung. Dia melihat jam di pergelangan tangannya. Jarum jam menunjukkan 4.30 petang. Rasanya wayang akan habis dalam pukul 6.00 petang.

"Jom." Sung Yeol menarik tangan Seul Bi untuk masuk ke dalam panggung wayang.

Seul Bi hanya menurut sahaja seperti pak turut. Dari tadi lagi dia rasa degupan jantungnya tidak normal. Dalam fikirannya asyik memikirkan, adakah ini dikira bertemu janji?!

Pakaian yang sedondon.

Hanya mereka berdua.

Lelaki dan perempuan.

Menonton wayang.

Bukankah ini perkara yang selalu pasangan kekasih lakukan? Hmm, tak juga rasanya.

"Cerita seram?" Seul Bi melihat tajuk cerita itu pada tiket wayang yang dihulur oleh Sungyeol kepada penjaga tiket itu.

Sung Yeol hanya mengangguk, "Your favourite."

Si Sung Yeol ni tahu-tahu saja Seul Bi suka filem seram. Oh, lupa! Rasanya mereka pernah menonton wayang bersama semasa berjumpa di sini dulu. Tapi itu pun hanya sekali.

MEREKA keluar dari panggung wayang dengan kesejukan. Rasanya suhu pendingin hawa itu terlalu rendah. Nasib baik Sung Yeol bawakan jaket panas untuknya. Memang bertimbang rasa.

Sung Yeol dengan selamba badaknya menggenggam erat tangan Seul Bi. Badak pun tak cenggitu. Seul Bi yang terkejut itu terus merah pipinya menahan malu.

"Lapar?" Sung Yeol mengajukan soalan kepada Seul Bi dengan suara yang cukup menggoda. Berangan lebih, baru satu perkataan dah menggoda. Maklumlah tengah demam cinta.

"Ehm, macam lapar tapi tak." Balas Seul Bi.

Siapa yang akan makan waktu-waktu macam ini? Biasanya orang akan minum petang sahaja. Apa punya soalanlah Lee Sung Yeol ini.

"Rasanya saya tahu apa yang dapat penuhi permintaan awak sekarang ini." Sung Yeol tersenyum menyerlahkan gummy smile nya.

Mulalah jantung Seul Bi nak menari tango. Dup dap dup dap. Kalau ada mesin denyutan nadi itu, mungkin bentuk gelombangnya tinggi dan rapat.

Mereka turun ke aras dua di mana pelbagai restoran dan kafe ada di situ. Mereka menuju ke kawasan kedai pencuci mulut. Adakah...

Cone Cake.

Ya, mereka berdiri di depan kedai itu sekarang. Kedai yang menjual pelbagai jenis ais krim. Yang paling sedap... ice cream cake!!!

Terimbau pula kenangan ketika mereka makan ais krim di Lotte World. Tak sangka Sung Yeol masih ingat pencuci mulut kesukaannya.

Mereka duduk di meja bulat yang menempatkan hanya dua kerusi. Tiba-tiba pelayan itu datang dengan membawa satu mangkuk patbingsoo sebelum mereka sempat memesan.

Sung Yeol mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut. Seul Bi terkaku. Tidak dapat menghadam apa yang sedang berlaku.

"No chocolate and I hope you like it."

Baiklah Seul Bi dah mengerti segalanya. Sung Yeol telah merancangnya awal-awal lagi. Maknanya dia sudah membuat tempahan khas sebelum mereka tiba tadi.

Seul Bi mencuba patbingsoo itu sesuap. Kesejukannya cair didalam mulutnya lalu masuk ke esofagusnya. Sekelip mata sahaja Seul Bi lupa dunia. Dia dan ais krim berpisah tiada. Seul Bi menikmati patbingsoo sehingga lupa orang dihadapannya yang sedang menenungnya.

Sung Yeol telah memuncungkan bibirnya. Merajuklah tu.

"Ops! Maaf, Seul Bi lupa. Oppa nak rasa?"

Sung Yeol mengangguk.

"Beli sendiri!" Seul Bi menjelir lidah lalu menyambung makan.

"Tak adil! Oppa yang belikan untuk Seul Bi tau!"

Seul Bi tergelak melihat telatah Sung Yeol yang keanak-anakan. Berbeza dengan kali lepas semasa mereka makan bersama di restoran. Macam langit dengan bumi.

"Seul Bi..." Sung Yeol memanggilnya dengan comel. Seul Bi memandang lelaki itu. Dia membuka mulutnya minta di suap.

Seul Bi menyenduk sesudu dan sudu tersebut hanya lalu di depan mulut Sung Yeol sahaja kerana akhirnya ia mendarat di dalam mulut Kim Seul Bi. Jahat benar gadis ini mempermainkan Sung Yeol.

"Jahat!" Sung Yeol menyilang tangan di dadanya.

Seul Bi hanya mampu tergelak. Dah besar pun nak kongsi makanan ke? Siap minta suap bagai. Bukannya budak umur 3 tahun pun.

Disebabkan rasa bersalah dan Sung Yeol telah membelanjanya, Seul Bi memujuk lelaki yang sedang merajuk itu.

"Oppa... Ahhh..." Seul Bi ingin menyuapnya.

Sung Yeol kelihatan ragu-ragu. Takut diperbodohkan sekali lagi. Tapi akhirnya dia membuka juga mulutnya dan patbingsoo selamat sampai di dalam mulutnya.

Terukir senyuman dibibir lelaki itu. Maka, bermulalah adegan suap menyuap.

Selesai sahaja, mereka membeli dua cawan ais krim strawberry crepe. Memang terliur dan sedap sehingga menjilat jari kaki. LOL tipu. Jilat bibir sudah.

Perjalanan mereka diteruskan ke timur Seoul. Apakah yang menanti mereka di sana?

Sung Yeol dan Seul Bi tiba di sebuah taman hiburan yang berskala besar. Sekarang Sung Yeol mahu bermain pula? Memang seorang yang choding.

Sekali lagi, Sung Yeol memimpin tangan Seul Bi. Seperti kebiasaan, Seul Bi akan menjadi tak keruan seperti ikan haruan.

"Rumah hantu?"

Sung Yeol mengangguk. Huish, mamat ini tak takut ke? Seul Bi okey je. Benda ini kecil sahaja bagi si Seul Bi. Kalau Sung Yeol... maaf penulis sendiri tak dapat nak cerita. Hahaha.

Sung Yeol pergi beratur membeli tiket. Seul Bi hanya berdiri di situ menunggu. Pada masa itulah di mendengar bisikan-bisikan halus.

"Nampak tak lelaki berbaju peach tadi? Handsome!!!"
"Mereka berdua bercinta ke?"
"Habislah peluang kita!"
"Bukankah dia Lee Sung Yeol?"
"Lee Sung Yeol?"
"Ya, ahli kumpulan INFINITE yang tujuh pemuda kaya dan kacak itu."
"DIAKAH?!"

Seul Bi menyembunyikan mukanya. Dia rasa dia tidak layak untuk berdampingan dengan lelaki sesempurna Lee Sung Yeol. Dia sudah tahu dari dulu lagi mereka bertujuh termasuk abangnya sendiri, amat terkenal di Korea kerana latar belakang dan muka yang mereka miliki tetapi walaupun begitu mereka tidak tahu kewujudan Kim Seul Bi sebagai adik Kim Sung Gyu.

Tapi bila difikirkan kembali... Seul Bi tidak tahu abangnya bekerja di mana. Dia lihat abangnya sibuk bagaikan dialah pengarah syarikat. Tapi itu tak mungkin atau mungkin? Kerana Seul Bi terlalu kabur dengan masa silamnya.

||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

[A/N]

Stream D-Day tak tadi? >\\< Dr. AHN DAEGIL AMATLAH COMEL!!! Tak sabar nak tunggu eng sub.

-Shxmxn.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now