Bab 12

344 28 0
                                    

### Kepada para pembaca JOD (Just One Day) fanfic tersebut telah dipadam dan mungkin akan ditulis semula pada tahun hadapan (tidak pasti lagi). Harap maklum dan S meminta maaf banyak-banyak kerana terpaksa dipadam.

"KIM SEULBI!" Maya berlari mendapatkan Seulbi. Tercungap-cungap dia dibuatnya. Seulbi mengurut-urut belakang badan Maya yang tak cukup oksigen itu.

"Kau dah kenapa Maya?" Seulbi bertanya dengan prihatin. "Masalah besar dah muncul!" Dia memberitahu tujuan utamanya setelah berjaya kembali bernafas dengan normal.

"Masalah apa?" Seulbi bertanya lagi. Maya ini bukan jenis cakap secara terus terang, mesti beritahu secara samar-samar. Maya menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembuskannya dengan perlahan-lahan.

"Sebelum aku cerita baik kau makan pil sakit jantung dulu."

"Kau ni macam-macamlah! Cerita ajelah, tak buat aku masuk hospital pun." Seulbi membidas pernyataan Maya. Maya dengan berat hatinya membisik ke telinga Seulbi. Seulbi berasa hairan dengan perangai Maya pada pagi itu.

"HAAAAAAAH?" Seulbi terjerit mendengar bisikan Maya sebentar tadi. Jantungnya berdegup dengan laju seperti terkena serangan jantung.

"HYUNG!" Panggil Sungjong. Sungyeol dan Myungsoo berpaling. Kelihatan si bongsu melambai ke arah mereka lalu berlari mendapatkan Sungyeol dan Myungsoo.

"Jom sarapan sama?" Sungjong mengajak mereka ke kafe. Mood si bongsu kelihatan baik seperti hari yang cerah pada hari ini.

~

"Gembira semacam je ada apa-apa ke?" Myungsoo bertanya kepada Sungjong. Sungjong ini jenis yang mudah dibaca perasaannya hanya melalui ekspresi muka. Myungsoo memang seorang yang peka terhadap persekitarannya jadi dia mudah mengetahui sesuatu dengan hanya melihatnya.

"Hyung tahu-tahu je kan? Haha cuba teka?" Sungjong berteka-teki. Sungyeol dan Myungsoo berpandangan sesama sendiri sambil dahi mereka berkerut seribu.

"Ah!" Mereka berdua bercakap dengan serentak. Sungjong memandang mereka pelik. Myungsoo tersenyum sinis. "Dapat masuk pertandingan modelling itukan?" Myungsoo cuba meneka.

"Terlalu ketara bukan?" Sungyeol sudah tersenyum mengejek. "Ala, baru nak main tarik tali..." Sungjong memuncungkan bibirnya yang merah bak delima.

"Nak main tarik tali kat padang bukan kat sini." Sungyeol memerlinya. "Yah, hyung!" Sungjong menunjukkan penumbuknya. Myungsoo hanya tertawa melihat gelagat mereka yang kebudak-budakan.

"HEY, Seulbi right?" Gadis bertubuh ramping itu menegurnya. Seulbi mengangguk perlahan-lahan. "Kang Saeri unnie?" Dia pula bertanya.

Gadis itu membuka cermin mata hitamnya, "Yes, I am." Lalu mereka berpelukan. Sudah lama Seulbi tidak melihat gadis cantik itu kerana kesibukan jadualya. Saeri tidak lama lagi akan debut menjadi artis. Oleh itu, sesi latihannya semakin ketat. Dia tiada masa untuk berjumpa dengan si molek Seulbi.

"Makin lawa Seulbi sekarang sampai susah nak cam." Saeri tersenyum manis. Seulbi hanya tersipu-sipu malu. "Iyalah, unnie apa kurangnya? Dah macam artis betul! Terkejut Seul. Hehe."

Saeri hanya menggeleng kepala mendegar ayat itu dari mulut mungil Seulbi. "How's your life now? Makin berseri-seri." Puji Saeri.

Seulbi memuncungkan mulutnya tanda protes. "Serabut." Dia mengeluh. "Semua benda jadi bercelaru. Projek pun entah menjadi ke tidak." Banyaklah kau punya projek Seulbi oi projek memikat lelaki adalah. Satu suara dalam diri Seulbi mengomel.

Saeri tersenyum, "Nanti cuti musim panas nak dekat dah. Masa tu rehat baik-baik. Having fun with your family and friends."

Cuti musim panas ya....

SUNGYEOL berjalan sendirian di bawah kedinginan malam menuju ke rumah ketua mereka, Sunggyu. Kebiasaannya dia akan pergi bertemankan Myungsoo dan Sungjong. Akan tetapi hari ini dia terpaksa pergi berseorangan bertemankan cahaya bulan.

Kalau bukan kerana perempuan tua itu tentu dia boleh sampai lebih awal bersama-sama mereka.

"LEE SUNGYEOL! Kamu sudah dewasa, sampai bila nak buat perangai tak matang ni lagi?!" Lelaki dalam linkungan akhir 40-an itu memarahinya.

"Papa langsung tak ada sedikit pun rasa bersalahkan? Perempuan ni juga ayah nak bela dari anak kandung sendiri!? Papa telah dibutakan oleh seorang perempuan yang keji!" bentak Sungyeol.

PANGGG... Satu tamparan hebat terkena pada pipi kairinya. Berdesing telinga Sungyeol dibuatnya. Kepalanya sedikit berpinar tapi dia tetap bertahan. Luka di bibirnya juga tidak diendahkan.

"Luka.... Maafkan papa... Papa tak sengaja..." Lelaki yang digelar Papa itu meminta maaf. "Papa hanya nampak dan kasihankan luka di badan Sungyeol sahaja tetapi papa tak nampak darah kerana luka yang dalam dihati anak lelaki papa sendiri! PAPA TAK PEDULIKAN LANGSUNG LUKA DALAM HATI SUNGYEOL! Jadi tolong lepas ini jangan pedulikan anak lelaki tak guna papa ini."

Sungyeol keluar dari rumah agam itu. Mengapakah dia perlu dibawa kesini lagi? Dia tidak perlukan orang dalam rumah ini lagi dan begitu juga sebaliknya.

Sungyeol mengeluh kecil. Tiada niat pun dia ingin menguris hati papanya tetapi papanya makin melampaui batas. Tiada sekelumit pun perasaan bersalah dalam diri papanya. Sedarkah papanya ibunya pergi meninggalkan dia kerana kesalahannya?!

Pintu pagar dibuka dengan perlahan-lahan. Sungyeol melangkah dengan berat.

"Ubah gaya ke?" Myungsoo bertanya kepada Seulbi. Dia hanya tersenyum kambing. "Tak lawakan?"

"Hmm cantik cuma rambut lurus lagi sesuai, nampak comel." Myungsoo tersenyum menampakkan lesung pipitnya.

Sungyeol yang memerhati dari tadi naik menyampah pula. "Huh, menyampahnya." dia tersenyum sinis lalu jalan melepasi mereka.

"Sungyeol hyung!" panggil Myungsoo lalu meninggalkan Seulbi bersedirian.

"Dia kata ideal type dia Shin MinAh! Gila wey! Macam mana kau nak jadi macam MinAh?!" Maya menjelaskan.

"... Rambut lurus lagi sesuai, nampak comel."

Jadi betullah sekarang dia suka Shin MinAh sebab rambut dia lurus. Huhu... Nangisnya didalam hati.

### SELAMAT TAHUN BARU! Last update for 2014. Let's work hard in 2015. Thanks for everything everyone. Ilysm <3

Can You Save Me?Where stories live. Discover now