SUNGYEOL memandang tepat ke arah anak mata SeulBi. Jari jemarinya masih menggenggam erat lengan gadis itu. SeulBi melarikan pandangannya.
Dalam masa sebulan ini SeulBi sering mengelak untuk berjumpa dengannya dan merancang untuk menjodohkannya dengan SaeRi. Sakit yang disimpan dalam hatinya selama ini tidak dapat dibendung lagi.
Semasa SeulBi keluar berseorangan banyak perkara buruk yang berlaku. SungYeol telah beri amaran pada SeulBi supaya jangan keluar berseorangan. Tetapi dia tetap berdegil. SungYeol tahu ini semua angkara siapa.
"Ikut saya." Arah SungYeol keras. SeulBi ingin membantah tetapi kudratnya tidak kuat untuk melawan tenaga lelaki ini. Dengan langkah yang berat dia masuk ke dalam kereta hitam Audi R8 itu.
Suasana sepi menyelubungi kereta. Aura kemarahan SungYeol masih terasa bahangnya. Keretanya meluncur laju ke Yeon-Ju, tempat kelahiran SungGyu dan SeulBi.
Laut Yeon-Ju yang terbentang luas memukau mereka berdua. Mereka turun dari kereta dan SeulBi mengikut langkah kaki SungYeol dari belakang.
SungYeol berhenti. SeulBi tidak berani mendekatinya. Dia takut. SungYeol menghela nafas berat. Tenang sedikit perasaannya setelah melihat ombak yang membedil pantai.
Waktu sudah mahu masuk senja. SungYeol masih duduk di tepi tebing itu dan SeulBi perlahan-lahan mendekatinya.
"Kenapa?"
SeulBi terkejut dengan soalan itu. Dia tidak berani memandang SungYeol. Bagaimana dia ingin menjawab soalan itu? Dia tidak menyangka perbuatannya menyebabkan lelaki ini terluka.
"Saya... cuma... nak... tolong... SaeRi..." Terketar-ketar dia menjawab. Yang pasti SungYeol tidak puas hati dengan jawapannya.
"Kamu tak pernah terfikir ke tentang perasaan saya?"
SeulBi tersentap lalu memandang muka SungYeol. Dia... dia menitiskan air mata. Lelaki itu menangis. Buat pertama kalinya dia melihat lelaki ini menangis. Dan buat pertama kalinya juga dia membuat seseorang menangis. Dia rasa bersalah.
"Saya... minta maaf." Kepalanya tertunduk.
"Saya tak tahu..." Sambungnya lagi.
Dia terasa seperti ingin menangis. Hatinya sakit, pedih dan terluka melihat lelaki itu menangis kerananya. Dia sedar betapa kejamnya dia terhadap Lee Sung Yeol.
"Kenapa awak sanggup buat saya macam ni? SeulBi, pernah tak awak tanya saya sama ada saya sukakan dia atau tidak?"
Seulbi hanya menggeleng. Dia sedar akan semua kesalahnnya itu. Dia benar-benar berdosa terhadap lelaki ini.
Tiba-tiba kepala SungYeol mendarat di bahu SeulBi. Gadis itu terkejut. Mata SungYeol sudah terpejam. "Saya sukakan awak." Bisik SungYeol lalu terlena, mungkin penat menangis.
SeulBi terkejut. Dia tidak salah dengarkan?
SUNGYEOL bangun dari lenanya. Nampaknya dia tertidur dalam kereta. Tapi bagaimana? Dengan selimut tersarung pada badannya. Aneh.
Dia memandang ke sebelah. SeulBi juga sudah di alam mimpi. Dia merenung muka gadis itu. Tenang sahaja mukanya. Mimpi apakah dia?
Tiba-tiba ada mesej masuk.
From: Kim Myung Soo
Boleh singgah sini malam ini?To: Kim Myung Soo
Nampaknya malam ini tak boleh. Jangan risau. Esok hyung belanja!From: Kim Myung Soo
Tapi tiap tahun kita selalu buat ):To: Kim Myung Soo
Sorry, tapi kali ini memang tak boleh!From: Kim Myung Soo
Hyung ada orang lain ke?!To: Kim Myung Soo
Tak perlu sibuk hal oranglah. Esok jumpa kat tempat biasa.From: Kim Myung Soo
Baiklah. Jangan lupa hyung janji nak belanja!To: Kim Myung Soo
Yelah =_=From: Kim Myung Soo
I love Lee Sung Yeol <3SungYeol menggeleng kepala membaca mesej terakhir daripada sahabatnya itu. Ya, lelaki itu memang dingin di luar tapi dalamannya sungguh comel!
SungYeol memandang SeulBi. Senyuman terukir dibibirnya.
SEULBI terbangun dari tidurnya yang panjang dan lena itu. Tilamnya terasa empuk yang luar biasa. Bukan macam dalam biliknya. Eh, bukankah dia tidur dalam kereta?! Terus terbuka matanya.
Eh? Macam kenal tempat ini. Penthouse SungYeol! Macam mana dia boleh ada di sini? Apa telah terjadi?
SeulBi terdengar bunyi periuk dan senduk berlaga di luar. Dia menjenguk ke dapur. Kelihatan SungYeol sedang memasak.
SeulBi berbelah bahagi. Nak pergi ke tak nak? Hal semalam yang dia dengar itu buat hatinya tidak keruan. Mungkin dia tidak ingat kut. Diakan separuh sedar masa tuh. Teka SeulBi.
"Morning." Akhirnya SeulBi bersuara. SungYeol menoleh lantas tersenyum dan membalas selamat pagi juga.
SeulBi mendekati SungYeol. Dia sedang membancuh air kopi putih. "Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Tanya SeulBi.
"Ada." Jawab SungYeol sepatah. "Tolong duduk." Sambungnya. SeulBi menunjukkan muka blur nya. "Jom makan." Jemput SungYeol.
SeulBi yang terpinga-pinga itu perlahan-lahan duduk di meja makan. Mereka duduk bertentangan. Mereka menjamah sarapan dengan senyap sekali. Selepas makan SeulBi menawarkan diri untuk mengemasnya lalu SungYeol beredar untuk mandi.
Sedang asyik SeulBi mencuci tiba-tiba ada tangan menjalar memeluk pinggangnya dari belakang. Bau Lee SungYeol. SeulBi diam tidak berganjak. Hanya menyelesaikan cuciannya yang terakhir.
Tapi ketahuilah pada detik itu jantungnya memainkan rentak yang amat rancak dan laju. Dia dapat mendengar bunyi denyutan jantungnya itu di telinganya. Betapa dahsyatnya penangan si Lee Sung Yeol ini.
SungYeol mendekatkan mukanya ke telinga kiri SeulBi sambil berbisik, "Teman saya hari ini."
Belum sempat dia menjawab. Bunyi loceng rumah sudah kedengaran bergema di segenap ruang. SungYeol meleraikan pelukan itu dan pergi membuka pintu.
SeulBi mengelap tangannya yang basah dan pergi menjenguk siapa yang datang. "Siapa?" Tanyanya melihat ada bungkusan bunga di tangan SungYeol. Dia menjawab posmen.
Dari siapakah bunga itu? SungYeol seperti gembira menerimanya. Dia tersenyum membaca kad itu. SeulBi perasan yang dia cemburu. Kenapa dia cemburu? Dia... dia tak tahu!
SungYeol meletakkan bunga itu di atas meja lalu ke biliknya. SeulBi melihat SungYeol sedang asyik menghantar mesej kepada seseorang. Makin penasaran dia dibuatnya.
SeulBi mendekati meja itu. Ada nama pengirim di situ.
"Selamat Hari Jadi.
-Yoo JiAe"Siapakah gerangan si Yoo JiAe ini? Rasanya baru semalam dia dengar dengan jelasnya SungYeol menyatakan perasaan sebenarnya pada dia. Dia kata dia sukakan SeulBi!
Tapi... hari ini hari jadi diakah? Kenapa dia tidak tahu? SeulBi menuju ke bilik SungYeol. "Kita nak ke mana hari ini?" Tanyanya.
"Jalan-jalan." Jawab SungYeol dengan gembiranya.
"Jom!" Balas SeulBi. Dia nekad sesiapa pun Yoo JiAe itu, yang pasti dia tidak akan lepaskan Lee SungYeol sebab...
Sebab Kim Seul Bi sudah
jatuh cinta dengan
Lee Sung Yeol.----------------------
[A/N]
Maaflah kalau fanfic ni nampak macam rush sangat. ㅠㅗㅠ . Harap readers suka Bab yang ni.-Shxmxn
P/S: Yeonju ialah kampung halaman Kim Sunggyu dan laut yang dinyatakan disini sama dalam Kontrol MV ^^v
YOU ARE READING
Can You Save Me?
FanfictionDiterbitkan: 06 Ogos 2014 - 03 April 2016 ©Shxmxn2014 ✘Buku ini tidak boleh ditiru, diolah, dicetak dan diterbitkan semula tanpa izin dari penulis dan penerbit. #5 in #namwoohyun #483 in Fanfiction