Bab 24

244 25 3
                                    

SUNGJONG dan Sung Gyu memasuki rumah itu. Kebetulan Seul Bi baru sahaja selesai mengambil kain di ampaian. Sung Jong mendekati gadis kecil molek itu.

"Kamu tak mahu ikut kami?"

Seul Bi memandang muka Sung Jong dengan mimik muka yang pelik. Mereka mahu ke mana?

"Pergi mana?"

Sung Jong memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya. Sambil tersenyum dia menjawab, "Parti Hari Jadi Sung Yeol hyung."

Eh? Rasanya tadi masa mereka berpisah waktu makan tengah hari Sung Yeol tidak cakap apa-apa pasal parti hari jadinya. Seul Bi berasa sedikit kecewa.

"Boleh ke?"

Kali ini Sung Jong pula yang pandang Seul Bi pelik. Tak pernah-pernah Seul Bi bersikap sedemikian. Biasanya dia akan bagi lampu hijau je kalau di ajak ke mana-mana.

"Kenapa tak boleh? Kamu pun sebahagian daripada kami." Jawab Sung Jong jujur.

Seul Bi berbelah bahagi. Hai, maklumlah tuan rumah tak jemput tiba-tiba datang menyibuk.

Sung Gyu yang kebetulan keluar rumah memanggil Seul Bi untuk masuk bersama Sung Jong. Kain dalam bakul itu di simpan di sisi sofa.

"Kamu kenapa tak bersiap?"

Sung Gyu bertanya kepada si adik. Si adik masih berbelah bahagi. Betul ke tak apa kalau dia ikut menempel sekali?

"Betul Seul Bi boleh ikut?" Tanya Seul Bi untuk kesekian kalinya.

Sung Jong dan Sung Gyu mengangguk kepala serentak.

"Okey, tunggu kejap."

~

Mereka telah tiba di rumah Myung Soo. Pelik kenapa tiba-tiba kat rumah Myung Soo? Walhal hari ini hari jadi Sung Yeol. Hmm. Inilah nak cerita, pembaca masih ingatkan Sung Yeol dengan Myung Soo pernah tinggal sebumbung?

Ya.

Tapi apa kena mengena? Memang ada kena mengena. Sung Yeol dan keluarganya dalam keadaan yang tidak baik. Myung Soo selaku sahabat karib dan orang yang paling dekat dengannya yang telah dianggap sebagai keluarga, ingin menyambut hari jadi Sung Yeol bersama-sama supaya sahabatnya itu tidak kesunyian.

Mereka semua berkumpul di halaman rumah Myung Soo. Dong Woo, Woo Hyun dan Hoya telah tiba lebih awal daripada mereka. Sung Gyu, Sung Jong dan Seul Bi mengambil tempat mereka masing-masing. Woo Hyun yang sedang memanggang daging bertanya, "Mana mereka?" Merujuk kepada Myung Soo dan Sung Yeol.

Ketika itu juga Sung Yeol keluar dari rumah. Seul Bi terpesona melihat lelaki itu. Sung Yeol memakai baju panas berwarna merah jambu dikenakan dengan seluar berwarna putih. Rambutnya yang disisir rapi dan kasut putihnya yang bersih, sungguh menyerlah penampilannya pada malam itu.

Sedang mereka sibuk meneliti penampilan Sung Yeol, Myung Soo keluar dari rumah membawa kek hari jadi sambil menyanyi lagu Selamat Hari Jadi kepada Sung Yeol. Yang mengejutkan, ada seorang gadis di sisinya.

Gadis itu tersenyum mesra dan cantik sungguh orangnya. Dia berjalan ke arah Sung Yeol lalu memeluki lengan sasa Sung Yeol.

Sung Yeol meniup lilin tersebut dan mereka semua mengucapkan Selamat Hari Lahir dan memberi hadiah.

Gadis itu duduk di antara Sung Yeol dan Myung Soo. Sekejap dia bermanja dengan Myung Soo, sekejap lagi dia bermanja dengan Sung Yeol.

Jujur, dalam hati Seul Bi, dia tidak tenang. Siapakah gadis itu? Kenapa dia berasa sakit melihat kemesraan yang terjalin antara mereka bertiga? Apakah hubungan dia dengan mereka?

Can You Save Me?Where stories live. Discover now