Bab 28

202 26 2
                                    

ANGIN dingin yang menyapa badan membuatkan dirinya terasa seperti berada di awang-awangan. Dunia terasa seperti indah seketika. Kalau boleh dia ingin hentikan masa.

Cahaya bulan dan bintang menerangi langit kelam itu. Lampu-lampu jalan yang kelihatan seperti pelangi, menerangi jalan yang sibuk itu.

Aroma-aroma makanan yang menyelerakan berterbangan di segenap laluan pejalan kaki itu. Segalanya begitu indah.

Tidak sangka hampir setahun juga dia berpijak dibumi serba kaya dengan keindahan panorama ini. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, musim berganti musim, bulan September makin meninggalkannya.

Dalam kesibukan malam itu, dia ingin menenangkan fikiran. Sudah lama dia tidak terasa tenang seperti ini. Dalam masa setahun ini, terlalu banyak yang berlaku terhadap dirinya dan orang sekelilingnya.

Dari kes dia memohon untuk pulang ke Korea lalu bertembung dengan dua lelaki kacak yang dia tidak pasti saat ini siapa yang bertakhta dihatinya kepada perlawanan INFINITE bersama M.Pire.

Untung sahaja MHDR sudah berhenti beroperasi. Dia tidak sanggup melihat rupa mereka yang menggerunkan itu. Setelah itu, dia berkenalan dengan Kang Saeri. Bercakap pasal gadis tinggi lampai itu, di manakah dia berada ketika ini?

Mengapa dia hilang begitu sahaja? Dia sedar yang dia tidak menepati janjinya pada Saeri. Perjanjian untuk mendekatkan Saeri dengan Sungyeol. Akhirnya, dia yang terjebak antara Sungyeol dan Myungsoo.

Hari di mana dia, Hoya dan Dongwoo berlatih menari dan menyanyi bersama masih segar dalam ingatan. Sudah lama mereka bertiga tidak meluangkan waktu bersama. Rindu datang menerpa hatinya.

Tidak lupa juga hari-hari dia dan Woohyun bertikam lidah. Pantang betul mereka berjumpa. Si Puteri Katak dan Si Romeo terakhir. Kisah yang amat menarik.

Maya yang menjadi sahabatnya dalam beberapa tahun ini masih kekal setia disisinya. Terkejut juga dia apabila dapat tahu kawan karibnya datang ke Korea. Tidak lama lagi gadis itu akan pulang ke Jepun semula.

Sungjong, sahabat baru yang amat akrab dengannya. Sampai sekarang dia tidak tahu punca Sungjong diserang sekumpulan lelaki itu. Sunggyu tidak menceritakan hal sebenar dengan sepenuhnya.

Kisah mereka berkhemah dalam hutan juga, suatu trajedi yang tak dapat dilupakan. Di mana dia dan Sungyeol menjadi semakin akrab.

Pesta Musim Panas yang lalu juga masih tersimpan rapi dalam kotak ingatannya. Bila mengimbas semuanya kembali, banyak memorinya bersama Lee Sungyeol.

Ya, masih ingat kes penculikan Seulbi? Sungyeol menculiknya untuk 24 jam. Hahaha, gilakan? Si penculik bawanya ke Lotte World dan belanjanya ais krim. Macam-macam lagilah!

Sekuntum senyuman mekar dibibirnya. Segala yang berlaku memang ada buruknya tetapi lagi banyak perkara baik dari buruk, kan?

Cuma baru-baru ini, semua orang menjadi aneh. Pertama, abangnya, Kim Sunggyu. Sunggyu semakin menjadi "over protective" terhadap dirinya. Pening juga kadang-kadang dia melayannya.

Kedua, Nam Woohyun! Woohyun pun juga begitu, sifat prihatin dia melampau-lampau. Kadang-kadang dia suka mengelamun. Dia ada perasan juga yang si Woohyun suka cakap perkara yang sukar dia fahami.

Ketiga, Lee Hoya. Dia kelihatan lesu dan tidak bermaya. Bukan seperti Energetic Hoya yang selalu kita nampak. Apa sudah jadi padanya? Yang paling merisaukan, kakinya tercedera dan dia kena berehat buat seketika waktu. Dia tidak boleh menari buat suatu tempoh. (ㅠㅗㅠ)

Keempat, MyungSoo dengan si Sungyeol. Macam dah tak rapat je. Kalau dulu macam ulat beluncas. Ke mana mesti berdua. Sekarang... ada aura yang tak sedap di hati antara mereka berdua.

Can You Save Me?Onde as histórias ganham vida. Descobre agora