Bab 2

699 37 2
                                    

Kring kring kring...

Telefon rumah yang dari tadi berbunyi diangkat. Siapalah yang menelefon pagi-pagi begini? Marah Maya. Si Seulbi mungkin tengah asyik menyanyi dalam bilik airnya itu mungkin. Hmm, budak itu kalau tak berendam sejam tidak sah!

"Hello?" Suaranya cuba dimaniskan.

"Hello, Seulbi?" Suara lelaki dihujung talian. Maya berfikir sejenak. Abang diakah? Ya, dalam beberapa hari ini Seulbi sering menanti panggilan telefon dari abangnya. Maya menarik nafas sebelum berbicara.

"Sorry sir. I'm Seulbi's housemate. She now busy by the way who are you?" Maya ingin meminta kepastian. Manalah tahu mamat sewel mana mahu mengacau sahabatnya itu. Langkah berjaga-jaga okey!

"Hmm, Maya? I'm Sunggyu. Remember? Seulbi's brother." Lelaki tersebut memperkenalkan diri. Jadi betullah ini suara si abang kesayangan Seulbi. Tiba-tiba Seulbi turun dari tingkat atas sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala.

"She's here. Wait I call her." Maya menutup ganggang telefon lalu memanggil Seulbi untuk menjawabnya. "Siapa?" Bisik Seulbi. Maya hanya tersenyum sambil mengangkat bahu. Tadi bukan Maya tahukah yang Sunggyu ditalian? Nampak sangat dia mahu berteka-teki dengan Seulbi. Hehe.

"Hello?" Seulbi dengan gugup menjawab panggilan itu. "Seulbi?" Sunggyu masih ditalian. Haish, panjang benar boraknya. Nanti Sunggyu juga yang bayar bil telefon. Bukan murah telefon ke luar negara tau!

"Oppa! I miss you so much! What's up?" Suara Seulbi bertukar ceria. Iyalah, siapa yang tak ceria mendengar suara yang dirindui? "Nado, macam biasa. Seulbi sihat?"

Maya yang sedari tadi berdiri dibelakang Seulbi terus ke dapur. Niatnya tidak mahu menganggu perbualan dua beradik itu. Biarlah mereka melepaskan rindu masing-masing tanpa gangguan. Beruntung sungguh Seulbi mempunyai abang yang cukup prihatin.

"Sihat! Ada apa-apa khabar gembira ke telefon Seul?" Seulbi tahu apa niat abangnya menelefon dia seawal pagi begini. Jawapan kepada soalannya. Ya, dia sudah tidak sabar mendengar keputusan abangnya. Cukup mendebarkan jiwa!

"Hmm, Seul dah tahukan... Oppa dah fikirkan ini semasak-masaknya dalam tempoh beberapa hari ini. Seul tahukan bukan mudah nak buat keputusan ini. Jadi, Seul dibenarkan pulang dengan syarat..."

Belum sempat Sunggyu ingin menyambung kata Seulbi telah terlebih dahulu bersorak kegembiraan. Mana tidaknya, dia sudah lama ingin pulang ke tanah airnya, tempat kelahiran dia! "Terima kasih oppa!" Perasaannya sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Tapi dengan syarat!" Tegas sahaja suara Sunggyu dihujung talian. Seulbi kembali diam. Yalah, si abang tiba-tiba bertukar nada. Gerun juga dia. "Apa?" Mendatar sahaja suara si adik ini. Takut barangkali.

"Semua peraturan yang oppa tetapkan mesti dipatuhi. Sekali melanggar arahan, oppa akan hantar Seul balik Jepun semula. Faham?"

"Baiklah, tapi... apa peraturannya?" Seulbi masih risau jika abangnya itu berubah fikiran tiba-tiba. Oleh itu, dia mesti menjaga hatinya!

"Nanti dah balik sini Seul tahulah. Dahlah oppa nak putuskan talian. Ada urusan yang belum selesai."

Setelah mereka berpamitan, talian diputuskan. Peraturan? Apa dia? Haish, susah betul nak bebas! Tapi tak apalah. Janji dapat balik Korea cukup memuaskan hati! Seulbi tersenyum riang mendapat perkhabaran itu dari abangnya.

Ppanggg!!!

Perit. Sedih. Sakit. Terluka. Itulah yang dirasainya sepanjang hidupnya. Kebahagiannya diragut begitu sahaja. Dia cukup sakit hati dengan wanita dihadapannya. Seumur hidup tidak ada sesiapa yang berani menamparnya apatah lagi ingin menyakitinya. Bencinya terhadap wanita ini makin menggunung.

Dia terus keluar dari rumah agam itu. Buat apa tinggal di rumah sebesar ini jika tiada sekecil zarah kebahagian di dalamnya? Hanya kebencian di segenap ruang yang menyesakkan. Lebih kepada subuah neraka kepadanya. Dia berjalan tanpa hala tuju. Ada tubir-tubir jernih di matanya. Lelaki ini amat merindui ibunya. Cukup tragis kisah hidupnya.

Sememangnya dia benci ibu tirinya itu. Ketika ibunya tengah bertarung dengan ajalnya, dia meruntuhkan rumah tangga ibu bapanya. Dia tidak mampu menyelamatkan keadaan. Ayahnya pula cukup percaya pada ibu tirinya. Tiada siapa yang mahu percaya padanya lagi.

Sungyeol menyeka air mata yang jatuh ke pipi dengan jari-jemarinya. Cuma satu tempat yang boleh dia tuju saat ini. Hanya orang itu yang mampu menyelamatkannya. Dia sudah kehilangan tempat untuk bergantung hidup.

Lee Sung Yeol. Seorang pelajar yang tinggi lampai dan kacak. Pelajar contoh yang disanjung ramai guru, pelajar dan tidak kurang juga para ibu bapa. Tapi siapa tahu tentang tompok hitam dalam kamus hidupnya? Keluarganya makin hari makin berpecah belah. Diaa sudah cukup terseksa tinggal dalam neraka itu.

Sungyeol bukannya seorang yang dingin tetapi dia berubah sikap bila dengan orang yang dia benci atau pun tidak suka. Dia cukup periang di mata sahabatnya. Lelaki ini pandai menyembunyikan masalahnya tetapi tidak pada mata seseorang itu. Orang itu amat kenal dengan perangai Sungyeol. Mereka telah bersahabat selama berbelasan tahun.

Bunyi loceng kedengaran dengan segera dia membuka pintu. Terkejut dia melihat sahabatnya itu yang tidak bermaya. Dengan pantas dia memapah masuk lelaki itu. Lantas, dia membaringkannya di atas sofa. Risau dia melihat lelaki itu.

Pipinya merah seperti baru kena tampar. Matanya sembap seperti baru lepas menangis. Badannya kelihatan sangat lemah. Apakah yang telah terjadi? Macam-macam soalan yang bermain di benaknya.

"Sungyeol?" Perlahan sahaja dia memanggil nama lelaki itu. Sungyeol masih memejamkan matanya. Tidak larat lagi untuk dibuka. Dia hanya mampu tersenyum tawar. "Apa dah jadi?" Dia masih bertanya. Sikap ingin tahunya makin menjadi-jadi. Siapa tidak risau akan sahabat sendiri?

"Myungsoo..." Sungyeol cuba untuk bersuara tetapi dihalang olehnya. "Shh, rehat dulu. Nanti bila dah segar sikit kita bincang ya?" Myungsoo memujuk. Sungyeol kembali terlelap. Terdengar dengkuran halus keluar dari mulutnya. Myungsoo tersenyum. Nampak benar yang sahabatnya itu keletihan.

Kim Myung Soo. Sahabat terbaik di dunia. Cukup memahami penderitaan orang lain dan selalu menjaga hubungan persahabatan yang terjalin. Dia juga lelaki pujaan wanita. Para mak cik - mak cik sekalian ingin bermenantukannya. Siapa tidak mahu lelaki macho lagi handsome sepertinya? Senyumannya mampu meruntumkan jiwa sesiapa sahaja.

Myungsoo ke dapur untuk memasuk bubur ayam. Lepas Sungyeol bangun nanti bolehlah dia menjamah sedikit untuk mengisi perutnya yang kosong. Dia amat pasti kedatangan Sungyeol ini ada sesuatu yang maha dasyat tercetus di rumahnya. Dia kenal benar dengan masalah yang dihadapi Sungyeol.

Myungsoo berdoa dalam hati supaya Sungyeol tabah menghadapi dugaan ini dan semoga dia menjumpai kebahagiannya yang sebenar. Tiap masa cuma itu yang dipintanya. Sungyeol amat bermakna dalam kehidupan Myungsoo. Sahabat sampai mati. Itulah ikatan yang melambangkan hubungan mereka. Kuat, teguh lagi utuh.

###Huhu I got a fever!!! Skipping school and too bored so here the update! Hehe sila jaga kesihatan anda semua di musim hujan ini. Sekian, terima kasih. *throws hart hart*

Can You Save Me?Where stories live. Discover now