Bab 20

249 25 1
                                    

SUNGGYU tidak senang duduk dari semalam. Tidurnya tidak lena memikirkan keberadaan Seulbi dan Sungyeol. Dah semalaman mereka tidak pulang ke tapak perkhemahan. Jiwanya kacau. Serabut.

Dongwoo cuba menenangkan Sunggyu dari semalam. Tidak mungkin mereka pergi mencari Seulbi dan Sungyeol di bawah cahaya bulan yang kelam itu. Hutan ini agak tebal juga. Jadi mereka memustuskan untuk menjalankan misi pencarian pada subuh itu.

Sungjong ditugaskan untuk menjaga Maya dan Saeri manakala yang lain Sunggyu, Dongwoo, Woohyun dan Hoya pergi mencari mereka.

Matahari kian naik. Seulbi dan Sungyeol masih tidak ditemui. Woohyun mencadangkan untuk berpecah kepada dua kumpulan dan cari disepanjang laluan sungai.

Sunggyu dan Hoya ke hilir manakala Dongwoo dan Woohyun ke hulu. Kebetulan lima minit perjalanan selepas itu, Hoya terperasan sesuatu.

Dia ternampak reranting yang seperti telah dipijak. "Awak pasti kesan tapak kaki manusia?" Sunggyu bertanya minta kepastian. Hoya mengangguk seraya menjawab, "Tengoklah saiz dia!"

Harapan Sunggyu yang kian berkecai kini kembali bercahaya sedikit semula. Mungkin mereka ada harapan! Sunggyu membontoti Hoya dari belakang.

Tiba-tiba kaki Sunggyu terlanggar sesuatu. Ianya lampu suluh yang telah rosak. Modelnya sama seperti yang dibawa oleh Sungyeol! Sunggyu mengambilnya dan memanggil Hoya untuk mengenal pastinya.

Hoya juga rasa itu milik Sungyeol. Maknanya mereka ada berdekatan sini! "Hyung!" Woohyun berteriak. Dongwoo dan Woohyun pergi mendapatkan mereka.

"Kami tak jumpa apa-apa petunjuk." Dongwoo melapor sambil tercungap-cungap. "Apa itu?" Tanya Woohyun. "Lampu milik Sungyeol rasanya." Hoya membalas.

Woohyun mengambil lampu suluh itu dari tangan Sunggyu. Dia seperti mengecamnya juga. "Jom kita cari mereka!"

"Seulbi!"
"Sungyeol!"
"Kim Seulbi!"
"Lee Sungyeol!"

Mereka menjerit nama-nama ahli mereka yang hilang entah kemana itu. Tapi tiada sahutan yang berjawab. Runtuh sedikit demi sedikit harapan mereka.

"Eh, apa benda tu?" Dongwoo tiba-tiba bersuara. "Mana?" Hoya bertanya sambil memandang ke bawah. "Tengok bawah itu macam ada orang!"

"Sunggyu hyung! Woohyun!" Hoya memanggil mereka untuk datang melihat apa yang mereka jumpai.

"Seulbi?" Sunggyu seperti mengecam tubuh yang sedang terbaring dibawah situ. Mereka menuruni gaung itu dengan berhati-hati.

Ternyata memang benar Seulbi dan Sungyeol terbaring disitu. Mereka cuba untuk menyedarkan pasangan yang tidak sedarkan diri itu tetapi mereka tetap begitu.

Akhirnya, mereka berempat menggendong mereka berdua hingga pasukan penyelamat tiba.

PERLAHAN-LAHAN matanya dibuka. Dia memandang sekeliling. Matanya berpinar. Berat sahaja kepalanya itu seperti ada batu besar di atasnya.

"Seulbi?"

Seulbi memandang tubuh yang duduk disebelahnya. Di manakah dia saat ini? Bau tempat ini seperti bau yang paling dibencinya. Bau hospital.

"Oppa?" Seulbi cuba untuk duduk.

"Shh, jangan bangun. Badan Seul masih lemah." Sunggyu melarangnya.

Tiba-tiba memori malam semalam menyapa minda. LEE SUNGYEOL! Ya, manakah lelaki itu? Tidak apa-apakah dia?

"Oppa... Sung--- yeol... Oppa?"

"Dia ade kat sebelah itu. Dia tak apa-apa. Cuma malnutrisi." Terang Sunggyu yang memahami bahawa Seulbi amat risaukan keadaan Sungyeol.

"Kamu nak apa-apa? Oppa nak pergi beli kopi."

"Mango juice."

Lalu Sunggyu beredar dari bilik yang menempatkan dua pesakit itu. Seulbi menyelak kain langsir disebelahnya untuk melihat pesakit disebelahnya.

Sungyeol masih terbaring di atas katil tidak menyedarkan dirinya sendiri. Semua salah dia. Kalau dia tidak pergi ke sungai dan sesat, mesti perkara seperti ini tidak akan berlaku.

'Sungyeol oppa, tolong sedarkan diri.'

Doanya dalam hati. Dia merenung muka Sungyeol. Rambutnya yang lebat dan panjang itu sedikit kusut tetapi tetap kelihatan menawan. Keningnya yang tajam bersama sepasang anak mata yang bundar ditambah bulu mata yang panjang, membuatkan sesiapa sahaja tertarik. Hidungnya yang mancung bersama mulut mungilnya, mana-mana gadis pasti tergoda. Seulbi pun telah tergoda. Tiba-tiba hatinya berdegup kencang.

Tiba-tiba Sunggyu memasuki bilik itu. Seulbi tersenyum ke arahnya. Sunggu duduk dikerusi bersebelahan katil dan menghulurkan minuman berjus itu kepadanya.

"Lepas minum ini kamu tidur ya?"

Seulbi hanya mengangguk lemah. "Oppa Suel dah tak apa-apa. Oppa baliklah rehat. Mesti oppa penat jaga Seul. Lagipun dah lewat malam ni. Kat sini ada doktor dengan jururawat nak jaga Seul. Oppa tak perlulah risau."

"Tapi..."

"Hmm I say no to buts!" potong Seulbi. Sunggyu hanya memuncungkan mulutnya tanda merajuk. "Baiklah. Kalau ada apa-apa cepat panggil doktor tau!" Pesan Sunggyu.

"Yes sir!" Seulbi membuat tabik hormat. Sunggyu mengusutkan rambut Seulbi sebelum beredar.

PADA pagi itu mereka sudah boleh keluar dari hospital. Seulbi gembira Sungyeol tidak apa-apa cuma dia bersikap dingin dengan Seulbi.

Seulbi tahu ini semua salahnya jadi dia berhenti untuk bercakap dengan Sungyeol dan terus mengemas pakaiannya. Yang paling menyakitkan hatinya. Saeri datang bersama Sunggyu pada pagi itu.

Saeri menolong Sungyeol mengemas pakaiannya. Entah mengapa pandangan itu membuat dia susah untuk bernafas. Seulbi bencikan keadaan itu tetapi dia siapa? Bukankah dia berjanji untuk membantu Saeri?

"Sunggyu oppa, I need to go somewhere else. Oppa baliklah dulu." Seulbi tidak jadi menaiki kereta dan menahan teksi yang kebetulan lalu disitu.

"Kamu nak ke mana? Biar oppa yang hantar." Sunggyu memandang Seulbi risau. Dia baru sahaja keluar dari hospital.

"Oppa hantar sahaja mereka pulang dulu. Seul janji takkan lama!" Seulbi melambaikan tangannya dan teksi itu pun beredar.

Sungyeol hanya memerhati dari jauh. Dia tidak boleh biarkan Seulbi bersendirian. Terlalu bahaya untuk Seulbi. Dia ingin mengikutinya tetapi keadaan tidak mengizinkan. Dilemma mengusai hati dan minda.

SEULBI mengeluh kecil. Dia perlu bertenang. Dia kena berfikiran rasional dan perlu mengawal perasaannya. Dia berjalan-jalan disekitar Myungdong-gu.

Hari sudah hampir lewat petang. Dia ingin pulang ke rumah. Mungkin abangnya sedang risau menunggu di rumah.

Semasa menunggu bas dia ternampak sesuatu. Myungsoo dan seorang... Gadis? Mesranya mereka. Tiba-tiba Sungyeol keluar dari kafe dan mendekati mereka. Sungyeol bergelak ketawa bersama mereka. Entah mengapa seperti ada panah yang menikam hati Seulbi ketika itu.

Seulbi terus menaiki bas yang kebetulan baru sahaja tiba. Bergenang air matanya. Luka hatinya kini bertambah berdarah kerana ditambah garam. Siapa sebenarnya gadia itu? Apakah hubungannya dengan mereka?

___________________________________
INFINITE GONNA COMEBACK YEAYYYYY~!!!

Can You Save Me?Where stories live. Discover now