Bab 8

425 28 0
                                    

###Sorry late update *bow*

SUNGYEOLdan Myungsoo duduk berehat di Cafe Swee Tree. Mereka duduk bersebelahan cermin kaca yang besar. Pemandangan di luar amat menakjubkan!

Ramai orang yang menghabiskan hujung minggu mereka disini. Terdapat pasangan kekasih dan keluarga meluangkan masa bersama. Tidak lupa juga sekumpulan remaja yang mengisi masa disini.

Sungyeol hanya mengacau minumannya tanpa diminum. "Ada apa sebenarnya?" Myungsoo prihatin bertanya. Sungyeol menggelengkan kepalanya.

Myungsoo mengeluh. Apa yang perlu dia buat? Dia buntu. "Jom!" Myungsoo berdiri mengajak Sungyeol. 'Mana?'. Myungsoo hanya menarik tangannya untuk mengikuti langkahnya.

"Gate Love Lock?" Sungyeol bertanya. Myungsoo mengangguk. "For?". Myungsoo hanya tersenyum nakal. Budak ini ada sahaja idea gila dia nak buat.

"Tunggu sini!" Myungsoo berlari ke suatu arah. Sungyeol memuncungkan mulutnya. Tak tahu lagi apa yang bermain dalam fikiran Myungsoo.

"Nah!" Tiba-tiba Myungsoo datang menjerkah Sungyeol. "Yah!" Marahnya. "Hehe..." Myungsoo menayang giginya. Fikir ini iklan ubat gigi ke?

"Apa ni?" Tidak pasti Sungyeol tidak tahu atau buat-buat tak tahu. "Manggalah!" Myungsoo menjawab dengan dungu juga. "Iyalah, nak buat apa?"

"Oh... tu...." Myungsoo menunjuk ke suatu arah. "Tu?" Sungyeol meminta kepastian. Myungsoo dengan senyuman girang mengangguk. Apa-apa sahajalah Myungsoo.

Myungsoo mengambil marker dan menulis sesuatu pada mangga itu.

XX.10.18 영원히사랑하는네가귀여성열이

(Forever loving my cute Sungyeolie)

Manakala Sungyeol pula...

XX.10.18 너무 사랑해 멋진 김명수 !

(Love handsome Kim Myungsoo very much!)

Mereka tertawa bersama setelah mengunci mangga itu. Kelakar rasanya bila mereka teringat kembali. Terlalu banyak kerja gila yang mereka lakukan bersama.

"Jom balik." Myungsoo menghulurkan tangannya. Sungyeol menggapainya dan mereka beriringan ke kereta.

"Thanks for today."

INFINITEsegera ke rumah Sunggyu setelah mendapat panggilan. "Guys we got work tonight." Sunggyu bersuara. "Apa lagi masalahnya?" Woohyun bertanya. "Newbie kot." Sunggyu jawab endah tak endah.

"Wah! Dah lama tak praktis!" Hoya dengan semangatnya bersuara. "Yeah!" Dongwoo menyokongnya.

Nampaknya tugas INFINITE yang sebenar telah kembali. Inilah masanya mereka menunjukkan kehebatan lelaki yang sebenar!

Tepat jam 10.30 malam mereka berkumpul di rumah Sunggyu. "Get your mask." Ketujuh-tujuh lelaki itu memakai topeng mulut dan hidung itu.

Topeng berwarna hitam itu tertera logo mobius strip () dan tulisan MHDR di bawahnya.

"Hey budak!" Sunggyu memanggil tujuh remaja tersebut. "Apa awak buat tuh?" Hoya mara ke hadapan.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now