Bab 3

527 34 0
                                    

###Sorry late update *bow* sbb busy dgn sekolah huhu. Enjoy ~!

SEULBI keluar dari balai belepas. Penerbangan yang memakan masa lebih kurang 2 jam itu sungguh memenatkan tubuh badannya. Korea I'm back! Jerit hatinya. Kegembiraan jelas terpancar di muka bundar miliknya.

Seulbi merehatkan dirinya di kafeteria sebelum mengambil teksi untuk pulang. Bukan dia tidak suka oppanya datang menjemput dia tetapi dia tidak mahu menyusahkan Sunggyu. Lagi pula dia ada agenda lain.

Dia meneguk perlahan - lahan Cappucino Ice yang dibeli tadi. Akal jahatnya bijak mengatur strategi. Entah apa yang disenyum seorang-seorang itu. Orang yang lalu-lalang disitu mungkin berfikiran yang perempuan ini gila.

Seulbi terus mengatur langkah ke destinasi yang ingin dia tuju. Ya! Saat ini dia bebas dari kongkongan orang lain. Bahagia sungguh rasanya! The new Kim Seulbi is born!

TELEFON bimbitnya tidak berhenti memainkan irama. Sungyeol hanya membiarkan panggilan itu tidak terangkat. Entah mengapa berat sungguh untuk menjawabnya. Hatinya masih terluka.

"Masih tak nak angkat?" Tanya Myungsoo prihatin. Susah hati dia melihat sahabatnya. Masalah dia sampai bila akan berlanjutan pun tidak tahu. Seperti tiada peluang untuk berdamai.

Sungyeol mengeluh kecil. Entah mengapa dia bersikap seperti ini. Dia inginkan ketenangan. Biarlah masa yang mengubat hatinya yang lara. Sesungguhnya dia amat bersyukur dengan adanya Myungsoo disisi.

"Laparlah! Jom makan kat luar?" Myungsoo mengubah topik. Dia tidak ingin Sungyeol terus-menerus memikirkan masalah yang sesak itu. Dia akan cuba sedaya-upaya untuk membuat Sungyeol kembali seperti dulu.

"Malas nak masaklah tu." perli Sungyeol. Nampaknya moodnya dah okay.

"Hehe... please?" Myungsoo membuat muka seposen.

Sungyeol terus berdiri dan membuka langkah. Yes! Aku menang! Sorak Myungsoo dalam hati.

POKKK

Semua yang berada disitu terkejut. Ada dua figura sedang terbaring didepan supermarket itu. Adoi siapalah yang langgar aku. Marah Seulbi dalam hati. Dia perlahan-lahan membuka matanya walaupun kepalanya terasa berat.

Dia menggosok-gosok dahinya yang seperti mahu benjol itu. Boleh jatuh saham aku nanti! Dia mengomel. Dia cuba untuk bangun tetapi dia berasa pelik kenapa terasa lembut lantai ini?

Alangkah terkejutnya Seulbi apabila melihat dia jatuh di atas dada bidang milik seorang pemuda. Waaaa mana nak sorok muka ini?! Seulbi terus terduduk dan menutup mukanya. Malu beb!

"Sungyeol kwenchana?" Tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki yang baru keluar dari kedai tersebut. Aduh siapa pulak ni? Tanya Seulbi kepada dirinya sendiri.

"Okay." Lelaki yang dikenali sebagai Sungyeol itu menjawab sepatah. Sahabatnya itu menolong dia untuk berdiri. "Miss are you alright?" Tiba-tiba lelaki itu menghulurkan tangan. Seulbi hanya mengangguk dan bangun dengan sendirinya.

"Maafkan kawan saya."

Aduh kenapa mamat ini pulak yang minta maaf? Boleh gugur jantung tengok dia senyum. Sempat pula Seulbi puji mamat depan dia ni. Sabar jelah. Pantang betul nampak lelaki handsome.

"Buang masa je kat sini. Dahlah blah dulu jom." Sungyeol bersuara. Pada pandangan Seulbi lelaki yang bernama Sungyeol itu poyo dan sombong! Dahlah langgar orang pastu orang lain yang minta maaf. Adil ke?

Seulbi hanya berjalan pulang dengan hati yang sebal. Dia masih tidak lupa dengan kejadian tadi. Benci sungguh dia dengan Sungyeol itu. Ada ke patut hari pertama dia jejak ke Korea dah ada musuh?

Tetapi ada sesuatu yang dia tidak faham. Kenapa ada perasaan yang tak dapat ditafsirkan ketika itu? Kepada siapakah perasaan itu ditujukan?

GERAM sungguh hati Sungyeol. Perempuan sewel mana tadi yang langgar dia lepas itu blah tak minta maaf dulu. Myungsoo ni pun satu pergi minta maaf. Ada ke patut? Erghhhh!

"Relax lah. Hal kecil pun kau sakit hati ke?" Myungsoo memujuk.

"Kalau aku jumpa dia lagi siaplah!" Sungyeol masih tidak berpuas hati.

"Kau nak buat apa? Nak tackle?" Myungsoo mula menyakat.

"Tolonglah! Tak hingin aku dengan minah sewel itu."

Terus terburai tawa Myungsoo. Ada-ada sajalah sahabatnya itu.

Mereka berdua menuju ke tempat melepak mereka seperti biasa. Katanya hari ini Sunggyu ingin memperkenalkan adiknya yang baru pulang dari Jepun itu kepada mereka.

"Oh dah datang! Ni aku kenalkan adik kesayangan aku...." Sunggyu menunjukkan budak perempuan yang berdiri dihadapannya membelakangkan Myungsoo dan Sungyeol.

Alangkah terkejutnya mereka ketika melihat sesama sendiri. "...Kim Seulbi."

"Awak?" "Kau?" Kata mereka bertiga serentak.

"Korang kenal dah ke?" Tanya Sunggyu pelik.

"Tak!" Jawab Sungyeol dan Seulbi serentak. Nampaknya World War III bakal meletus.

### OMG YEAAAYYY! Danger mmng daebak! And #2성열4랑해 ♡ and also today #Merdeka57!!!

Can You Save Me?Where stories live. Discover now