Bab 38

198 19 9
                                    

INILAH kebenarannya. Inilah saatnya bagaimana Kim Sung Bi boleh terjadi Kim Seul Bi terdedah. Sudah tiba waktunya. Jika disimpan lama pun rahsia ini tetap terbongkar. Orang kata dalam dunia ini tiada satu rahsia pun akan selamat. Lambat atau cepat semuanya akan terbongkar. Ini semua bergantung pada nasib.

Tiga figura sedang duduk di atas sofa empuk yang berwarna hitam sesuai dengan konsep moden bilik itu. Nam Woo Hyun, Kim Sung Bi dan Kim Sung Gyu berada di dalam bilik pengarah syarikat Kingdom. Macam pernah dengar bukan? Ya, mereka memiliki banyak pusat beli-belah Kingdom sama ada di dalam dan di luar negara.

Milik siapakah sebenarnya syarikat itu? Mengapa mereka berada di dalam ofis itu? Kingdom adalah milik keluarga Kim. Kim yang mana? Milik arwah datuk dan nenek kepada Kim Sung Gyu dan kembar Bi. Siapa pula kembar Bi? Kim Seul Bi dan Kim Sung Bi. Oleh kerana Sung Gyu adalah anak lelaki tunggal dan yang sulung, maka dia yang mengurus syarikat itu sekarang sebagai pengganti arwah ayah dan ibunya.

Baru Sung Bi sedar mengapa dia begitu kenal dengan nama syarikat ini. Tapi dia tidak dapat mengingatinya. Bagaikan ada dinding yang susah dirempuhi dalam otaknya itu menyebabkan segala sel neuron-neuron tidak dapat berhubung. Kini segalanya sudah jelas. Abangnya juga sudah mengaku. Awalnya Sung Bi ingin merahsiakannya tetapi bak kata saya awal-awal tadi. Rahsia selamanya tidak akan kekal menjadi rahsia.

"Kim... Su... Sung... Bi..."

Terketar-ketar suara itu menyebutnya. Sudah lama bibirnya tidak menyebut nama itu. Sung Gyu menggigit bibirnya. Adakah adik kesayangannya itu membencinya? Muka Sung Bi begitu statik. Orang kulit putih cakap, emotionless! Soulless! Takut benar dia jika kerisauannya itu menjadi nyata.

"Sebelum itu, saya minta maaf hyung." Woo Hyun berjeda. Menarik nafas sedalam-dalamnya. "Saya dah jumpa Doktor Itachi sebulan yang lalu."

Sung Gyu sungguh tidak percaya dengan pengakuan Woo Hyun. Terkedu juga dia mendengarnya. Maknanya Woo Hyun telah mengesyaki benda ini sebulan yang lalu? Ya, Dr. Itachi Toma ialah orang yang bertanggungjawab 'merawat' Sung Bi selepas kejadian itu. Sung Gyu membawa Sung Bi ke Jepun semata-mata mahu mendapatkan khidmatnya.

"Apa kena mengena dengan doktor itu?!" Tegas sahaja suara si gadis bertanya. Tetapi riak mukanya tidak berubah.

Sung Gyu menghela nafas berat, inilah saatnya! Detik hatinya. Akhirnya hari ini tiba juga. Dia tidak dapat menyelindung apa-apa lagi. Mungkin ini demi kebaikan bersama. Sekarang segalanya di serahkan pada Sung Bi untuk menilainya. Mungkin juga dia tidak layak menjadi abang kepada si kembar.

"Selepas dapat tahu Sung Bi trauma, oppa bawa kamu ke Jepun demi keselamatan dan proses 'penyembuhan' kamu. Oppa melihat dengan mata kepala sendiri betapa terseksanya kamu. Kamu tahu tak Sung Bi?" Sung Gyu berjeda sambil matanya yang sayu memandang adiknya dengan penuh kasih.

"Kamu seksa diri kamu sendiri. Kamu... hampir bunuh diri!"

Mencerlung mata Sung Bi dan Woo Hyun. Terkejutnya tak perlu cakap lagi. Macam terkejut si rusa bila nampak rimau saja lagaknya. Sung Gyu meraup mukanya beberapa kali dengan penuh emosi. Mungkin terkenang kisah pahit itu.

"Abang mana yang tak sayang adik? That's why i bring you to Japan!"

Bunyinya bagaikan dia mempertahankan diri sendiri. Biarlah mereka berdua mahu menilai apa. Yang pasti, itu kejujuran yang cuba dia sampaikan melalui kata-kata.

"Selepas melihat keadaan adik bongsu oppa yang dah hilang kawalan, terbit sesuatu dalam hati oppa."

Sung Bi dan Woo Hyun setia mendengar cerita Sung Gyu. Si abang memejamkan mata sekejap cuba mengumpul kekuatan. Andai sahaja perkara ini tidak pernah berlaku dalam hidup mereka, pasti mereka semua sedang berbahagia.

"Start from there, hyung berazam nak balas dendam pada 'mamat' itu?"

Woo Hyun menebak dan sahaja tidak disebut nama empunya badan kerana takut si Sung Bi sedih. Mana taknya kalau dulu trauma sampai mahu bunuh diri! Seboleh mungkin dia tidak mahu bangkitkan trajedi malam itu. Sung Gyu menangguk lemah. Sumpah Sung Bi terkejut segala mak beruk terhadap pengakuan berani mati abangnya itu.

"You're losing your mind." Komen Sung Bi.

Dia tidak suka berdendam mahupun membalas dendam. Abangnya juga bukan selalu begitu kah dahulu? Rajin mengingatinya supaya jangan berdendam pada orang lain. Adakah kerana... abangnya takut bila dia berdendam... pastu trauma... dia akan hilang kawalan... Ya, abangnya takut akan kehilangannya lagi. Tapi itu bukan alasan dia perlu membalas dendam!

"I was in right mind! If I didn't do this, I might lost both of you." Sung Gyu berkata dengan nada yang lemah.

"But you still put her life in danger right now!" Woo Hyun pula meninggikan nadanya.

"I know..."

Mereka bertiga sama-sama terdiam.

"Selepas itu, apa rancangan oppa?" Sung Bi mematikan suasana tegang itu.

"Hypno-therapy on you."

"WHAT?!"

Jadi selama ini dia tidak hilang ingatan? Jadi terapi yang dia buat bersama Dr. Itaichi itu untuk memanipulasi memorinya? Dengan itu dia dapat mengatasi traumanya. Begitu? Patutlah dia rasa seperti ada yang tak kena dengan masa silamnya. Abangnya sendiri memanipulasi ingatannya supaya dia dapat menjadi Kim Seul Bi.

Setelah bertenang, Sung Bi bertanya lagi, "Kenapa sampai nak saya menyamar jadi unnie?"

"Untuk memerangkap dia." Mendatar sahaja suara Sung Gyu. Entah apa yang berlegar-legar di dalam kotak fikirannya.

"Come on oppa! Forget about him! Look I'm fine now! Just move on and forget about everything. About the accident, tragedy, him, all! We can live happily..." Sung Bi menahan sebak.

"Ingat senang aje oppa nak lupakan apa yang dia buat pada keluarga kita? Not that easy saeng."

Sung Bi mengeluh. Woo Hyun diam tidak bergerak. Muka Sung Gyu semakin stress saja gayanya. Sukar betul untuk buat Sung Bi memahaminya. Kalau dulu dialah yang selalu memahaminya, tidak seperti Seul Bi.

"Hyung..." Woo Hyun bersuara.

"Hmm."

"Sung Bi..."

Adik-beradik Sung itu memandang muka Woo Hyun yang agak kurang tenang. Seperti ada berita buruk yang ingin disampaikan.

"Orang yang serang Sung Jong tempoh hari..."

"Sung Jong? Serang?!" Sung Bi memotong ayat Woo Hyun.

"Sung Jong pernah kena serang sebulan selepas MHDR dibubarkan." Jawab Woo Hyun sambil mengepal penumbuk menahan amarah.

"Siapa serang dia?" Tegas suara Sung Gyu bertanya.

"Saya dapat tahu minggu lepas, mereka konco-konco dari kumpulan mafia Yang."

Pppanggg.

Hati Sung Bi terus terpukul dengan kuatnya setelah mendengar kata-kata Woo Hyun. Nampaknya... he is here!!! He is alive!!!

██████████████████

[A/N]

Saje aje nak promote kejap. Hahaha~
Siapa nak join group whatsapp INSPIRIT MALAYSIA ???
PM lah kita sekarang :'3

Lot Of Love,
Shxmxn.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now