Bab 4

501 31 0
                                    

BUNYI burung berkicauan pada pagi yang damai itu menyedarkan Seulbi ke dunia nyata. "Asallah aku ingat kat mamat tu? Angau apa? Eiiii...". Dia menjamah roti bakar di atas meja itu. Bayangan tadi singgah sebentar. Bergetar jiwanya seketika. Lantas, dia melupakan segalanya dan membuang memori itu jauh-jauh. Aku yakin boleh!

Oh she's back!

She's back!

She's back oh!

She's back!

Woohyun tiba-tiba muncul sambil menjinjing beg kertas ditangannya. "Wey! Terkejut tau?!" marah Seulbi. "Ala, relaklah bro! Aku dah buat special stage hanya untuk kau je tau KIM SEUL BI." Woohyun duduk dengan selamba badaknya di kerusi hadapan Seulbi. Dia peduli apakan? Orang pelawa ke tak sambar je. Lagi pun dua ekor lembaga ini kalau berjumpa mulut asyik nak berdebat je.

"Apa? Special stage? Baik aku tengok drama Song Jong Ki yang tengah hot sekarang ni daripada melayan otak tiga suku si NAM WOO HYUN." Seulbi menjelir lidah. "Eyyy, hodoh gila muka kau yang memang sedia tak cantik ni." perli Woohyun. Kalau dilayan sampai kiamat tak habis budak berdua ni. Pening pening...

"Kenapa datang sini?" Seulbi bertanya. Ish, Woohyun ni suka hati moyang dia je sambar aku punya roti bakar. "Aku nak sambut kepulangan puteri aku plus aku rindu gila dengan puteri katak. Disebabkan itulah aku datang melawat. Mesti dia rindu muka kacak aku ni jugak." Woohyun dengan bangga diri menjawab. Dia ni memang jenis masuk bangkul angkat sendiri.

"PE RA SAN!" Seulbi menyilang tangan. "Nah hadiah." Woohyun menghulurkan beg kertas berwarna coklat itu kepada Seulbi. Seulbi kebingungan. Untuk aku ke? "Ambillah, kau punya." Aik, Woohyun macam tahu-tahu je apa dalam otak aku ini. "Tak nak ambil, aku bagi jiran sebelah." Woohyun mengacahnya. Dengan senyum kambingnya Seulbi mengambil huluran itu.

"Apa ni?"

"Nanti bila aku blah kau tengoklah."

Seulbi hanya mengangguk. "Sekarang biar aku penuhkan perut aku dengan roti bakar ni dulu." Woohyun mengambil lagi sekeping roti di atas pinggan itu. Dengan pantas Seulbi memukul lengan Woohyun. "Siapa bagi kebenaran? Pergi buat sendirilah!"

"Alaa.. sedaplah sayang..." Woohyun buat muka seposennya. Dah datang pula perangai gatal dia yang tak bertempat. Sakit kepala Seulbi dibuatnya lalu dibiarkan Woohyun menghabiskan sarapannya itu.

SEUNGHO mengangkat deringan telefon itu. Dia tersenyum gembira mendengar berita yang dibawa oleh pemanggil itu. Pasti ada sesuatu yang telah terjadi.

Seungho ialah ketua kepada ahli kongsi gelap MBLAQ. Diikuti dengan anak-anak buahnya ialah Joon, Thunder, G.O dan Mir. Mereka merupakan anak-anak ahli perniagaan yang berjaya. Ketika ini mereka berada di Macau atas urusan perniagaan.

Dia memandang ke langit biru yang luas terbentang. "Aku tahu kau takkan pernah terlepas dari aku. Cuma kau bayang-bayang aku. Kau perlu ada disisi aku." Sambil tersenyum sinis dia berkata.

PADA petang itu, Myungsoo, Sungyeol dan Sungjong menghabiskan masa bersama bermain bola keranjang. Kata Myungsoo dah lama mereka tidak bermain bola keranjang. Nak tingkatkan skill kononnya.

"Nice game!" puji Myungsoo kepada Sungyeol. Sungyeol menghulurkan air botol mineral kepada Myungsoo dan Sungjong. "Hyung dulu selalu jadi wakil sekolah dalam pertandingan bola keranjang. Kenapa sekarang berhenti?" Tanya Sungjong.

"Old story. Tak ada sebab. Terasa penat dan ingin berhenti." Jawab Sungyeol acuh tidak acuh. Tak munasabah langsung! Sungjong merungut didalam hati. Myungsoo hanya tersenyum melihat cebikan Sungjong itu. Dia tahu benar alasan Sungyeol tapi biarlah dia simpan rapi.

"Kamu Sungjong jaguh juga dalam olahraga tapi kenapa berhenti juga?" Myungsoo menyelamatkan keadaan. "Lah, kita pula yang di tanya. Hyung berdua ni memanglah!" Sungjong berasa sebal. Myungsoo dan Sungyeol hanya tergelak besar.

"BABE! Rindunya aku kat kau Maya!" Seulbi yang terlampau rindu kepada sahabatnya itu menelofon Maya untuk bertanya khabar tapi belum apa-apa Maya dah dapat serangan jantung percuma. "Aku pun rindu kau jugak tapi cakap tuh perlahankanlah suara tu dulu."

"Sorry, I'm so excited!"

"Dah seminggu balik sana baru tahu nak call aku. Kau ni memanglah!" marah Maya dengan nada merajuk. "Sorry again. I promise I'll contact you always!" janji Seulbi. "Whatever! Ni kau apa khabar? Call lelama ni oppa kau tak bising ke? Kos tinggi kot."

"Lek lah. Dia okey. Aku sihat. Hmm, aku nak story dengan kau ni!"

"Macam best jer bunyi dia. Citelah."

"Kau tahu tak..?"

"Tak tahu!" potong Maya. "Aish minah ni. Dengarlah dulu aku nak cite." marah Seulbi. "Ala dah kau tanya aku jawablah." sakat Maya. "Loyar buruk lagi. Nak majuklah!"

"Okey okey sorry. Sambung lah..." pujuk Maya. "Macam ni... First day aku kat sini teruk gila weh. Aku jumpa sekor mamat ni poyo tahap dewa! Dahlah langgar aku pastu tak minta maaf yang gilanya lagi dia member oppa aku! Ish! Tapikan buddyz dia member oppa aku jugak. KACAK GILA! BAIK PULA TUUU~!"

"So, now you wanna say you like him? I mean that boy's friend?" Seulbi mengangguk. Eh?! Lupa pula Maya tak ada dihadapannya. Seulbi mengetuk kepalanya sendiri. "Hmm... ha ah..."

"Wah KIM SEUL BI YOU IN LOVE!"

"Shh! Tolong simpan rahsia ni okey?"

"No prob lah! Kita kan kawan!"

"Thanks Maya. I've go now. Call you later."

"Mention not. Bye babe~!"

Talian diputuskan oleh Seulbi. Dia berasa lega selepas menelofon Maya dan menceritakan segalanya. Maya ialah sahabat yang memahami. Aku akan jaga hati dan perasan aku sebaik mungkin! Tekad Seulbi

###Yoyoyo, wazzup? Cuti sekolah so maybe saya akan update more often! Sebarang komen atau cadangan amat dihargai. Selamat membaca. Selamat bercuti. Take care~

Can You Save Me?Where stories live. Discover now