Bab 26

198 26 0
                                    

HOYA dan Saeri melangkah masuk ke dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Bagasi-bagasi tersebut ditarik masuk oleh mereka.

"Awak pasti ke?" Suara serak itu melontarkan soalan.

Gadis itu hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum seraya berkata, "Saya amat pasti."

Dia sudah bertekad untuk pergi mencari dirinya yang sebenar. Dapatkah dia bertahan menahan kerinduananya terhadap lelaki ini?

"Awak tak nak saya ikut sekali?" Pemuda itu merayu. Dari semalam lagi dia memujuk gadis itu supaya membawanya sekali tetapi dia menolak.

"Saya nak awak tunggu saya." Jawab perempuan itu dengan ayu.

"Lee Howon, awak perlu percayakan saya."

Hoya menghelas nafas kecil. Bukan dia tidak percayakan Saeri, bagaimana jika ada sesuatu terjadi padanya ketika ketiadaannya? Dia cukup mempercayai bahawa Saeri akan datang kembali ke pangkuannya suatu hari nanti.

"Saeri..."

"Attention to passengers of flight..."

Penggumuman until kapal terbang Saeri berlepas kedengaran disegenap ruang lapangan terbang itu.

"Masa dah tiba." Saeri memberi senyuman terakhir kepada Hoya.

"Jumpa lagi, Lee Howon."

Dia menarik bagasinya ke pintu berlepas. Hoya hanya mampu memandang wanita itu pergi. Pergi jauh darinya. Meninggalkan dia kesepian.

Jumpa lagi, Kang Saeri.

Saeri tidak mampu menoleh kerana sekali dia menoleh mampu mengubah keputusannya. Dia juga tidak boleh mengucapkan kata-kata selamat tinggal kepada Hoya kerana dia tak mampu. Dia percaya perpisahan ini hanya sementara.

"LEE SUNGYEOL."

Wanita yang segak berdiri itu duduk di atas kerusi yang berpangkat tinggi itu. Sungyeol memandangnya dengan jijik.

"Straight to the point."

Sungyeol tidak mahu berbasah-basi dengan perempuan tua ini. Dia tidak mahu perasaan bencinya terhadap dia semakin membukit.

"Come back to our house."

Wanita itu yang dikenali sebagai ibu tiri Lee Sungyeol memujuknya untuk pulang ke rumah.

Sungyeol terus tersenyum sinis. Pulang ke rumah. Perempuan ini berlawak atau memang tolol? Sudah terang lagi bersuluh yang dia tidak mungkin akan pulang ke neraka itu.

"Stop joking around. I dont have time to play."

Sungyeol ingin mengangkat kaki keluar dari bilik itu tetapi ditegah oleh ibu tirinya.

"Your father is sick."

Sungyeol menoleh. Ayahnya sakit? Mengapa harus dia peduli? Tidakkah dia lupa bahawa ketika ibunya sedang tenat, ayahnya tiada untuk menjaganya.

"It is not my business anymore."

Lantas Sungyeol terus beredar. Dia tidak mahu mendengar lagi segala pujuk rayu wanita tua itu. Hatinya sudah cukup ditaburi garam.

"You gonna regret it Lee Sungyeol."

KIM SEULBI menunggu Woohyun di ruang tamu. Dia meninjau seluruh rumahnya. Banyak gambar masa kecilnya tergantung kemas di dinding.

Tiba-tiba mata Seulbi terpandang sesuatu. Sekeping gambar yang cantik dalam bingkai berdiri tegak di dalam almari perhiasan. Dia membuka almari kaca tersebut lalu mengeluarkan gambar tersebut.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now