Bab 34

252 25 2
                                    

Jangan lupa baca [A/N] ^_^v

██████████████████

MATANYA yang terpejam rapat terbuka dek kerana pencemaran bunyi yang diterima. Samsung Note 5 pemberian Kim Sung Gyu kepadanya beberapa minggu lalu bergetar pada kedudukannya kerana lagu yang dimainkan terlalu rancak. Dengan malas dia menggapainya dan menyapu skrin telefon tanpa memandangnya lalu ditekapkan pada telinganya. Dengan suara baru-bangun-tidur dia menjawab, "Hello?"

"Good morning~"

Mendengar pemilik suara itu terus dia bangun dari perbaringan dan duduk dengan tegak. Rindunya pada pemuda itu membuak-buak kerana dah lama mereka tidak bertemu. Sekuntum senyuman mekar dibibirnya seperti bunga mawar yang tumbuh mekar mewangi. Perlahan-lahan degupan jantungnya memainkan irama yang tidak dapat ditafsirkan itu.

"Oh, oppa!"

"Baru bangun tidur, ya? Dah sarapan?"

Kim Seul Bi menjeling sekilas pada jam dinding yang tergantung dihadapannya. 09.45 pagi. Duh, dah lewat sangat ini untuk seseorang yang bergelar gadis bangun. Boleh lari semua lelaki bila tahu wujud spesies malas bangun pagi macam dia ini. Mak-mak kata, tak boleh buat bini. Well YOLO ~ Merah padam pipi gadis itu dibuatnya. Kenapalah si Sung Gyu tak kejutkan dia? Boleh mereka bersarapan bersama hari ini.

"Ah, belum sarapan."

Tentulah Seul Bi tidak akan menjawab soalan pertama lelaki itu. Malu wei, lelaki bangun lagi awal daripada perempuan. Jatuh martabat. Dia bangun lantas keluat dari bilik, menuju ke ruang tamu mencari abang kesayangannya. Tetapi orang yang dicari tiada di situ. Mungkin di halaman, fikirnya. Langkahnya diteruskan ke pintu hadapan rumahnya.

"Baguslah begitu. Jom sarapan bersama!"

Nasib baik telefon dalam genggamannya tidak jatuh mencium lantai rumahnya. Terkejut bukan main lagi dia mendengar ayat kedua itu. Orang putih gambarkan persaan ini, skip a beat jantung gadis itu. Buang tabiat kut lelaki dalam talian ini tetiba ajak sarapan bersama bagai.

"Jumpa di Angel-In-Us Café dalam masa satu jam."

"Ba-baik."

Talian diputuskan. Kakinya berhenti berjalan kehadapan dan matanya mendarat pada tubuh yang dicari. Kelihatan Sung Gyu sedang memberi tikus belandanya makan. Hai, maklumlah orang selalu kata muka dia secomel hamster. Haiwan peliharaannya itu pula diberi nama Mansae, Kim Man Sae. Jangan tanya kenapa nama beliau ada Kim, sebab Sung Gyu kata binatang itu seperti ahli keluarganya.

"Oh, Seul kamu dah bangun." Sung Gyu tersenyum ke arahnya.

Seul Bi pula hanya menganggukkan kepalanya dan mengambil tempat di sebelah abangnya. Dia duduk dengan selesa dan tangannya berehat di atas meja bulat itu. Mereka bermain-main dengan ManSae. Bila difikirkan kembali, mungkinkah abangnya kesunyian? Kerana selama ini dia yang menjaganya menyebabkan dia tiada masa untuk mencari teman wanita.

Dan Sung Gyu punya cita rasa bukan calang-calang pula. Howon beritahu hari itu, high taste. High sampai tang mana pun tak tahulah. Abang dia itu tidaklah tinggi mana jika dibandingkan dengan Lee Sung Yeol. Okey, tak ada kena mengena. Hahaha.

"Nak makan sarapan?" Sung Gyu bertanya dengan nada keabangannya.

Ini dia yang suka sangat tentang lelaki ini. Prihatin dan suka fikirkan tentang orang lain lebih dari dirinya. Kadang-kadang sebagai adik dia risau juga. Abangnya ini nampak sahaja normal dan bahagia diluar tapi didalam? Dia tahu abangnya menyimpan banyak benda seorang diri dan menanggungnya sendirian.

Seul Bi menggeleng kepala, "Nak makan sarapan kat luar."

"Di mana?"

Kim Sung Gyu tidak akan lepas dengan wataknya sebagai overprotective oppa terhadap Kim Seul Bi. Dia tidaklah setegas ini dahulu mungkin ada sesuatu yang mengganggu fikirannya sehingga terlalu menjaga keselamatan adiknya itu. Apa-apa pun abang mana tak sayang adik? Kalau ada golongan seperti itu tak layak dipanggil manusia dan haiwan juga reti menyayangi ahli keluarga sendiri.

"Kafe milik keluarga Howon oppa."

Sung Gyu mengangguk tanda memberi keizinan. Seul Bi lekas bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi. Selepas itu dia bersiap dan ke stesen kereta api, menaiki bas. Sampai sahaja di stesen dia membeli tiket ke Itaewon. Hanya ada beberapa perhentian sebelum dia tiba dalam 10 minit. Kafe itu tidak jauh dari Pusat Beli Belah COEX, pusat beli belah terbesar di Asia.

Setelah berjalan kaki dalam lebih kurang 15 minit dari stesen kereta api, dia selamat sampai dihadapan kafe tersebut. Waktu pada jam tangannya menunjukkan 10.40 pagi. Dia tiba lima minit awal. Kaki kanannya memulakan langkah memasuki kafe tersebut. Kebetulan pula dia terserempak dengan Lee Howon.

"Oh, Seul Bi!"

"Oppa! Selamat pagi." Dia tersenyum mesra.

"Pagi. Duduklah. Kamu mahu pesan apa?"

Seul Bi mengambil tempat bersebelahan dinding kaca, tempat kesukaannya. Katanya boleh melihat pemandangan diluar dengan lebih dekat dan jelas lagi. Jarang benar dapat khidmat dari Howon jadi dia kena manfaatkan sebaik mungkin. Lagi pula hari ini dia memakai baju barista. Nampak segak dan bergaya! Boleh cair macam ini!

"Uhm..."

"Two hot cappuccino and two potatoes honey bread."

Suara itu menjawab. Bukan suara perempuan. Bukan milik Kim Seul Bi dan bukan juga dari Lee Hoya. Datang dari kotak suara orang lain. Suara pemilik yang menelefon Seul Bi. Bagaimana dia tahu menu sarapan kesukaan gadis itu? Dia tidak pasti. Yang pasti, lelaki yang ditunggu itu telah tiba. Hatinya meloncat kegembiraan.

"Oppa!"

"Kim Seul Bi."

"Selamat pagi, Howon."

"Pagi bro."

Howon meninggalkan mereka berdua untuk membuat pesanan mereka. Pemuda itu duduk dihadapan Seul Bi. Sudah tiga hari mereka tidak bertemu. Walau pun berjumpa tetapi tiada ruang untuk bersembang dek kerana terlalu ramai orang - Kim Seul Bi, INFINITE, Maya. Seul Bi hanya tersenyum mesra menyambut kedatangannya.

"Dah lama tunggu?" Dia bertanya dengan suaranya yang unik itu.

"Tak, Seul pun baru sampai."

Lelaki itu mengangguk perlahan kepalanya tanda mengerti. Ada sesuatu tentang dirinya yang baru disedari Kim Seul Bi. Gadis itu amat meminati lelaki kacak ini dari dahulu lagi. Ya, mungkin hatinya berdegup kencang apabila berhadapan dengannya tetapi perasaan itu lain. Perasaan itu berbeza dengan apabila dia berhadapan dengan orang yang disukai. Jauh sekali dengan cinta.

Dia cuma minat. Akan tetapi minatnya terhadap lelaki ini susah untuk dihakis. Bagaikan fangirls yang jatuh cinta pada idols. Itulah perasaannya. Jika dia sedar lebih awal, mungkin keadaan tidak serumit ini. Dia juga cukup berterima kasih kepada Maya yang menyedarkannya. Kata-katanya masih segar dalam ingatan.

"There is different between admire someone and loving someone."

Benar sekali kata-kata itu. Seul Bi kini sedar siapa yang dia minati dan siapa yang dia cintai. Kebetulan pula Howon datang dengan membawa pesanan mereka. Setelah mengucapkan selamat menjamu selera dan dua pelanggan itu menggucapkan terima kasih, Hoya beredar ke tempatnya.

"Kim Seul Bi, we need to talk about..."

██████████████████
[A/N]

Hello~ Its me again lol xD
So yeah, I already add a video on previous chapter. Please take a look because I forgot to add that day hihihi ^0^v
So, I promise this is the last update in November 2015 since I have papers on Monday.
Well yeah mathematics and tasawwur ㅠㅗㅠ

THANK YOU FOR 8K+ READS OMG *CRYING*

[BREAKING NEWS]
I'm drafting Lee Sung Jong Malay Fanfic <3 Who excited to read? Muahahaha

P/S: Mark your calendar on 30 November 2015 because I'll be back :p

Lot Of Love From Your Crazy Author,
Shxmxn.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now