MYUNGSOO agak dingin bila tidak bersama dengan Infinite cuma kebalakangan ini dia seperti sedikit ceria berada di universiti. Akan tetapi vise versa bagi Sungyeol. Dia makin bersikap dingin hari demi hari.
Kerana itu Myungsoo makin risau melihat keadaan Sungyeol yang kurang stabil. Baru-baru ini Sungyeol kerap mengunci diri dalam bilik kerana ingin menyiapkan tugasannya. Myungsoo hanya mampu melihat sahaja.
Dia tidak terasa hati cuma takut sesuatu telah menimpa sahabatnya itu. Disebabkan itulah dia ingin melakukan sesuatu untuk melihat senyuman comel lelaki itu lagi.
Perlahan-lahan Myungsoo mengetuk pintu bilik Sungyeol. "Sungyeol? Sungyeol?" Selanya sambil mengetuk pintu. Dengan berat punggungnya Sungyeol bangun dari duduknya untuk membuka pintu.
Muka Sungyeol terjengul keluar sambil mukanya tertulis 'ada apa?' kepada Myungsoo. Myungsoo hanya tersenyum dan Sungyeol mengangkat kening sebelah kirinya sebagai tanda tidak faham.
Myungsoo hanya membuat muka 'Jom!' . Untuk pengetahuan para pembaca sekalian. Mereka mampu melakukan telepati. Menakjubkan bukan? Tidak semua orang mampu melakukannya. Jika hati bersatu maka minda pun akan bersatu. ((MyungYeol!!!))
Sungyeol masih teguh berdiri disitu memikirkan tingkah laku Myungsoo. Hampir tergelak Myungsoo melihat muka Sungyeol yang meminta penjelasan.
Myungsoo menarik tangan Sungyeol lalu dipimpinnya turun ke bawah. Langkah kaki Sungyeol hanya menurut sahaja. Seperti Pak Turut gitu. Myungsoo mengambil kunci kereta sebelum melangkah keluar rumah.
Dia membuka pintu keretanya dibahagian tempat duduk penumpang sebelah pemandu untuk Sungyeol. Para pembaca mereka sememangnya bukan pasangan kekasih. Harap maklum. Hehe...
Sebelum dia memasuki perut kereta Porshenya, Myungsoo terlebih dahulu mengunci pintu rumahnya. Pada era globalisasi ini, kawasan perumahan di bandar metropolitan, kes jenayah makin meningkat. Sila utamakan keselamatan anda semua.
'Nak ke mana?' Sungyeol memandang tepat ke arah Myungsoo yang baru mendaratkan punggungnya di atas kerusi pemandu. 'You'll know later.' Dia membalas sambil senyuman nakal terukir di bibir.
Porshe berwarna hitam itu meluncur laju di atas jalan raya membelah angin senja pada petang itu. Suasana sepi menyelubungi kereta mewah itu. Sungyeol bermain dengan perasaannya sendiri. Myungsoo pula menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduannya.
Beberapa minit kemudian, kereta yang dinaiki mereka tiba dibahadapan Pusat Membeli Belah Kingdom. The biggest shopping mall in South Korea. Nak tahu siapa pemilik bangunan mewah dan megah ini? Nantikan dengan sabar...
"Buat apa kat sini?" akhirnya, Sungyeol bersuara setelah keluar dari perut kereta. "Ingat dah hilang suara." Myungsoo memerlinya. "Whatever!"
Myungsoo sekali lagi menarik pergelangan tangan Sungyeol dan memasuki bangunan yang tersergam indah itu. Heaven beb! Selangkah saja mereka masuk semua memandang mereka. Maklumlah orang terkenalkan.
Kim Myung Soo a.k.a L ialah model terkenal dan duta Syarikat Kingdom. Jadi siapa tak kenal Prince of South Korea? Lee Sung Yeol sahabat terbaik Kim Myung Soo juga mereka kenal kerana dia juga seorang yang good-looking! Keselurahannya, Infinite sememangnya berkarisma!
Terdengar teriakan para peminat mereka. Walaupun mereka bukanlah selebriti ((mumgkin hanya L)) tetapi populariti mereka setanding Prince William... Mungkin? Haha...
Seperti terkena histeria bila dapat berjumpa dengan mereka semua. Infinite ialah para perwaris jutawan Korea dan mereka semua sangatlah kacak! Tetapi siapa tahu mereka ada rahsia besar sendiri?
YOU ARE READING
Can You Save Me?
FanfictionDiterbitkan: 06 Ogos 2014 - 03 April 2016 ©Shxmxn2014 ✘Buku ini tidak boleh ditiru, diolah, dicetak dan diterbitkan semula tanpa izin dari penulis dan penerbit. #5 in #namwoohyun #483 in Fanfiction