Bab 10

373 25 1
                                    

### Lovelyz Candy Jelly Love MV dah keluar >,< Let's streaming to gain 1M views :)

SEULBI menjamah sarapan pada pagi itu dengan suasana yang sunyi. Hanya bunyi sudu dan garpu berlaga dengan pinggan kedengaran. Dia bukannya makan seorang tetapi dengan seorang lelaki yang tiada jiwanya.

Seulbi memandang sayu abangnya yang kelihatan seperti orang dilanda masalah setinggi Gunung Himayala. Biasanya abangnyalah orang paling ceria jika dapat menatap mukanya yang sedia comel ini. Seulbi mengeluh berat. Pasti ada sesuatu yang berlaku sehingga mengganggu ketenteraman hidup abangnya.

Dia tahu Sunggyu bukan jenis yang akan membawa masalah kerja ke rumah. Mesti ada perkara besar yang telah berlaku. Dia pernah nampak muka resah Sunggyu beberapa tahun dulu ketika kejadian itu berlaku. Adakah sejarah akan berulang? Tidak mungkin. Mereka semua sudah tiada.

"Oppa kwenchana?" lembut suaranya bertanya. Sunggyu tersenyum memandang satu-satunya darah daging yang dia ada. Melihat senyuman Seulbi lebih berharga dari segala benda atas muka bumi ini. Dia mengangguk perlahan-lahan. Seulbi seperti kurang puas hati dengan jawapan yang diberikan.

Dia tahu abangnya tidak mahu dia risau. Seulbi hanya tersenyum tawar. "Seul ada kelas tak hari ini?" Tiba-tiba Sunggyu bersuara. "Hmm, tak kelas tunda hari ini sebab fakulti Seul sedang dinaik taraf." Seulbi menjawab sambil menguyah makanan.

"Bagus. Hari ini oppa off day. Nak jalan-jalan kat mana-mana tak?" Suara Sunggyu kedengaran ceria. "Betul?" Seulbi bertanya meminta kepastian. Sunggyu mengangguk sambil tersenyum lebar. "Kitakan dah lama tak luangkan masa bersama dan sejak Seulbi ada kat sini oppa belum pernah bawak adik kesayangan ni pergi jalan-jalan."

Seulbi bersorak kegembiraan. Ya, benar kata abangnya. Dah lama mereka tidak meluangkan masa bersama-sama. Masa mereka habis begitu sahaja kerana kesibukan masing-masing.

"So my dear, where are we going?"

"Hmm, geuss what?"

"I know.."

~

"Lama tak ke sini." Getaran disuara Seulbi menusuk hati Sunggyu. "Huh~! Terimbau kisah lama pula haha..." Seulbi cuba menceriakan suaranya supaya keadaan ini kekal ceria hingga ke penghujung hari.

"Ni bunga yang Seulbi minta omma tanamkan. Tak sangka walaupun dah lama tak jenguk dia masih tumbuh segar kembang mewangi."

Sunggyu tersenyum mendengarnya. "Seulbi tengok ni." Seulbi berpaling setelah mendengar arahan itu. Kembang mekar senyuman dibibirnya ketika itu. "Aboji..." Kata nama yang telah lama dia tidak sebut.

"Dulu kita suka main guna papan luncur nikan?" Sunggyu memberi papan itu kepada Seulbi. "Nak lawan tak?" Seulbi mencabarnya.

"I'm still ace you know?" Sunggyu langsung tidak gentar untuk menyahut cabaran itu. "Well let see it."

~

"Woohooo~!" Mereka seronok bermain papan luncur itu. Tak sangkah papan itu masih utuh untuk mereka yang telah besar menjadi dewasa ini. Seperti waktu kecil dulu, mereka akan duduk di atas papan luncur dan luncur turun ke bawah kaki bukit itu.

"This thing still fun~!" Seulbi menjerit keseronokan.

"Huh!" Mereka semua sampai di kaki bukit dan baring di atas rumput yang menghijau pada musim bunga ini. Akhirnya, mereka sama-sama tergelak. "Loser Bi." Sunggyu mengejek Seulbi. "Arrogant Gyu."

Akhirnya mereka menghabiskan petang mereka melihat langit yang sudah ingin kejinggaan bertukar waktu ke senja. Matahari terbenam pada hari itu amat indah dari hari-hari yang lain.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now