Bab 27

217 25 7
                                    

SUASANA tegang itu menyelubungi ruang tamu itu. Dua makhluk yang saling mengeluarkan aura ketidakpuasan hatinya duduk menghadap masing-masing.

"Kamu kena menggantikan tempat ayah kamu."

Pemuda itu masih berdiam diri. Sangkanya urusannya dengan wanita ini sudah berakhir minggu lalu, rupa-rupanya masih di sambung.

"Ayah kamu makin tenat."

Pemuda tinggi lampai itu mengeluh. Cukup-cukuplah pujuk rayunya. Dia tidak akan termakan dengan helah basi itu. Layak masuk tong sampah je.

"Cuma kamu yang layak jadi penggantinya."

Bibir lelaki itu tersenyum sinis. Tidak salahkah apa yang dia dengar ini? Bukankah selama ini pangkat itu yang wanita itu dambakan? Itukan tujuan utama dia berkahwin dengan ayahnya?

"Jangan buat lawak basi kat sini." Sungyeol tergelak kecil.

"LEE SUNGYEOL!" Bentak perempuan itu, geram. Dalam situasi seperti ini boleh dia bergurau?!

"Kamu akan menyesal kalau kamu tidak menurut kehendak ayah kamu!"

Sungyeol memalingkan mukanya ke arah wanita itu. Wanita itu memang sedang menguji kesabarannya.

"Kenapa?" Sungyeol tersenyum sinis lagi.

"Kalau dia tak sudi nak beri hartanya, saya pun tak sudi nak ambil hartanya."

Wanita itu sudah sampai ke tahap maksima. Kesabarannya sudah mencapai batasnya. Lee Sungyeol tidak akan pernah matang!

Sungyeol ingin beredar dari neraka itu. Mengapalah dia masih menjejakkan kaki disini? Walaupun dia begitu benci pada sikap ayahnya yang membuat ibunya meninggal, tapi dia sedar sudah takdir ibunya pergi selamanya dan dia masih anak kepada lelaki itu.

"Kamu... tak mahu pulang, adakah disebabkan gadis itu?"

Langkah Sungyeol terhenti. Gadis manakah yang dimaksudkan oleh ibu tirinya itu?

"Kim Seul Bi." Ibu tirinya menyambung.

Sungyeol memandang kembali muka wanita itu dengan perasaan amarah yang tak dapat disembunyikan lagi.

Ibu tirinya tersenyum sinis. Nampaknya dia akan memenangi permainan ini, tak lama lagi.

"Kamu...!" Sungyeol meneguk air liurnya, menahan kesabaran sambil genggaman penumbuknya dieratkan.

"Kenapa?" Wanita itu berdiri, mendekatinya.

"Jangan berani kau sentuh dia!" Sungyeol sudah mula menggunakan perkataan kesat. Tiada lagi panggilan hormat digunakan. Perlukah dia hormat perempuan yang tiada perasaan sepertinya?

"Bukankah dia bakal menantu keluarga ini? Saya patut berjumpa dengannya." Perempuan itu berjalan mengelilingi Sungyeol.

"Jangan harap saya akan benarkan!" Nafas Sungyeol turun naik menahan marahnya yang semakin berkobar-kobar.

"Kenapa?" Tanya perempuan itu dengan nada menguji kesabaran Sungyeol.

"Orang macam kamu..." Jarinya telunjuknya menunjuk ke arah ibu tirinya, "... tak layak untuk berjumpa, apatah lagi berkenalan."

Dengan itu, Sungyeol melangkah keluar dari rumah agam itu. Dia memecut laju ke suatu tempat. Fikirannya amat bercelaru. Mengapakah dunia yang fana ini begitu kejam dan tiada hati nurani?

TELEFON Seulbi berdering minta di angkat. Siapa pula yang menelefonnya pada petang yang hening ini?

Seulbi terus menutup bukunya dan mengambil telefon yang dari tadi melalak minta dijawab. Tanpa melihat ID pemanggil, Seulbi terus menekan punat hijau.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now