Bab 41

151 18 0
                                    

DUNIANYA yang kelam kembali cerah. Perlahan-lahan matanya dibuka. Badannya terasa lemah sekali. Bila sudah sedar sepenuhnya, baru dia sedar yang dia sedang berbaring di atas katil. Dek kerana terkejut dia terus bangun terduduk. Seingatnya tadi dia kena culik!

"Awak dah bangun." Tegur satu suara garau dari tepi.

Kim Sung Bi menoleh ke arah pemilik suara itu. Alangkah terkejutnya dia apabila orang yang tidak ingin dia jumpa semula di dunia ini kini berada dihadapannya. Lelaki yang sama yang telah menghancurkan keluarganya tujuh tahun yang lalu. Lelaki yang membuat abang kesayangannya menyimpan dendam. Lelaki yang bernama Yang Seung Ho.

"Apa yang awak nak?" Terketar suaranya ketika mengutarakan ayat tersebut. Sejujurnya dia amat takut saat ini. Memori yang dia tanam kini terbuka sekali lagi. Memori hitam itu bermain dalam mindanya.

"Simple. You. I want you." Seung Ho tergelak kecil.

Pasti lelaki jahanam itu menyangka Sung Bi adalah Kim Seul Bi yang sebenarnya. Itu jugalah yang diharapakan oleh Kim Sung Gyu. Nampaknya Seung Ho telah terperangkap dalam rancangan Sung Gyu. Sung Bi harus menyamar menjadi Seul Bi dihadapan Seung Ho.

"Gila!" Jerit Sung Bi lantas bangun dari katil itu menjauhi Seung Ho yang duduk disuatu sudut.

"Yes, I'm crazy over you babe." Dia tersenyum sinis seraya berjalan ke arah Sung Bi.

"Jangan dekat!" Sung Bi memberi amaran. Dia tahu lelaki ini boleh melakukan apa sahaja kerja gila. Demi impiannya dia sanggup walaupun jenayah.

"Janganlah takut."

Sung Bi terperangkap. Dia tidak dapat ke mana-mana lagi. Seung Ho menyentuh lembut pipinya dengan jari-jemarinya. Hampir gugur air mata gadis itu. Dalam hatinya dia berdoa yang abangnya akan datang dan menyelamatkannya. Dia amat pasti yang sekarang ini dia berada di rumah Seung Ho yang dulu di Yeonju. Rumah ini sudah terbiar jika dilihat keadaannya yang tidak terurus. Perabot ditutupi dengan kain putih.

"DARN IT!"

Sung Gyu mematikan talian. Dia amat pasti mereka telah bertindak. Pasti adiknya sudah diculik dan berada dalam tangan mereka. Dia harus fikirkan sesuatu untuk menyelamatkan Kim Sung Bi. Yang pasti rancangannya untuk menipu Yang Seung Ho telah menjadi. Dia berdoa adiknya akan selamat sehingga bantuan tiba nanti.

"Kenapa hyung?" Woo Hyun bertanya dengan nada cemas. Mana tidaknya bila Sung Gyu tiba-tiba menyumpah semasa menelefon adik kesayangannya. Nam Woo Hyun amat pasti sesuatu telah berlaku. Sesuatu yang buruk telah menimpa Sung Bi. Dari riak muka Sung Gyu sahaja dia dah tahu. Mafia Yang sudah bertindak.

"Call the members now. We are heading to Incheon tonight!"

Semua ahli INFINITE - Jang Dong Woo, Lee Howon, Lee Sung Yeol, Kim Myung Soo dan Lee Sung Jong ditelefon oleh Woo Hyun untuk mengkhabarkan situasi saat ini. Mestilah Sung Yeol yang paling terkejut dan sedih. Belum sempat dia berbaik dengan gadis itu kini dia telah diculik.

Dengan sepantas kilat Sung Yeol menyambar kunci kereta dan ke Incheon bersama Myung Soo. Lokasi terakhir telefon bimbit Sung Bi telah dimesej oleh Sung Gyu kepada mereka. Sung Yeol tidak putus berdoa akan keselamatan Sung Bi. Dia tidak sanggup lagi untuk kehilangan gadis yang telah merubah dunianya.

Ketujuh-tujuh ahli INFINITE tiba di lokasi tersebut. Mereka berjalan-jalan disekeliling untuk mencari apa-apa petunjuk yang dapat membantu. Tiba-tiba kaki Dong Woo terpijak sesuatu yang keras di atas rumput. Dia mengangkat kakinya dan dia terpijak telefon pintar Samsung Note 5. Lantas, dia terus memanggil mereka semua untuk berkumpul.

"Telefon Seul Bi!" Hoya yang mengecam telefon itu kerana Sung Bi ada meletakkan pelekat infiniti dibelakang telefonnya itu.

Sung Gyu terus merampas gadjet itu dari tangan Dong Woo. Dia pergi ke senarai log panggilan. Ada nama yang tidak pernah didengari oleh Sung Gyu. Biasanya Sung Bi akan menceritakan tentang semua kawan-kawannya. Tetapi dia amat pasti dia tidak pernah dengar nama ini.

"Lee Joon."

Sung Yeol yang kebetulan ada disisi melihat pada skrin telefon itu juga. Siapakah lelaki ini? Sung Bi tidak pernah bercerita tentangnya. Adakah ada kaitan dengan kes penculikan ini? Tiba-tiba telefon itu berdering dan nama yang tertera pada telefon itu amat mengejutkan mereka semua. Sung Gyu menjawab panggilan itu.

"Yobosaeyo?"

TUJUH tahun yang lalu...

Ibu bapa Kim Sung Gyu dan Yang Seung Ho terlibat dalam kemalangan jalan raya. Hasil daripada siasatan pihak polis, kereta milik keluarga Yang telah memasuki jalan dari arah yang bertentangan kerana hilang kawalan.

Kerana kemalangan itu, Sung Gyu tidak dapat menerima kenyataan yang ibu bapa Seung Ho adalah penyebab kedua orang tuanya kehilangan nyawa. Semenjak hari itu mereka menjarakkan diri dari Seung Ho. Dia tahu Seung Ho tidak bersalah tetapi entah mengapa dia tidak boleh membuang perasaan benci ini.

Dek kerana tergilakan si Kim Seul Bi, Seung Ho sanggup menculiknya. Dia tahu Sung Gyu tidak akan benarkan dia berjumpa dengan Seul Bi. Oleh itu dia melakukan jenayah gila ini. Ini bukan cinta tetapi obsesi. Mereka tidak tahu disebalik tabir yang sebenarnya. Mengapa kereta itu boleh hilang kawalan. Mengapa Seung Ho bertindak sedemikian. Tiada yang tahu.

Sebenarnya, Seung Ho menghidapi suatu penyakit yang diberi nama Obsesif-Kompulsif. Pesakit seperti ini tidak dapat melawan pemikirannya sendiri. Kadang-kala mereka akan mendengar suara-suara yang tidak wujud. Pakar psikologi berkata itu sebenarnya adalah suara minda mereka sendiri.

Ibu bapa Seung Ho telah merancang pertunangan Seung Ho dengan gadis lain. Gadis yang dia tidak cintai. Seung Ho tidak dapat menerima semua itu. Dia hanya mahu menikahi Seul Bi. Oleh kerana ibu bapanya nekad, dia pun menjadi nekad. Nekad mahu membunuh kedua ibu bapanya.

Ya, kereta mereka hilang kawalan kerana Seung Ho yang merosakkannya. Baginya, sesiapa yang menghalang kisah cinta dia dan Seul Bi perlu mati. Tetapi disebabkan tindakannya itu Seul Bi makin menjauh. Dia tidak boleh menerima kenyataan itu. Oleh itu dia menculik gadis itu.

Dan pada malam yang trajedi itu, Seul Bi hampir kehilangan nyawanya. Sung Gyu dan Woo Hyun cedera parah. Sung Bi pula trauma yang melampau. Seung Ho pula hilang entah ke mana. Semenjak malam itu, Sung Gyu nekad untuk membalas dendam.

Sung Bi di bawa ke Jepun untuk menerima rawatan psikologi. Woo Hyun ketika itu masih tidak sedarkan diri. Yang dia tahu, Sung Bi telah mati. Dia tidak tahu Sung Bi telah menjadi Seul Bi. Woo Hyun amat menderita buat satu tempoh yang agak lama.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now