Bab 37

182 19 11
                                    

TIK TOK TIK TOK

Pemuda itu tidak sedar yang masa telah berlalu dengan pantas. Dia masih di dalam bilik itu, tenggelam bersama memori lampau. Dia sedar segalanya telah terlambat tapi masih tidak terlambat untuk mengembalikan diri gadis itu yang sebenarnya.

"NAM WOO HYUN!!!"

Suara seorang gadis bergema dari ruang tamu rumahnya. Woo Hyun terus tersedar dari dunia kecilnya dan kembali ke realiti. Dia terus keluar dari bilik itu dan menyambut Kim Seul Bi dengan riangnya. Ya, dia pasti akan menunjukkan muka kebahagiannya kerana dia tahu gadis itu pasti tidak mahu lihat dia bersedih.

"Yah! Kamu belum bersiap lagi? Janji nak keluar!"

Seul Bi bercekak pinggang melihat Woo Hyun yang masih dalam pakaian rumah. Mereka sudah berjanji ingin membeli hadiah hari jadi Dong Woo bersama-sama. Nasib baik Lee Sung Yeol jenis yang memahami. Tidak ada pula dia cemburu buta menghalang temu janji Seul Bi - Woo Hyun ini.

"Dah pukul berapa ini?"

WooHyun bertanya selamba. Seul Bi mencebik. Budak seekor ini agaknya baru balik dari planet Matoki kut. Tuh yang dah tengah hari pun tak sedar. Penat je minah seorang ini excited nak jumpa dia. Rindu katanya. Ai maklumlah, abang nombor dua dia. Seul Bi terus menolak lelaki itu masuk ke dalam biliknya suruh bersiap.

Seul Bi terpandang bilik sebelah yang terkuak sedikit pintunya. Bilik apa ini? Desis hatinya. Tahap ingin tahunya amat tinggi. Setinggi gunung Himalaya. Lagi pula tujuan utama dia datang awal ke rumah WooHyun adalah...

Seul Bi ingin menutup pintu bilik tersebut tetapi matanya terpandang isi di dalam bilik itu. Tanpa sedar, tangannya membuka pintu bilik itu seluas-luasnya dan kaki kanannya melangkah masuk. Seul Bi terus terkesima. Dia memandang satu persatu barang yang tersusun rapi dan kemas di dalam bilik itu.

Dari photowall, rak pita, alat permainan dan bermacam-macam lagi. Dia seperti mengenali semua benda itu. Seul Bi berdiri pada photowall itu. Banyak gambar WooHyun dan seorang gadis yang sama. Dia rasa dia kenal siapa gadis itu. Tipu jika dia kata dia tidak dapat mengecam pemilik muka itu.

Air mata jatuh dengan derasnya. Kini, segalanya telah terbukti. Memori yang terkubur datang satu persatu. Dia kenal mereka berlima dalam gambar yang ditengah itu. Yang Seung Ho, Kim Seul Bi, Kim Sung Gyu, Kim Sung Bi dan Nam Woo Hyun. Mereka adalah sahabat dari kecil. Hidup berjiran dan ke sekolah bersama.

Yang Seung Ho adalah lelaki yang meminati Kim Seul Bi. Seul Bi jenis yang nakal dan degil tetapi Seung Ho sentiasa bersabar dengan karenahnya. Seul Bi adalah kakak kepada Kim Sung Bi. Walau pun begitu, Sung Bi sentiasa menjadi yang berfikiran lebih matang daripadanya. Disebabkan itulah Nam Woo Hyun menyukainya.

Woo Hyun adalah seorang yang romantis. Gadis lembut dan ayu seperti Sung Bi juga pilihannya. Mereka berlima sentiasa bersama. Kim Sung Gyu seorang abang yang sangat penyayang. Dia percayakan dua orang sahabatnya itu mampu menjaga adik kembarnya. Tetapi malang tidak berbau. Suatu trajedi menimpa mereka.

"Yah, Sung-!"

Woo Hyun yang keluar dari bilik air terus mencari kelibat Seul Bi. Apabila ternampak gadis itu di dalam bilik yang tidak sepatutnya, langkah kakinya terhenti. Dia juga sedar yang mulutnya hampir memanggil gadis iti dengan nama lain. Seul Bi terus memandang pemuda itu dengan air mata yang jatuh seperti air terjun.

"Op-oppa..."

Lemah sahaja suaranya dia antara sedunya. Belum sempat WooHyun menjawab, gadis itu sudah rebah di atas lantai.

"KIM SUNG BI!"

"KIM Sung Bi?"

Perlahan lahan dia memisat misat matanya kerana terkena sinaran cahaya. Dia tahu ada suara yang memanggilnya. Suara yang amat dirinduinya. Mengapa dia boleh melupakan tentang suara itu? Suara yang selama ini menemaninya.

"Kim Seul Bi?"

Gadis yang bernama Seul Bi itu tersenyum. Selepas itu wajahnya terus berubah menjadi sedih. Sung Bi tidak memahami perubahan itu. Apa yang cuba disampaikan?

"Maafkan saya."

Matanya terus terbuka. Mimpi itu terlalu nyata. Badannya menggigil. Seul Bi melihat sekeliling. Di manakah dia? Mengapa semuanya putih? Adakah... ini hospital? Kali terakhir yang dia ingat, dia berada di rumah Woo Hyun. Tangannya terasa hangat. Dia melihat pada pemuda yang membaringkan kepalanya disisi katil.

"Oppa..."

Dia memamggil. WooHyun seperti sudah terjaga terus menegakkan badannya.

"Kamu dah bangun?"

Seul Bi mengangguk lemah.

"Nak air."

WooHyun terus mengisi gelas kosong itu dengan air dari termos. Dihukurkan pada Seul Bi dan dia meminumnya sehingga separuh. Diletak semula gelas itu di atas meja bersebelahan katil pesakit.

"Kamu okey?"

Sayu sahaja suara pemuda itu bertanya. Gadis itu mengangguk kecil sekali lagi. Pening kepalanya juga sudah kurang. Cuma badannya terasa sedikit lemah. Ada cecair yang memasuki badannya melalui tangannya. Suasana menjadi sunyi. Hanya mesin degupan jantung itu sahaja yang berbunyi.

"Op-oppa..."

"Hmm?"

"Kamu... dah tahu lama ke?"

WooHyun diam sejenak, "Bulan lepas."

"Macam mana?"

Sesungguhnya dia amat perlukan jawapan itu. Dan mengapa dia perlu nyorokkannya?

"Kamu masih diri kamu yang sebenar walaupun kamu lupa segalanya."

WooHyun mengeluh, "Kamu tak lupa cuma..."

Gadis itu faham apa yang dimaksudkannya. Adakah disebabkan apa yang terjadi di Jepun? Maknanya ini ada kaitan dengan abangnya, SungGyu.

"Sung Gyu oppa..."

WooHyun mencelah, "Bukan salah dia. Dia lakukan ini demi kamu berdua."

Gadis itu amat memahami. Tak pernah sekelumit zarah pun dia membenci abangnya atas apa yang berlaku. Dia amat sayang akan Sung Gyu.

"Kenapa? Kenapa dia lakukan ini semua?"

Air mata yang hampir gugur ditahan. WooHyun menggigit bibir bawahnya. Tak tahu apa yang perlu dikatakan. Takut jika tersalah cakap, gadis ini akan salah faham.

"Demi keselamatan kamu berdua."

Suasana menjadi sunyi sepi kembali.

"Jangan beritahu oppa yang saya dah ingat segalanya."

WooHyun mengangguk lemah. Agaknya dia memahami perasaan gadis ini.

"Tolong jangan beritahu Sung Yeol juga."

Entah mengapa rasanya ayat itu bagaikan menikan hatinya. Dia takut WooHyun terasa hati. Dia takut WooHyun terluka jika dia bercakap mengenai Lee Sung Yeol. Tapi akan daya? Dia tidak mampu mengubah segalanya ke titik asal. Andai sahaja perkara ini tak serumit yang dihadapi ketika ini.

"Kamu... sayangkan dia?"

Dia yang dimaksudkan adalah Sung Yeol. Gadis itu takut untuk menjawab. Di satu sisi, dia tidak mahu mengecewakan lelaki dihadapannya ini. Apa yang perlu dia lakukan saat ini?

"Kim Sung Bi, jawab dengan jujur."

Tegas sahaja suara WooHyun. Ya, Kim Seul Bi adalah Kim Sung Bi yang sebenarnya. Gadis yang menjadi cinta pertama Nam Woo Hyun. Gadis yang telah berjanji ingin berkahwin dengan lelaki itu. Gadis yang telah disangkakan telah mati olehnya.

██████████████████

[A/N]

Jeng~ Jeng~ Jeng~
Terkejut tak? Hah! Jangan pening kepala, tunggu bab seterusnya!
Ppyong ~!

-Shxmxn.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now