Bab 17

252 29 7
                                    

SEULBI bangun dari tidurnya yang lena. Dia melihat sekeliling. Perasaan aneh menjalar di dalam tubuhnya. Ini bukan bilik tidur aku. Dia bermonolog. Lantas dia bangun dari perbaringannya.

Tiba-tiba dia terbau sesuatu yang enak dari luar. Pada masa itu jugalah perutnya memainkan lagu rock kapak, minta dimasukkan makanan. Dengan langkah yang berhati-hati dia melangkah keluar.

Seulbi ternampak sekujur tubuh yang tinggi lampai sedang memasak di ruang dapur. Dia hanya berdiri di pintu dapur, memerhati. Baru dia teringat bagaimana dia boleh berada dalam penthouse mewah ini.

"Selamat pagi. Duduklah. Jangan asyik tercegat kat situ je." Sungyeol bersuara tanpa menoleh ke belakang.

Macam mana dia tahu aku ada dekat sini dari tadi? Seulbi bertanya kepada dirinya sendiri seperti seorang yang dungu. "Tak nak sarapan ke?" Sungyeol meletakkan telur dadar yang dimasaknya itu di atas meja makan.

Dengan langkah yang longlai Seulbi mendekati meja makan itu. Terliur dia tatkala melihat hidangan di atas meja tersebut. Ada susu dan jus. Telur dadar dan sandwich. Menaikkan seleranya betul!

Tabiat kebiasaan Seulbi tentang makanan, dia akan baunya dulu. Macam anak anjing pulakan bunyinya! "You not puppy please." Sungyeol bercakap separa berbisik dan Seulbi mendengarnya separa jelas.

"Excuse me Mr. Jerk, puppy?" Seulbi mencebik. Tak puas hati dia tetiba ada orang labelkan dia dengan haiwan. Cukuplah si Woohyun panggil dia katak tapi nasib baik depan dia ada puteri. Tinggi sikit pangkat dia daripada segala katak dalam dunia ni.

"..... Cuter than ..." Itu yang keluar dari mulut Sungyeol tapi Seulbi tidak dapat mendengarnya dengan jelas. "And for your information, Im not a jerk!" Sambungnya lagi kali ini jelas lagi nyata.

"Yes you're." Seulbi membalas. Entah mengapa bila gaduh je dengan mamat Yeol ni mesti keluar semua teror English dia. "Looks like someone will lose her breakfast." Dengan tidak semena-menanya tangan Sungyeol menarik pinggan Seulbi ke arahnya.

"Jangan buruk siku boleh tak?" Seulbi memukul lengan Sungyeol. Sungyeol hanya tersenyum senang dan menjamah makanan dengan tenang. Begitu juga dengan Seulbi. Menikmati sarapan pagi tanpa halangan dan rintangan lagi.

"Nah." Sungyeol menghulurkan sebuah beg kertas yang besar kepada Seulbi. "Apa ni?" Seulbi memandang muka Sungyeol hairan. "Mandi dan bersiap. Lepas tu kita ke kampus."

Haih, Sungyeol ni orang tanya lain dia jawab lain. Maka, tergantunglah persoalan Seulbi tadi di bawa angin lalu sepoi-sepoi bahasa.

Setelah selesai menghantar Seulbi ke kampus, Sungyeol pergi ke rumah Sunggyu seperti yang diarahkan oleh Seulbi. Ceh, macam pembantu peribadi pula bunyi dia. Tugasnya ialah untuk mengambil buku notanya.

Dihadapan perkarangan rumah Sunggyu, kelihatan kereta milik Woohyun terletak kemas disitu. Sungyeol memakirkan keretanya berseblahan.

Ketika dia ingin menekan loceng rumah, pintunya sudah sedikit terbuka jadi dia masuk sahaja seperti kebiasaannya.

Semasa hendak menanggalkan kasut, Sungyeol terdengar sebuah perbualan antara tiga insan.

A: Hyung tell me! This is about life and death!
B: He's right hyung. Tell him. He deserves to know.

Mereka terdiam sebentar. Mungkin lelaki yang dipanggil hyung itu sedang memikirkan sesuatu.

C: Mereka tidak memusuhi kamu.

Dia berhenti seolah-olah ingin mencari kekuatan untuk menyambung semula.

A: Jadi? Kenapa mereka serang saya.
C: Amaran. Mereka gunakan kamu sebagai amaran.
A: Maksudnya?
B: Sebab kamu salah seorang daripada kami. Dia tidak akan terus menyerang orang yang dia inginkan tetapi memberi amaran kepada orang sekelilingnya bahawa dia dah kembali untuk menuntut.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now