Bab 29

213 23 0
                                    

"AWAK?!"

Mereka berdua tergelak. Kelakar pula rasanya apabila pertemuan mereka yang kedua seperti yang pertama.

"Kali kedua." Lelaki itu tersenyum terkenang memori semalam.

"Huh?" Gadis itu memandangnya pelik.

"Uhm, awak langgar saya...?"

"Oh..."

Gadis itu tersipu malu. Ya, ini kali kedua dia terlanggar lelaki ini. Tak sangka pertemuan mereka yang kedua ini juga melalui perlanggaran. Kim Seul Bi memang tidak sah dengan kes perlanggaran dia.

"Ehm, awak terfikir tak?" Lelaki itu jalan beriringan dengan Seulbi.

"Apa?" Seulbi bertanya. Sebenarnya perasaan malunya masih tidak luntur. Siapa yang tak malu bila buat salah, kan?

"Rasanya, pertemuan kita ini ada makna." Lelaki itu tersenyum memandang muka Seulbi.

Terserlah kecomelan lelaki itu. Merah sahaja pipi Seulbi menahan debaran di dada. Maklumlah, ada lelaki sajak di sisi.

"Maksudnya?" Seulbi mengerutkan dahi tanda tidak faham maksud di sebalik kata-kata pemuda itu.

"Nampaknya, takdir membawa kita untuk berkenalan."

Langkah Seulbi terhenti. Begitu juga dengan lelaki itu. Seulbi berfikir sejenak. Ini semua tak mungkin kebetulan bukan?

"Mungkin..." Seulbi tersenyum dan meneruskan langkahnya.

Lelaki itu masih mengikut jejak langkah kaki Seulbi. Dia memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam kocek seluarnya. Tiba-tiba dia berhenti. Seulbi juga berhenti dan menghadapnya.

Sambil senyuman yang tidak lekang di bibirnya, lelaki itu berkata, "Nama saya Lee Joon." Dia menghukurkan tangan kanannya untuk berjabat.

"Kim Seul Bi." Seulbi berjabat dengan lelaki yang bernama Lee Joon itu.

"Selamat berkenalan." Mereka berdua bercakap serentak. Akhirnya, kedua-duanya tergelak. Memang pertemuan yang kelakar.

"Nampak tak? Belum apa-apa lagi kita dah ada chemistry!" Lee Joon berkata dengan riangnya.

Mereka bersembang sambil mengambil angin bayu malam sehingga kedua-duanya minta diri untuk pulang kerana malam makin tua.

"MYUNGSOO oppa!"

Myungsoo menoleh dan melambai ke arahnya. Seulbi berjalan ke arahnya dan... ada seorang wanita dalam lingkungan lewat 40-an duduk bersamanya. Siapakah itu? Ibunyakah?

"Kim Seul Bi?" Wanita itu berdiri sambil tersenyum ke arah SeulBi.

SeulBi memberi tunduk hormat kepada wanita tersebut yang kelihatan seperti orang berada.

"Ya, saya."

Myungsoo berdiri dan mempersilakan Seulbi duduk. Mereka bertiga duduk di meja bulat itu. Suasana agak janggal seketika kerana mereka tidak bersuara.

Seulbi merasa tidak selesa kerana wanita elegan dihadapannya ini asyik memandangnya dari tadi. Seulbi meneguk ice latte itu perlahan-lahan untuk menghilangkan rasa ketidakselesaannya.

"Uhm, maaf saya tak bagitahu awak yang saya bawa orang." Myungsoo memecah kesunyiaan.

Seulbi hanya tersenyum tawar, "Tak apa."

"By the way, she is Sungyeol's hyung mother."

Hampir tersedak Seulbi dibuatnya. Mak si Sungyeol? Buat apa dia di sini? Kejap, buat apa dia nak jumpa aku ni? Aku ada buat salah ke? Dan macam-macam lagi soalan yang membanjiri kotak fikirannya.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now