Epilog.

227 12 9
                                    

6 tahun kemudian...

LEE Sung Yeol berjalan-jalan di dalam kesibukan manusia yang sedang membanjiri Lotte World itu. Di sinilah tempat di mana dia sering meluangkan masa bersama gadis itu, Kim Seul Bi.

Hakikat yang Seul Bi telah pergi meninggalkannya masih seperti mimpi ngeri baginya. Dia berharap seseorang akan sedarkan dia dari mimpi ngeri ini.

Dia berhenti di hadapan Roda Feris. Teringat kenangan sewaktu dia meluahkan perasaannya pada gadis itu. Dan pada waktu itu jugalah dia terimbau waktu mimpi ngerinya bermula.

PERLAHAN-LAHAN dia cuba membuka matanya. Cahaya putih yang menyinar ke arahnya membuatkan dia sulit untuk membuka matanya. Dia mengedipkan matanya beberapa kali.

"Sung Yeol?" Sebuah suara yang cukup dikenalinya menegur.

Lelaki itu mengusap matanya beberapa kali untuk melihat pemanggil itu dengan jelas. Kepalanya seperti berputar. Seperti baru lepas terhantuk.

"Myung Soo?" Dia menyoal dan dia dapat melihat semua sahabatnya berada di situ kecuali Kim Sung Gyu.

"Akhirnya kamu dah sedar." Jang Dong Woo tersenyum.

Yang lain kelihatan gembira tetapi tidak terpancar kegembiraan pada muka Nam Woo Hyun. Seperti ada sesuatu yang dia risaukan.

"Apa yang telah terjadi?" Sung Yeol bertanya dek kerana otaknya masih tidak dapat memproses keadaan.

"Kamu tidak sedarkan diri selama 3 hari!" Lee Howon menjawab.

3 hari? Dia melihat keadaan kawan-kawannya yang berpakaian dalam uniform pesakit sepertinya. Badan mereka penuh dengan luka dan balutan. Pada ketika itulah dia teringat akan Seul Bi.

"Mana Seul Bi? Dia tidak apa-apakan? Saya nak jumpa dia!" Sung Yeol bangun dari baringannya cuba untuk berdiri tetapi cuba dihalang oleh Kim Myung Soo dan Lee Sung Jong.

"Bertenang dahulu Yeol! Kamu baru sahaja sedar!" Myung Soo memarahinya.

"Mana Seul Bi?! Saya nak jumpa dengan dia!" Sung Yeol masih meraung.

Dia tidak peduli akan keadaannya yang penting saat ini dia dapat melihat dan memeluk Seul Bi. Dia terlampau rindukan gadis itu.

"Dia tak ada! Kim Seul Bi is not here anymore!" Woo Hyun tiba-tiba menjerit.

"Apa?" Sung Yeol terkejut.

"Stop kidding around kids. It's not funny!" Sung Yeol cuba menenangkan hatinya sendiri.

"Mana Kim Seul Bi?!" Sung Yeol mencabut wayar yang bersambung pada badannya.

"Mana Sung Gyu hyung? Dia mesti tahu di mana Seul Bi berada!" Sung Yeol cuba untuk meloloskan diri dari kepungan mereka.

"They're gone Sung Yeol! Didn't you heard me?! Kim Sung Gyu and Kim Sung Bi are gone!" Woo Hyun berkata sekali lagi.

"Sung Bi?" Sung Yeol menyoal.

"Who is Kim Sung Bi? Jawab Woo Hyun! What the hell is going on here ?!" Sung Yeol menggoncang-goncang tubuh Woo Hyun.

Tetapi Woo Hyun hanya diam membatu. Sung Yeol seperti orang hilang akal menumbuk muka lelaki itu.

"Lee Sung Yeol!" Myung Soo cuba memberhentikan keadaan yang keruh itu.

Dia pernah dengar nama itu sebelum dia memejamkan matanya pada malam itu. Dia mendengar nama itu disebut dengan jelas. Dia tidak mungkin silap. Sung Kyu menjerit nama itu pada malam yang malang itu.

"The one who you love is not Kim Seul Bi but is Kim Sung Bi." Woo Hyun berkata sambil mengesat darah yang keluar di pinggir bibirnya lalu berjalan keluar dari bilik wad itu.

Sung Yeol jatuh terjelopok. Dia tidak mengerti. Di manakah Seul Bi atau Sung Bi? Tidak! Di manakah kekasihnya? Bukankah mereka telah berjanji? Lupakah gadis itu pada janji yang sudah mereka meterai?

"Sung Yeol-ah, mianhae."

Itu yang Seul Bi katakan padanya sebelum ini. Adakah...

"HYUNG!" Myung Soo menyedarkan Sung Yeol dari lamunannya.

"Majlis dah nak bermula."

Dengan itu mereka memasuki dewan yang serba mewah itu. Pada petang itu, Woo Hyun akan bertunang dengan Maya Ayumi, sahabat karib Kim Sung Bi alias Kim Seul Bi.

Andai sahaja tempat mereka adalah tempat di mana dia dan gadis itu ketika ini, tentu dia amat gembira sekali.

Walau siapa pun dirimu yang sebenarnya,
kenyataannya adalah
aku betul-betul mencintaimu,
sepenuh hatiku.
Kembalilah,
kerana kau telah
membawa separuh jiwaku pergi.

-TAMAT-

•••

[A/N]

Sad ending? :'(

-Shxmxn.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now