Bab 23

246 23 5
                                    

WOOHYUN mengeluh kecil. Benarlah apa yang dia rasakan selama ini. Baru dia tahu, dunia ini bukan tentang apa yang dilihat dengan mata tetapi perlu dilihat dengan mata hati.

Dia tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku. Dia rasa marah, kecewa, sedih dan ada juga sedikit perasaan lega selepas mengetahui hal ini. Tapi dia siapa untuk marah? Hanyalah seorang sahabat.

"Aku tak boleh minta maaf dengan kau sebab aku tak menyesal buat semua ni."

Ayat itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Sesungguhnya dia masih tidak dapat memahami apa yang sedang berlaku ketika ini. Kenapa? Mengapa? Apa? Bila? Dimana? Siapa? Terlalu banyak soalan yang ingin dia tanya.

Selama ini Woo Hyun yang menyokong dan sentiasa ada disisinya. Tapi kali ini dia tidak dapat terima tindakannya itu. Tak masuk dek akal! Kerana ingin menyelamatkan seseorang, seorang lagi menjadi korban. Dan orang yang menjadi korban itu ialah orang yang paling dia sayang.

Dia memandang ke sekeliling rumahnya. Isi rumahnya yang gah itu satu pun tidak dapat menghilangkan bosannya. Tangannya meraba isi poket seluarnya. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Nombor seseorang didail.

"Hello."

Orang dihujung talian menjawab, "Hello."

"Kita kena berjumpa."

MAYA memasuki Kafe Angel-In-Us itu. Kelihatan orang yang ingin berjumpa dengannya sudah berada di dalam kafe itu merenung ke luar.

"Hi." Sapa Maya. Lelaki itu tersedar dari lamunannya.

"Awak nak minum apa-apa ke?"
"Cappucino."

Setelah mengoder minuman, Maya memerhati lelaki dihadapannya itu. "Ada hal penting ke awak nak bincang?"

Muka lelaki itu serius dan tegang. Apa yang mengganggu fikirannya? Selama dia berkawan dengan lelaki ini, buat pertama kalinya dia melihat rupa lelaki ini begitu tegang.

Belum sempat lelaki itu menjawab, minuman Maya telah tiba. Dia berterima kasih kepada pelayan kafe tersebut. Setelah pelayan itu beredar, dia menunggu jawapan dari lelaki itu.

"Woo Hyun... kalau awak ada masalah, ceritalah. Saya sudi mendengar."

Woo Hyun mengeluh kecil. Hari ini banyak betul dia mengeluh dan jarang senyum. Dia bukan seperti Happy-Go-Lucky Nam Woo Hyun.

"Awak dah lama ke kenal Seul Bi?"

Maya memandang lelaki di hadapannya itu pelik. Apa masalah dia tanya pasal Seul Bi dekat aku ni? Bukankah mereka dah lama berkenalan? Maya bermonolog.

"Agak lama juga," Maya berjeda sebelum menyambung, "Kenapa?"

Woo Hyun menghirup kopi latte sebelum menjawab, "Saya akan beritahu awak bila saya dah sahkan sesuatu perkara tapi tolong jawab semua pertanyaan saya dan rahsiakan perkara ini."

Maya sesungguhnya tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Woo Hyun tapi dia pasti Woo Hyun pasti ada sebab yang munasabah untuk semua ini.

"Awak kenal dia bila?" Tanya Woo Hyun dengan lagak seperti seorang detektif.

"6 tahun lepas? Masa dia berumur 15 tahun. Masa itu dia tinggal beberapa bulan dengan Sung Gyu selepas masuk universiti, kami tinggal bersama."

Jadi benarlah Sung Gyu pernah tinggal di Jepun selama 3 bulan. Apa agaknya yang dia lakukan disana? Persoalannya sekarang kenapa dia bawa Seul Bi ke Tokyo dengan begitu mendadak? Bukankah dia baru sahaja pulih?

"Seul Bi bersekolah di mana dulu?"

"Tokyo International High School. Rasanya dia masuk sekolah itu sebab dia masih belum fasih berbahasa Jepun lagi pula sekolah itu memang untuk pelajar luar negara." Terang Maya tanpa dipinta.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now