Bab 1

1.8K 54 2
                                    

Buku yang tadinya dibaca mula mendodoikan matanya yang sedia mengantuk lagi maha bosan untuk membunuh masa yang terluang. Fikirannya tidak mampu lagi menfokuskan kepada kerja nan satu ini. Jasad disini tetapi fikiran entah melayang ke mana. Mungkin telah selamat mendarat di benua eropah, siapa tahu?

Buku itu ditatap sekali lagi. Kejap dibelek, kejap ditutup lalu dibuka semula. Nampak sangat yang dia tidak senang berada di situ. Dia mengeluarkan keluhan yang berat. "Jangan pernah kalah pada diri sendiri." Ya. Itulah kata-kata semangat dari seorang lelaki yang amat disayangi dan dirinduinya di sana.

Argh! Dia berlawan dengan akalnya lagi. Kekusutannya bukan menunjukkan sikap periangnya. Apa yang telah terjadi? Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari kocek seluarnya. Menatap skrin yang tidak bercahaya. Menunggu sesuatu? Sesuatu yang amat dinanti-nantikannya selama ini!

Kerana lautan dan kehendak hati mereka berpisah. Sungguh dia amat merindui lelaki itu. Ya, hanya dia pari-pari dalam kehidupannya selepas trajedi menyayat hati itu terjadi. Cuma lelaki itu pelindung setianya. Sanggupkah dia mencari pengganti? Entahlah, jawapan yang tiada siapa yang pasti.

"Cukuplah termenung. Waiting your angel to call or...?" Gadis yang tinggi lampai itu menegurnya yang sedari tadi tidak duduk diam. Cantik gadis itu pada pandangan matanya. Dress paras lutut yang dikenakannya amat mempesona para teruna yang melihatnya. Manis sungguh!

"Maya... You look pretty today. Somewhere to go?"

Inilah aku, cuba menolak soalan tadi dengan mengajukan soalan. Dasar pengecut! Aku tahu benar apa yang dimaksudkannya. Getus hatinya. Akal dan hati memang susah untuk bersependapat tapi kadang kala perdepatan kecil antara mereka membolehkan kita berfikiran lebih jauh. Sungguh!

"I take it as a compliment and thanks a lot missy." selanya sambil mengemas buku yang berselerakan di atas meja. Cukup rajin juga gadis yang satu ini. Pakej lengkap! Haha.

"Kasihmu diterima." Mulalah dramanya untuk menyakat si Maya. Maya Ayumi seorang gadis yang penuh dengan keyakinan diri tetapi hatinya cukup keras seperti batu. Huh! Sahabat di hadapannya ini lebih dasyat mungkin?!

"Maaf Cik Kim. Saya tidak sudi berkasih bersamamu." Balasnya lalu mencapai tas tangan Carlo Rinonya dan mengatur langkah keluar dari tempat yang sunyi itu.

Carlo Rino. Sebut sahaja pasti semua remaja tahu tentang jenama yang menjadi buah mulut para gadis dunia. Rekaan dan sentuhan warnanya amat diminati. Mahal dan mewah tentu sekali. Dan itu juga melambangkan sikap Maya Ayumi.

Seulbi terkocoh-kocoh melari mendapatkannya. Nampak sangat perempuan itu susah mahu diajak bergurau! Setelah keluar daripada perpustakaan itu mereka beriringan menuju ke kafeteria. Masa untuk melantak Blueberry Pearl shake katanya. Kim Seulbi hmm... Bila mahu matang? Desis hati Maya.

Kim Seulbi. Hanya gadis bertubuh kecil dan comel tetapi agak bersikap bersahaja seperti kadang-kadang lelaki dan ceria sepanjang masa. Tetapi cukup dingin dan keras kepala juga. Ah! Susah mahu mentafsirkan anak dara yang seorang ini.

Maya dan dia dari dunia yang berbeza dan amat berbeza tetapi serasi bersama. Kombinasi yang aneh bukan? Mereka dikenali sebagai ulat beluncas. Berkepit 24 jam tak kira masa di mana jua. Disitu ada Maya maka disitu ada Seulbi dan sebaliknya.

"Dah dua cup kau minum. Cukuplah! Badan makin naik tu! Cuba tengok pipi montel kau tu! Nanti abang kesayangan kau mesti tidak kenal lagi adiknya." Dia menggelakkan Seulbi yang sudah menarik muncungnya. Merajuklah itu!

"Pardon?" Seulbi menghadiahkan jelingan yang cukup tajam tetapi tidak memberi kesan terhadap Maya. Kalis pelbagai kalis perisai agaknya si Maya ini!

Suasana kafeteria di Universiti Tokyo ini amat menyenangkan. Lihatlah betapa modernnya corak susunan, warna dan perabot yang dikenakan. Kreatif sungguh! Aku memang respectlah interior designer sekolah ini. Menakjubkan! Kagum Seulbi.

"Kau betul ke nak balik dah?" Suara Maya yang mendatar itu bertanyakan soalan yang sama untuk ke sekian kalinya. Seulbi menguntumkan senyuman. Berat juga rasanya untuk pergi meninggalkannya tetapi dia cuba untuk melawan perasaan bersalah itu. Bersalah meninggalkan Maya keseorangan disini.

"Ini bukan tempat aku mahupun aku tetap tinggal di sini hari ini tapi... sampai bila? Aku yakin bukan untuk selamanya. Yakinlah aku datang berjumpa dengan kau nanti."

Tangan Maya dengan kemasnya digenggam erat. Menyalurkan segala kekuatan dan kepercayaan kepadanya. Sudah lima tahun berkenalan dan ini yang terbaik untuk Maya mahupun Seulbi. Keputusaannya muktamad! Nokhtah!

Telefon bimbit yang berada dalam genggamannya itu ditenung lama. Seperti mahu mencucuk jasad tak bernyawa itu. Memikirkan sesuatu yang baginya amat sukar dan merumitkan. Pastikah jawapannya disitu? Aku memerlukan jawapan! Bentak hatinya.

"Hyung?" Woo Hyun melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki yang sedang kusut memikirkan sesuatu. Dia meletakkan muk yang dibawanya di atas meja kopi itu. Lelaki disebelahnya masih mendiamkan diri. Dia mengeluh kecil.

Nam Woo Hyun. Namanya sahaja cukup menarik hati sesiapa yang mendengarnya begitu juga tuan punya badan. Cukup menarik dan mampu menawan hati sesiapa sahaja yang melihatnya. Walaupun dia sedikit kecil berbanding lelaki asia lain tetapi itu tidak menghalang karisma yang sedia ada pada dirinya.

"Anything to share?" Dia berbasah basi dengan teruna yang keras kepala itu. Mahu sahaja dia hadiahkan satu cubitan kepadanya kerana menghiraukannya. Tapi dia tahu itu semua sia-sia belaka.

Kim Sung Gyu menyandarkan kepalanya ke penyandar sofa lalu matanya di pejam rapat dan tangan kanannya di atas dahinya. Perlahan-lahan dia mengeluarkan keluhan yang kecil. Masalah yang satu ini bila akan selesai pun dia kurang pasti.

Sung Gyu seorang yang amat berdedikasi dan bertanggungjawab. Sifatnya itu membuatkan dia seorang yang mempesonakan dan seksi. Ya, perkataan itu tidak dapat di tafsir oleh kata-kata yang bagus daripada itu. Cukup sekadar mengenali dirinya pasti semua orang tahu maksudnya.

"Ingat tak dekat Seulbi?" Sunggyu memandang Woohyun setelah beberapa ketika dia membisu. "Hmm, your sis?" Woohyun meminta kepastian. Sunggyu hanya mengangguk dan kembali mendiamkan diri.

"Dia... kata nak balik sini lagi." Suara Sunggyu kedengaran mendatar dan lemah. Woohyun tahu apa masalah disebalik suaranya itu. Dia cukup mengenali sahabatnya yang satu ini. Tidak mungkin Sunggyu akan membenarkan Seulbi pulang begitu sahaja. Di sini neraka bagi Kim Seulbi. Memori hitam yang telah lama terkubur.

"Jadi? Takkan nak dibiarkan begitu sahaja?" Muka Woohyun kelihatan risau. Dia tahu bahananya yang bakal menanti jika Seulbi kembali ke lembah ini. Tragis. Memikirkannya saja cukup menggerunkan. "Seulbi sendiri yang berian-ria ingin pulang semula... Apa yang harus dilakukan?" Sunggyu meraup mukanya ke belakang.

Tampak benar yang dia cukup terseksa dengan masalah nan satu ini. Mungkin bagi orang lain ia semudah ABC tapi tidak baginya ia lebih rumit dari soalan algebra yang sering memeningkannya.

"Hyung yakin tak jika kita mampu melindunginya?" Woohyun bertanya dengan penuh bersungguh-sungguh.

Sunggyu keliru, resah dan takut untuk memberi jawapan yang tepat. Cukuplah sekali dulu dia gagal. Kini, dia perlu mengambil kira pelbagai aspek sebelum keputusan dibuat. Ini soal hidup dan mati.

###Akhirnya! Bab pertama telah siap! Harap permulaan bab ini mendapat komen yang positif dan mampu menambah baikkan hehe ^^v

Can You Save Me?Where stories live. Discover now