MUSIM luruh masih tidak berlalu. Bila agaknya salji pertama akan turun? Jadi hatinya akan menjadi sedingin salju dan tidak akan terluka lagi. Dia memandang sekilas pada jam dinding. Masih pagi. Mereka berjanji akan berjumpa tengah hari nanti. Mengapa dia rasa berdebar? Mengapa hatinya berdegup kencang? Selama ini tidak begitu...
Mungkinkah kerana dia dah tahu kenyataan yang sebenarnya? Yang gadis itu... cinta pertamanya? Dia mengeluh kecil. Dia sedar dia dah terlambat. Dia harus merelakannya pergi. Dia tidak dapat memelikinya. Dia sedar akan itu. Gadis itu telah dimiliki oleh lelaki lain dan lelaki bertuah itu adalah sahabatnya sendiri. Mana mungkin dia akan memusnahkan kebahagiaan mereka.
Kakinya membawa dia menuju ke bilik yang berkunci itu. Bilik yang penuh dengan memori lampaunya. Semua kisah mereka tersimpan rapi di dalamnya. Selama ini dia tidak pernah membukanya kerana dia takut dia akan sedih lagi. Sedih kerana kekasih hatinya telah pergi. Tapi kini dia tahu yang dia tidak pergi tetapi dia tetap pergi kepada lelaki lain.
Langkahnya terhenti pada pintu bilik itu. Dia ragu-ragu sama ada dia perlu membukanya atau tidak. Dia rindu. Rindu akan gadis itu. Selama ini dia menyembunyikan perasaan sedih dan rindunya. Dia cuba untuk melupakannya tetapi mana mungkin bila ada gadis yang serupa dengannya. Bila kembar gadis itu terlalu menyerupai dia. Tambahan pula gadis itu sebenarnya dia.
Dia mengeluarkan kunci bilik itu yang selama ini tergantung pada lehernya. Dia memulas tombol pintu itu perlahan-lahan. Satu persatu barangan dalam bilik itu kelihatan. Air matanya mulai bergenang. Pemuda itu melangkah masuk ke dalam dengan perasaan yang bercampur baur. Segala memori yang dipendam bermain kembali seperti sebuah filem.
Gambar mereka bersama, alat permainan yang mereka selalu main, anak patung milik gadis itu, surat-surat mereka dan segala tentang mereka ada di dalam bilik itu. Dia ternampak sebuah pita video yang bertarikh 23. Disember. 2000. Ketika itu, gadis itu baru berumur 7 tahun dan dia berusia 9 tahun. Tidak silap dia, ibu dia yang merakam mereka.
Dia mengambil pita itu dan mainkan pada kamera video yang lama itu. Setelah itu disambungkan pada LCD. Musim sejuk, 2 hari sebulum Hari Natal. Mereka bermain salji di luar. Pada tahun itu, salji turun agak lewat daripada kebiasaannya. Pada hari itulah salji pertama turun. Mereka telah berjanji ingin membuat orang salji bersama-sama pada hari salji pertama turun.
"Oppa!"
Budak perempuan itu memanggilnya. Si budak lelaki menoleh sambil tersenyum. Budak perempuan itu menunjukkan sesuatu padanya, orang salji mini. Orang salji itu tidak jadi bentuk bulatnya. Mungkin dia tidak tahu cara membuatnya.
"Aigoo~ Kamu memang tak akan jadi buat orang salji tanpa bantuan oppa!" Budak lelaki mengusap rambutnya.
Mereka bersama-sama membuat orang salji itu sekali lagi. Setelah itu mereka bermain perang salji bersama!
"Kamu berdua mari masuk! Susu coklat panas dah siap!" Ibu budak perempuan itu melaung dari pintu rumahnya.
Mereka berhenti bermain dan budak perempuan itu menunjukkan muka masamnya.
"Susu coklat..."
Budak lelaki itu tahu yang dia benci susu coklat.
"Oppa akan minumkan bahagian kamu."
"Betul?!" Berseri-seri muka budak perempuan itu. Yang lelaki pula mengangguk riang.
"Terima kasih, Namu oppa!"
Mereka beriringan masuk ke dalam rumah.
KIM SEULBI berazam untuk mengemas bilik tidurnya sebelum keluar rumah. Dia rasa sekali sekala sebagai seorang gadis biliknya perlu dibersihkan secara menyeluruh. Mungkin jin baik dalam tubuhnya sudah datang sebab itu dia jadi rajin semacam. Dia mulai mengemas dan mengasingkan sampah atau barang yang sudah tidak digunakan lagi ke dalam tong sampah kitar semula.
Seul Bi juga menukar cadar barunya dan langsir. Semuanya berwarna biru. Ya, dia amat sukakan warna itu. Sudut meja belajarnya pula berwarna putih (Lihat media). Setelah selesai mengemas almari pakaiannya, dia mengemas rak buku yang jarang dibuka dan digunakan itu. Dia mengeluarkan satu persatu barang dalam rak itu supaya dia boleh mengelap habuk-habuk yang bersarang di dalamnya.
Seusai sahaja, dia memasukkan dan menyusun kembali buku-buku itu mengikut genre. Dari fiksyen kepada yang bukan fiksyen. Dari abjad A ke Z. Tiba-tiba dia perasan tentang kotak yang dia keluarkan dari rak itu tadi. Dia membawanya ke katilnya untuk dibuka. Seul Bi duduk bersimpuh sambil kotak itu ada di atas ribanya.
Perlahan-lahan dia membuka kotak itu. Ada sebuah buku, bagaikan diari. Dengan berhati-hati dia membuka muka surat pertama.
Memoriku, Kim Sung Bi.
Ada tanda tangan di bawahnya seperti bentuk daun klover berkelopak empat. Bukankah itu tanda tangan miliknya? Seul Bi cuba untuk mengingati sesuatu tetapi dia tidak boleh. Betulkah ini miliknya? Tetapi siapakah Kim Sung Bi?
"Kim Sung Bi!"
Tiba-tiba seperti ada suara lelaki yang amat dia kenali memanggilnya dengan nama itu. Tetapi memori terlalu kabur. Seperti tertanam jauh di dalam kotak fikirannya. Apa kena mengena Kim Sung Bi dan dia? Seul Bi terus menyelak ke halaman kedua.
19 Mac 2003
Hello,
Buku diari ini hadiah dari oppa!
Unnie dapat kasut yang dia inginkan.
Terima kasih Sunggyu oppa!
Selamat Hari Jadi Kembar Bi!Seul Bi terkesima. Bukankah itu hari jadinya? Kenapa nama abangnya ada di situ? Jika Sung Gyu adalah abang kepada pemilik buku ini... Maknanya, dia ada saudara lain? Siapa pula kembar Bi? Seul Bi terus membaca halaman-halaman yang seterusnya sehingga ke halaman yang bergambar.
28 Jun 2004
Cuti Musim Panas!
Hari ini kami berlima akan ke Kem Musim Panas! Woohyun oppa dah janji nak berkayak bersama >\\<!Di muka surat sebelahnya ada gambar yang sama dengan dia lihat di rumah Woohyun. Jika diikutkan tahunnya, Seul Bi sudah berumur 12 tahun tetapi kenapa seperti dia tidak wujud dalam keluarga itu. Ataupun... dia rasa dia wujud sebagai orang lain...
24 Disember 2005
Nam Woo Hyun sukakan Kim Sung Bi <3
Kami berjanji akan berkahwin bila dah dewasa!
Malunya ~ >\\<Dada Seul Bi terasa sesak secara tiba-tiba. Pedih, perit dan sedih. Itu yang dia rasakan saat ini. Air mata perlahan-lahan jatuh membasahi pipinya. Mengapa dia menangis? Andai sahaja dia mempunyai jawapan itu.
"Sung Bi, dah besar nanti... Kita kahwin jom?"
Suara itu lagi! Suara itu yang berbisik pada telinganya. Memori yang kabur datang kembali. Dia cuba mengingati tetapi sakit kepalanya akan menyucuk.
1 Januari 2006.
Selamat Tahun Baru!
Seul Bi kata hari ini kami berlima akan ke taman hiburan! Yeayyyy~!Seul Bi membaca halaman itu berulang kali. Namanya tertera pada halaman itu. Dia pasti itu namanya. Siapakah sebenarnya Kim Sung Bi? Mengapa dia tiada dalam memorinya?
1 Februari 2006.
Hai,
Sunggyu oppa dan Seungho oppa ada rancangan untuk hari jadi Namu oppa! Parti kejutan katanya. Kyaaa~ >\\<"Se-Seung... Ho?"
Badan Seul Bi menggigil ketakutan. Nama itu bagaikan sebuah kisah seram. Dia tidak pasti mengapa nama itu membuatkan dia takut. Siapakah pemilik nama Seung Ho ini?
"Seul Bi lari!!!"
YOU ARE READING
Can You Save Me?
FanfictionDiterbitkan: 06 Ogos 2014 - 03 April 2016 ©Shxmxn2014 ✘Buku ini tidak boleh ditiru, diolah, dicetak dan diterbitkan semula tanpa izin dari penulis dan penerbit. #5 in #namwoohyun #483 in Fanfiction