Bab 35

190 18 9
                                    

SUDAH masuk seminggu mereka bergelar pasangan kekasih. Hampir hari-hari mereka makan tengah hari bersama dan semalam mereka telah bertemu janji di zoo. Bertemu janji di taman hiburan terlalu biasa dan Kim Seul Bi ini orang yang luar biasa maka, mereka menghabiskan masa dengan gembiranya bersama binatang-binatang di dalam kurungan itu.

"Kim Seul Bi, we need to talk about him."

Ya, dia tahu tujuan mereka berjumpa. Apalagi alasan mereka untuk berjumpa? Mereka mungkin kawan tetapi hanya sekadar atas nama hubungan. Dia tersenyum lemah pada pemuda yang memakai baju serba hitam itu. Hatinya berat. Berat untuk mengecewakan lelaki kesayangannya.

"Sebelum itu, saya nak tanya..."

Seul Bi meneguk air liurnya. Dia berbelah bahagi. Perlukah diutarakan soalan yang selama ini dibukukan dalam hatinya? Mungkin lelaki ini tahu. Lagi pula mereka berdua rapat. Persahabatan mereka seperti sampai ditahap tiada rahsia diantara mereka. Mungkin mereka seakrab itu. Gadis itu menundukkan kepalanya, bermain dengan kukunya.

"Ada apa, SeulBi?"

Lelaki itu memandang tepat ke muka si gadis. Apakah yang mengganggu fikiran gadis itu? Dia seperti takut untuk bertanya. Takut soalan itu akan menyedihkan seseorang. Jadi penasaran si lelaki dibuatnya tapi dia tidak mahu memaksa. Biarlah gadis itu yang membuka mulut dahulu dengan rela hatinya.

"Myung Soo oppa, kamu..."

Kim Myung Soo masih sabar menanti ditempat duduknya. Seul Bi pula masih bergelumang dengan rasa takut dan tertanya-tanya. Dia takut bila dia tanya soalan itu, si lelaki tidak mahu bercakap dengannya lagi. Dia tidak mahu itu terjadi! Masalahnya, soalan yang ingin dia tanya berkait rapat dengan orang yang paling dia sayangi di atas muka bumi ini.

"Kamu pasti tahu tentang... tentang..."

Seul Bi melarikan pandangannya dari Myung Soo dan menggigit bibir bawahnya. Dia sedar dirinya tiada hak untuk mengetahui tetapi mungkin itu dapat membantu misi mereka nanti. Walaupun pahit segala yang bakal berlaku nanti, dia rela berkorban dan menelan semua rasa agar orang disisinya bahagia.

"Yoo Ji Ae?" Myung Soo bertanya dengan nada yang begitu serius. Dia seperti dapat membaca fikiran si gadis. Seul Bi mengangguk lemah. Jantungnya berdegup kencang. Dia tahu! Ji Ae adalah kekasih Myung Soo, sudah pasti lelaki itu tidak ingin memberitahunya walaupun Kim Seul Bi sekarang sudah bergelar kekasih Lee Sung Yeol.

"Seul, sudikah kamu menerima Lee Sung Yeol?"

Seul Bi terdiam. Dunia seperti berhenti seketika. Jam tidak lagi berdetik. Bunga api diluar juga sudah tidak kedengaran di telinganya. Hanya ruang yang sunyi sepi tanpa bunyi pun. Dia hanya mendengar betapa lajunya degupan jantungnya ketika itu. Soalan yang ditanya oleh lelaki itu masih diproses dalam otaknya.

Dia terkejut sehingga tak terkata. Adakah ini mimpi? Jika iya, dia tidak ingin bangun. Jika tidak, dia tidak ingin saat ini berlalu begitu sahaja. Segalanya begitu indah untuk menjadi kenyataan. Realiti yang mereka saling menyukai. Lelaki yang berlutut ini jatuh cinta padanya. Dia juga amat menyayangi lelaki ini seluruh jiwa dan raganya.

"Oppa... why you choose me?"

Tak mungkin dia perlu terus menjawab soalan itu. Dia tidak bodoh. Mereka bagaikan langit dan bumi. Walaupun saling melengkapi dan menyayangi, mereka terlalu jauh. Terlalu jauh untuk bersama. Dunia menidakkan mereka. Langit tidak mungkin dapat mencium bumi. Begitu juga sebaliknya. Jika itu terjadi, malapetaka akan menimpa.

Lelaki itu bangun dan memandang tepat ke dalam anak mata gadis itu sambil memegang erat tangan mulus gadis itu. Dia tahu jawapan pada soalan gadis kesayangannya itu. Dia tahu mengapa gadis itu ragu-ragu. Oleh itu, dia ingin menyalurkan segala kepercayaan kepadanya. Bahawa mereka boleh bersama walaupun sejuta orang menghalang.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now