Bab 13

361 29 0
                                    

HOYA memasuki bilik latihan itu.

Kosong.

Sunyi.

Sepi.

Dia mengeluh lega. Tiada sesiapa tiba lagi. Mungkin dia terlebih awal masuk kelas hari ini. Akan tetapi itulah yang dirancangnya. Dia ingin memanaskan badan dulu.

Headset disambungkan ke iPodnya dan dia mula merenggang-renggangkan badan dulu sebelum menari.

Tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan masuk. Hoya menghiraukannya. Kerana kepenatan dia berhenti untuk meminum air. Peluh yang mengalir dimukanya diseka dengan tuala mini yang tergantung pada lehernya.

"Awalnya sampai." Saeri menegurnya. Hoya tahu dia sedang bercakap dengannya tetapi dia tidak dapat mendengarinya kerana lagu masih terpasang. Dia mengemas barangnya untuk beredar.

Saeri menghalang langkahnya. Hoya menjadi bengang. "Awak nak ke mana? Ada lagi 30 minit kelas nak bermula?"

Dengan budimannya Hoya menarik pergelangan tangan Saeri daripada terus menggenggam lengannya. Dia pun beredar dari bilik latihan itu.

Hoya menuju ke bilik persalinan lelaki. Dia merasa badannya seperti melekit dan ingin mandi sebentar.

SEHARIAN kelibat si bongsu, Sungjong tidak kelihatan. Sunggyu telah mengumpulkan ahli Infinite yang lain ke rumahnya. Infinite menjadi agak panik kerana tidak dapat menghubunginya.

Semua rakan-rakan fakulti dan kelabnya telah dihubungi tetapi mereka juga tidak tahu keberadaan Sungjong.

Makin resah mereka dibuatnya. Kemanakah Sungjong telah menghilang? Atau pun dia mengambil cuti sakit? Kalau iya pun tidak munngkin. Ibu dan ayahnya kata Sungjong memang telah berangkat ke universiti pada pagi itu.

Oleh kerana tidak mahu menyebabkan ibubapa Sungjong risau, kehilangannya tidak diberitahu lagi.

"Myungsoo, kamu dah pergi jenguk ke kafe yang dia selalu pergi?" Sunggyu bertanya.

"Dah hyung tapi pekerja disitu kata Sungjong tidak datang ke situ hari ini." Myungsoo menjawab.

"Sungyeol?" Dia bertanya kepada Sungyeol pula. "Saya dah pergi perpustakaan awam itu tapi dia memang tidak berkunjung ke sana hari ini."

Keluhan demi keluhan kedengaran menyebabkan mereka semakin risau dan sedikit takut. Takut sesuatu telah menimpa Sungjong.

"Yang lain?" Semua menggeleng kepala kepada soalan Sunggyu. Buntu dia dibuatnya. Pasti ada sesuatu telah terjadi tanpa pengetahuan mereka.

"Hyung ... takkanlah?" Woohyun bersuara. Sunggyu hanya mengeluh. Dia tidak tahu apa yang harus dijawabnya. "Takkanlah apa?!" Tanya Myungsoo dengan nada yang agak tinggi.

"Takda apa-apalah.." Jawab Woohyun ringkas. "Dalam situasi macam ini mana boleh tak ada apa-apa!" Bentaknya pula.

"Myungsoo!" Sungyeol menenangkannya. "Ada sesuatu yang patut kami tahukah?" Hoya menebak. Sunggyu mengeluh lagi dan meraup mukanya kebelakang. Betulkah hal ini ada kaitan dengan mereka?

Sunggyu semakin buntu. Fikirannya bercelaru. Sejarah tidak perlu berulangkan? Woohyun cuba menenangkan perasaan bercelaru Sunggyu ketika itu.

Tiba-tiba suasana sunyi itu dikejutkan dengan bunyi deringan telefon Sunggyu. Semua kelihatan terkejut. Dari Sungjongkah?

"Hello Seul?" Dia mengangkat panggilan itu. Semua kembali mengeluh. "Baiklah." Lalu dia mematikan talian.

"Kenapa?" Dongwoo bertanya. "Dia nak bermalam ditempat Maya."

"Jangan sesiapa pun beritahu keadaan Sungjong kepada Seulbi kalau sayang nyawa." Sunggyu mengeluarkan arahan. Semua patuhinya.

Keadaan kembali hening dan sunyi. Kesejukan malam menampar tubuh mereka dan membuatkan fikiran mereka berfikir banyak perkara yang negatif.

Bunyi ketukan pintu mengejutkan mereka. Sungjongkah?! Dengan sepantas kilat mereka berlari ke arah pintu. Perlahan-lahan Dongwoo memulas tombol pintu itu.

"Yah Lee Sungjong!"

Mereka semua terkejut melihat keadaan Sungjong yang penuh luka dan berlumuran darah. Dia seperti tiada tenaga lalu rebah di pangkuan Dongwoo.

"Bawa dia masuk." Arah Hoya lalu mereka berdua membawa Sungjong masuk ke bilik tidur tetamu.

Sungyeol dan Myungsoo membersihkan luka-luka pada badan Sungjong dan merawat lukanya. Sungjong masih tidak dapat sedarkan diri. Mujurlah dia masih bernafas dengan normal.

Semuanya mendiamkan diri. Myungsoo cuba menahan air matanya dari jatuh. Sungyeol tahu Myungsoolah orang yang paling pandai menjaga si bongsu itu. Oleh itu, dia cuba untuk menenangkan emosi Myungsoo yang kurang stabil itu.

"Kamu semua berehatlah. Mungkin Sungjong akan sedar esok pagi." Sunggyu mengeluarkan perintah. "Biar saya saja berjaga." cela Myungsoo.

"Kamu pun patut berehat." pujuk Sunggyu. Myungsoo hanya membatukan diri diduduknya bersebelahan katil Sungjong.

Hoya ingin memujuk Myungsoo tetapi ditegah oleh Sunggyu. Yang lain semua beredar dari bilik itu meninggalkan mereka bertiga - Sungyeol, Myungsoo dan Sungjong.

"Kalau ada apa-apa, saya ada kat luar." Sungyeol berkata sambil menepuk bahu Myungsoo memberi semangat sebelum beredar. Myungsoo tetap kaku disitu.

Myungsoo mengelap sekali lagi tubuh Sungjong. Perlahan-lahan dia mengelap lengan mulus Sugjong yang dicemari kotoran itu.

Tiba-tiba dia perasan sesuatu. Sungjong sedang menggenggam sehelai kertas yang renyuk. Dengan berhati-hati Myungsoo mengambilnya.

I'M BACK

Itulah yang tertera pada kertas itu. Myungsoo tidak memahami maksud disebalik ayat itu. Siapakah yang telah kembali?

"Hyung... takkanlah?"

Myungsoo teringat kembali kata-kata Woohyun kepada Sunggyu. Dia semakin yakin mereka berdua menyembunyikan sesuatu dibelakang mereka.

Digenggamnya kertas itu sehingga renyuk. Dia tekad! Dia perlu mencari tahu apakah rahsia yang cuba disembunyikan dari pengetahuan dia.

~

Pagi itu Sungjong masih tidak sedarkan diri. Woohyun bercadang ingin membawa Sungjong ke hospital tetapi ditegah oleh Sunggyu. Dia tidak mahu sampai ibubapa Sungjong mendapat tahu tentang ini.

Oleh yang demikian, Sunggyu telah menelefon doktor peribadi keluarganya untuk merawat Sungjong. Peralatan hospital yang diperlukan juga telah dibawa.

"Dia cuma masih membaiki tenaganya untuk kembali sedar. Tak ada apa yang serius. Biarkan dia rehat secukupnya. Lukanya juga akan sembuh dalam dua minggu paling lama." Doktor itu menjelaskan.

"Terima kasih pak cik." Sunggyu berterima kasih kepadanya. Disebabkan Doktor Lee Jungyeop itu sudah berkhidmat dengannya selama hampir 20 tahun dia agak rapat dengannya lalu memanggilnya pak cik.

"Kalian patut hadiri kelas sekarang."

"Saya nak jaga dia." Myungsoo membantah. "Myungsoo!" Sungyeol memarahinya. "Sungyeol..." Sunggyu menegah dia untuk memarahi Myungsoo.

"Saya ada untuk jaga dia disini. Myungsoo, awak tak boleh macam ini. Tolong utamakan pelajaran awak. Sungjong akan sedar juga nanti." Pujuk Sunggyu.

"Tapi.." Myungsoo ingin berdalih.

"Dia sedar nanti awak orang pertama saya hubungi." pujuk Sunggyu lagi. Akhirnya, Myungsoo mengalah.

"Dongwoo tolong maklumkan bahawa Sungjong terpaksa ikuti lawatan selama beberapa hari." Sunggyu memberi arahan kepada Dongwoo. "Baiklah."

"Semua boleh beredar."

### Hello ^^~ sorry for short update. I NEED TO STUDY TOT Bye see ya again~!

Can You Save Me?Where stories live. Discover now