Bab 30

191 19 3
                                    

KIM SeulBi mengeluh berat. Air mata yang mengalir deras itu dikesat dengan sapu tangan yang dihulur oleh Kim MyungSoo. MyungSoo hanya duduk terdiam di sisi SeulBi.

Hanya mereka yang duduk di bangku taman permainan itu pada petang itu. Angin petang yang sedang berlumba-lumba ke timur melepasi tubuh mereka.

Lambaian-lambaian tumbuhan hijau dan nyanyian burung-burung harmoni bersama alam. Taman yang sepi ini disinari cahaya matahari yang masih hangat memancar ke bumi.

SeulBi masih menangis. MyungSoo tidak tahu apa yang perlu dia lakukan untuk memujuk gadis ini. Mungkin gadis ini perlukan masa untuk menerima semua ini.

Segala kenyataan dan cerita yang di dengar SeulBi tadi begitu menyayat hati. Tidak sangka masih wujud insan semulia itu di bumi yang fana ini.

"Oppa..."

Myungsoo menoleh ke arah gadis itu, "Hmm?"

"Saya akan pastikan Lee SungYeol kembali ke tempat yang sepatutnya." Tekad Seulbi.

Dia sudah berazam. Dia akan selamatkan Sungyeol daripada belenggu yang tiada akhirnya ini. Mengapa permainan pentas dunia begitu rumit?

Perlukah menyayangi manusia lain dengan cara yang kejam? Adilkah jika cuma satu pihak yang bahagia? Di manakah keadilan di dalam dunia ini? Di manakah terletaknya kebahagian sebenar di dunia ini? Atau semuanya hanya khayalan manusia? Benarkah kebahagiaan itu tidak wujud?

Tiba-tiba kepala Seulbi bagai di cucuk jarum. "Auch!" Seulbi mengerang kesakitan. Dia memegang kepalanya dengan kedua-dua tangannya.

"Kamu tak apa-apa Seulbi?!" Myungsoo menjadi panik.

Seulbi ternampak satu gambaran yang kurang jelas. Memori apakah itu? Beberapa hari ini, Seulbi sering sakit kepala secara tiba-tiba. Adakah kerana dia menghadapi peperiksaan? Dia terlalu fikir banyak dan kepenatan mungkin.

"Tak, tolong bawa saya pulang. Saya nak rehat." Pinta Seulbi lemah.

Myungsoo berdiri untuk memapah Seulbi. Risau dia melihat keadaan gadis itu. Adakah dia telah membebankan gadis itu dengan permintaannya?

"Lebih baik kita jumpa doktor dulu." Nasihat Myungsoo.

Seulbi menggelengkan kepalanya, "Tak perlu. Saya cuma kepenatan sebab baru habis exam." Seulbi memberi alasan.

Sebenarnya, dia benci manusia dalam kot putih itu, bau hospital dan klinik, serta dia paling tak suka makan ubat! Paling penting, Seulbi takutkan darah. Nampak luka pun dia rasa macam nak pengsan.

"Betul ni?" Myungsoo meminta kepastian. Yalah, yang ada dengan dia ini anak orang, adik kepada Kim SungGyu pula itu. Mati dia dikerjakan SungGyu jika adiknya tidak dijaga dengan baik.

Seulbi mengangguk lemah. Myungsoo memapah Seulbi ke keretanya dan menuju pulang ke rumah.

"APA dah jadi pada kamu Kim Seul Bi?!"

Sunggyu terkejut melihat keadaan adiknya yang tidak bermaya itu ketika dia membuka pintu rumahnya setelah mendengar bunyi loceng di tekan beberapa kali.

Myungsoo membawa Seulbi masuk dan baringkan dia di atas katil di dalam biliknya. Mata Seulbi sudah tidak larat lagi untuk dibuka. Pening kepalanya kali ini memang menyucuk serebulumnya.

"Myungsoo, we need to talk."

Sunggyu bercakap dengan nada yang tegas terhadap Myungsoo. Ketika mereka keluar dari bilik tidur itu, Seulbi sudah pun terlena.

"You owe me an explanation."

Myungsoo membersihkan tekaknya. Terasa ada sesuatu tersekat di kerongkongnya. Aduh kena menghadap hakim bernama Kim Sunggyu ini memang menggerunkan. Mimpi ngeri bagi ahli INFINITE!

Can You Save Me?Where stories live. Discover now