Bab 40

153 19 2
                                    

KENYATAAAN yang dikatakan oleh Kim Sung Bi beberapa hari lalu sungguh memeranjatkan Lee Sung Yeol. Sungguh dia tidak menyangka akan kebenaran yang cuba disembunyikan oleh mereka. Baru dia tahu sebab mengapa Yoo Ji Ae, adiknya disembunyikan daripada pengetahuan ayahnya. Surat ibunya kepada dia yang disimpan oleh Puan Yoo Jung Soo di baca sekali lagi.

Kepada: Anakku, Lee Sung Yeol.

Yeollie, ketika kamu membaca surat ini mungkin omma sudah tiada di dunia ini lagi. Jaga adik kamu baik-baik ya. Ada banyak perkara yang ingin omma sampaikan. Harap kamu memahami tindakan omma. Maafkan omma Sung Yeol-ah.

Kamu anak yang unik Sung Yeol. Kamu mempunyai dua ibu. Wahai anakku, janganlah kamu membenci ibumu yang sekarang kerana dia yang telah melahirkan kamu. Omma yang menyuruh appa kamu untuk mengahwini dia. Kerana cuma dia yang layak menjaga kamu apabila omma sudah tidak bernafas lagi.

Sung Yeol sayang, terima kasih kerana menyembunyikan kewujudan Ji Ae, anak omma dari appamu. Omma tak mahu dia pilih kasih kerana omma takut dia akan lebih menyayangi Ji Ae dari kamu. Ji Ae adalah sebuah keajaiban. Omma mandul tetapi Tuhan kurniakan Ji Ae dalam rahim omma. Walaupun begitu omma amat menyayangi kamu kerana kamu anak omma juga.

Omma takut kamu akan disisihkan apabila Ji Ae wujud. Omma takut appa kamu akan memberikan segala-galanya pada Ji Ae dan kamu dibuang. Sung Yeol, jadilah anak yang appamu mahukan dan jaga Ji Ae sebaik mungkin demi omma.

-Yoo Ji Yeol, 30.03.19XX

Bila dilihat pada tarikhnya, ibunya masih hidup ketika Ji Ae berusia tiga tahun. Maknanya selama ini dia bersembunyi? Ibunya tidak mati ketika melahirkan Yoo Ji Ae? Mengapa ibunya perlu melakukan semua ini? Mengapa ibunya harus melebihkan dirinya lebih dari diri ibunya sendiri?

Betul kata Sung Bi. Dia seorang yang bertuah tetapi dia tidak pernah cuba untuk sedar tentang hal itu. Dia perlu bersua muka dengan kekasihnya itu. Sudah seminggu mereka tidak berhubung. Marahkah dia? Merajukkah dia? Sihatkah dia? Sakitkah dia? Dia benar-benar tidak tahu dan perasaan risau sedang bermaharaja.

Dia juga bertekad akan memperbetulkan hubungannya dengan 'ibu rahim'nya itu. Walau bagaimana pun dia tetap wanita yang melahirkan dia walapun bukan dari benihnya. Sudah tiba waktunya dia merasakan kebahagiaan memiliki sebuah keluarga. Perasaan kasih sayang dari seorang yang bergelar ibu. Dia amat rindukan semua itu.

HADIAH yang dibelinya seminggu lalu kini bertukar tangan. Kim Sung Bi membeli satu set barangan kemas keluaran terbaru Tiffany & Co. seminggu lalu untuk dihadiahkan kepada Puan Yoo Jung Soo. Hari ini adalah hari lahirnya. Adakah Sung Yeol sedar akan hari istimewa ini?

"Wah! Terima kasih Seul Bi!"

Puan Yoo Jung Soo gembira melihat hadiah pemberian Sung Bi itu. Beliau juga tidak tahu tentang identiti sebenarnya. Dia tidak tahu harus membuka mulut bagaimana untuk memberitahu yang dia adalah Kim Sung Bi dan bukan Kim Seul Bi. Lee Sung Yeol juga masih tidak mengetahui apa-apa.

Setelah lama berborak dan bercerita tentang kisah zaman kanak-kanak Sung Yeol, waktu telah menunjukkan tepat 12 tengah hari. Mereka pergi ke restoran berdekatan dan menjamu selera. Setelah itu mereka berpisah dan Sung Bi menuju ke destinasi yang seterusnya.

Maya Ayumi.

Ya, kawannya itu akan pulang ke negara asalnya, Jepun tidak lama lagi. Dia sudah berjanji akan menghabiskan masa bersama sahabat tercintanya itu. Selepas ini, semakin sukarlah mereka ingin berjumpa. Kerana lautan mereka terpisah. Bila agakanya mereka dapat bersama kembali? Hanya waktu yang menjadi jawapan.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now