Bab 25

213 23 0
                                    

HOYA mengesat peluh yang menitik dari rambut jatuh ke mukanya yang halus seperti bayi itu. Dia meneguk air sejuk itu dengan rakusnya. Badannya yang lekit dan bermandi peluh itu membuatkan dia tidak selesa.

Dia memandang keluar jendela. Malam sudah melabuhkan tirainya. Dia tidak sedar waktu berlalu dengan cepat kerana dia asyik bersenam sahaja dari senja tadi.

Dia masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya yang busuk bagaikan kambing yanh tak mandi sebulan.

Usai sahaja mandi dia mengenakan baju yang kasual. Hoya kembali ke dapur untuk menghilangkan rasa dahaganya. Mungkin badannya kehilangan banyak air kerana terlampau leka bersenam.

Tiba-tiba telefonnya berdering dari ruang tamu. Dia lantas meletakkan botol airnya di dalam peti sejuk dan mengambil telefonnya yang sedang menjerit minta diangkat. Dia memandang ID pemanggil.

Dia terkejut lalu keningnya bercantum satu menyebabkan dahinya berkerut seribu. Kenapa dia menelefon aku? Detik minda Hoya.

Dia terus menjawab panggilan itu. Pelik juga rasanya apabila pemanggil itu menelefonnya pada lewat malam macam ini. Jam sudah menunjukkan 10.00 malam.

"Hello?" Hoya memulakan perbualan.

"Hello?" Orang dihujung talian menjawab.

Kenapa suara lelaki? Bukankah ini nombor telefon Kang Saeri? Apa yang sedang berlaku? Di manakah Saeri? Banyak lagi soalan yang berlegar-legar dalam otak Hoya.

"Siapa ni?" Hoya bertanya. Mungkinkah Saeri dalam bahaya?

"Encik kenal dengan empunya telefon bimbit ini?"

Mamat ni aku tanya dia balas dengan soalan pula. Cikgu sekolah dia tak ajar ke kalau orang tanya kena jawab?

"Kenal." Hoya membalas sepatah. Geram juga dia dengan lelaki dalam talian ini.

"Maafkan saya mengganggu waktu encik. Saya menggunakan dail pantas satu lalu nombor encik yang terdail. Puan telefon ini sudah mabuk teruk sehingga tidak sedarkan diri." Terang pemuda itu.

Mabuk? Kenapa dia mabuk? Sampai tak sedarkan diri pulak tu!

"Dia ada dimana sekarang ini?" Hoya bertanya lantas menyambar kunci kereta Ferrarinya yang tergantung kemas pada penyangkut kunci.

"Di Kelab Malam 1/3." Lelaki itu menjawab. Reti pula dia jawab soalan aku kali ini.

"Okay, awak tolong jagakan dia sampai saya datang. Saya akan sampai dalam 10 minit." Hoya memberi arahan lalu menamatkan panggilan sebelum lelaki itu membalas.

Ferrari hitam itu meluncur laju membelah angin malam menuju ke destinasi. Hatinya berdegup kencang. Apa yang sedang terjadi kepada Kang Saeri? Kenapa dia jadi begitu?

Tiba sahaja di pintu masuk kelab malam itu, dia terus memakirkan keretanya dan meluru masuk kedalam. Dia meninjau ke segenap ruang kelab itu sehingga matanya jatuh kepada tubuh yang amat dikenalinya.

Saeri sudah terbaring kepalanya diatas meja pub. Hoya mengeluh kecil, lega akhirnya dia menjumpai wanita itu. Dia memapah Saeri keluar.

"Ho... Hoya... ya..." Saeri memanggil namanya separuh sedar. Mungkin kepalanya pening dan matanya tidak berapa jelas penglihatannya tapi dia cukup kenal kehangatan tangan dan bau badan Hoya. Matanya kembali terpejam kerana tiada tenaga untuk terus membuka matanya.

Hoya meletakkan Saeri di tempat duduk penumpang bersebelahan pemandu. Ferrari memang ada dua kerusi aje kan =_=. Kereta mewah itu terus memecut ke rumah Saeri.

Setibanya dihadapan bangunan kondominium Saeri, Hoya memapah perempuan itu naik ke unit rumahnya. Boleh tahan berat jugalah si Saeri ni. Perempuan nampak je kurus tapi berat... hanya diri sendiri dan Tuhan sahaja yang tahu.

Can You Save Me?Where stories live. Discover now