prolog | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

112K 5.1K 713
                                    

"don't say you're weak when you're actually mine, sweetheart."

Adrian berdiri dihadapan almari kaca itu.Tali - tali leher yang tersusun kemas di dalam ruangan itu dipandang.Otaknya berfikir seketika.Tali leher mana yang dia akan pakai pada hari itu.

Tok! Tok! Tok!

"Come in."laung Adrian tanpa mengangkat kepalanya.Tali leher berwarna biru gelap dicapai sebelum langkahnya diatur menuju ke hadapan cermin besar yang ada di closet room peribadinya itu.

"Tuan,"

"how is it there?"soal Adrian sambil tangannya lincah mengikat tali leher itu.Wajah Carlos yang berada dibelakang tubuhnya dikerling sekejap menerusi cermin.

"Bekalan Beretta 92 yang tuan pesan tiga hari lalu dah sampai.Tapi.."Carlos menggantungkan ayatnya.Berkira - kira ingin memberitahu hal sebenar kepada jejaka dihadapannya itu.Hal yang pastinya akan merosakkan mood Adrian.

Kening Adrian terangkat sebelah.

"Continue."

Carlos memejamkan matanya sekejap.Nafas dalam ditarik sebelum dihembus perlahan.Kini Adrian sudah berpusing menghadapnya.Cukup menambahkan tekanan yang ada.

"Hanya separuh yang sampai-"

"So you want to tell me that the other half was stolen? Is that right?"potong Adrian dengan senyuman sinisnya.Matanya memanah tajam ke anak buahnya yang sudah menundukkan kepala itu.Dinding pipinya ditolak dari dalam.Cuba mengawal amarahnya.

Carlos mengangguk sekali.

Adrian menarik nafas.Namun yang keluar sudah berganti menjadi keluhan berat.Kini langkah jejaka tersebut sudah diatur menuju ke meja kaca yang menempatkan koleksi jam tangan miliknya itu.Perfecto Black Leather kesayangannya diambil sebelum dililitkan ke pergelangan tangan kanannya.Tipikal orang kidal!

"Bagitahu semua orang, malam ni aku nak jumpa.Lambat aku bunuh."ringkas dan padat pesanan itu meluncur keluar dari mulut Adrian.Minyak wangi Hugo Boss yang menjadi wangian kegemarannya itu disembur ke leher dan juga pergelangan tangan.

"Baik, tuan."patuh Carlos sebelum meminta izin untuk keluar dari ruangan majikannya itu.Pernafasannya yang sedikit tersekat tadi kini sudah dapat diatur semula.

Adrian memandang pantulan dirinya pada cermin yang besar itu.Hujung bibirnya perlahan - lahan naik.

"Hell for you, boy!"

✪✪

Arin hanya diam sambil menguis - nguis nasi goreng yang ada dipinggannya itu.Seleranya langsung tiada pada masa itu.Perbualan budak - budak lain yang turut bersarapan disitu langsung tidak diendahkannya.

Puan Zainab yang perasan dengan tingkah gadis itu lantas mendekatinya.Bahu Arin diusap perlahan.Cukup menyedarkan gadis itu dari dunianya sendiri.

Arin menoleh ketepi.Wajah wanita yang sudah membesarkannya dari kecil itu menyapa retina matanya.

"Ibu.."

Puan Zainab tersenyum.Kerusi disebelah gadis itu ditarik sebelum punggungnya dilabuh disitu.

"Kenapa? Arin ada masalah ke?"

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTDär berättelser lever. Upptäck nu