bab 9 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

72.5K 4.4K 755
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

Adrian masuk kebilik itu.Badannya lenguh kerana terlalu lama duduk untuk menyiapkan kerjanya.Kalau tidak disiapkan memang bertimbun lah jawabnya nanti.

Kelibat isterinya dicari.

"Where is my sayang?"bisiknya perlahan.Cukup untuk didengari oleh dirinya seorang saja.

Punggung dilabuhkan keatas katil bersaiz king tersebut.Tengkuknya diurut perlahan bagi menghilangkan lenguh.

Klak!

Bunyi pintu bilik air yang dibuka itu berjaya menarik perhatian Adrian.Pantas saja kedua matanya diarahkan kearah itu.

"Sayang,"

Arin yang baru menutup semula pintu bilik air itu lantas menoleh.Adrian yang sedang memperhatikannya dari katil itu dipandang penuh terkejut.

Eh, sejak bila dia masuk?!

Adrian membuat isyarat agar gadis itu mendekatinya.Baru berapa jam dia tidak melihat wajah itu, perasaan rindu sudah memberat.

Arin melangkah mendekati lelaki itu dengan sedikit berkira - kira.Kalau dia tahu lelaki tu dah nak masuk, memang dia tidak akan sesekali ingin keluar dari tandas.

Sebaik gadis itu tiba dihadapannya, Adrian lantas menarik lengan Arin sedikit kuat.Tubuh isterinya yang sudahpun mendarat diatas ribanya itu lantas dipeluk.Nanti jatuh macam mana?

Arin yang sudah menduga perlakuan suaminya itu hanya diam.Mata dielakkan dari bertemu dengan mata indah lelaki itu.Bukan apa, mata itu sentiasa membuatkan dirinya menjadi tidak keruan.Dan akhirnya kesempitannya itu menjadi kesempatan buat Adrian.

Amboi, kesempitan bagiku, kesempatan baginya cia cia cia!

Adrian senyum sebelum menyelitkan rambut Arin yang menghalang matanya daripada melihat kecantikan gadis tersebut.Pipi gadis itu dicubit perlahan.

"Kenapa belum tidur? Tunggu aku ke?"

Arin menggeleng.

"Saya sakit perut tadi..Tu lah yang pergi tandas lama sangat tadi tu."kalau bukan sebab perutnya yang meragam minta dikurangkan kuantitinya, memang dia tidak akan bangun dari katil dan terus berpura - pura tidur.Kan bagus macam tu?Tidaklah dia akan berada dalam keadaan sekarang itu.

Haih, perut - perut!

Adrian berdehem.Ni kira friendzone ke?

Mereka berdua diam.Adrian menikmati pemandangan indah yang berada dihadapannya itu.Arin pula berkira - kira ingin menanyakan sesuatu dengan lelaki itu.

"Kenapa hm?"kepalanya sudah dilabuhkan kebahu Arin.Matanya dipejamkan.Selesa la pulak!

"Boleh tak saya tanya sesuatu?"

Adrian mengangguk tanpa bergerak sedikit pun dari bahu gadis itu.Kantuknya mulai berkambuh.

"Apa nama penuh awak?"

"Nash Adrian."

"Nama ayah awak?"

"Nazri syah."

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now