bab 49 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

44.2K 3K 384
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


Bella tersenyum sinis melihat satu tubuh yang termenung kearah pool itu.Puas dia mencari merata tempat, rupanya gadis itu disitu.Bagus, senang sikit nak lepas kan geramnya..

Bella mulai mengatur langkah menuju kearah Arin.Matanya sempat diliarkan kesegenap kawasan itu.Makin senanglah kerjanya bila tiada orang langsung disitu.

"Hai, cik sayang Nash!"

Arin menoleh kebelakang.Kelibat gadis yang telah dimalukan oleh suaminya itu tadi menyapa pandangan.Kalau dia tidak silap nama gadis itu ialah Bella?

"Bella kan?"soal Arin ramah.Kini dia juga sudah maju mendekati gadis itu.Senyum manis dihadiahkan kepada Bella.

Bella mencebik sambil berpeluk tubuh.Tubuh Arin dipandang dari atas sampai bawah.Senyuman penuh sinis langsung tidak lenggang dari wajahnya.

"Kenapa kalau nama aku Bella? Cemburu ke? Apa nama kau tadi lupa aku.."

Arin masih tersenyum.Setakat ayat - ayat macam tu sudah biasa dia hadapi.Muka kekal dimaniskan.

"Arin Mikaela..Panggil Arin je."

Bella membuat muka jelik.Betapa hodoh nya sebaris nama itu menyapa halwa pendengarannya.Bukan setakat hodoh, tapi kuno sekali!

Lainlah kalau namanya!

"Macam mana kau boleh kahwin dengan Nash eh? Kau menyundal dengan dia eh? Yelah, setahu aku Nash tu susah dekat dengan mana - mana perempuan.."ujar Bella dengan mata yang tidak habis - habis menjeling Arin.Benci sangat dia dengan gadis itu tahu tak?!

Arin beristighfar dalam hati.Dalam masa yang sama dia juga turut menahan rasa sakit yang bertandang dikepalanya.Mata nya sudah tidak dapat melihat dengan jelas.

"Saya tak buat semua tu, Bella.."

Bella mendengus kasar.Langkah diatur lagi sehingga jarak antara mereka sudah berkurang.Pipi Arin dicengkam kuat.

"Kau boleh tak jangan acah - acah tak bersalah? Aku bengang lah tengok muka hodoh kau ni! Kau tahu tak? Kau kahwin dengan Nash dah rosakkan impian aku tahu tak?! Haih, bodoh!"wajah Arin di tolak kasar.

Arin yang sudah lemah dengan pening dikepalanya itu tidak dapat bertahan dengan tolakan Bella tersebut.Badannya sudahpun tersenbam dilantai.

"Aduh.."Arin meringis kesakitan sambil mengusap belakang badannya.Sakit yang dia rasakan pada saat itu terlalu sakit sehinggakan dia sukar untuk berdiri.

Bella berpeluk tubuh dengan muka yang tidak bersalah langsung.Langsung tiada niat ingin membantu gadis itu.

Dia nak tolong? Memang taklah!

"Ya Allah.."pelipisnya diurut perlahan bila rasa pening itu semakin menyengat.

"Eleh perempuan ni..Nak lemah - lemah pula..Mati mereputlah kau kat sini, jangan harap ada orang nak tolong!"kata Bella sebelum berlalu pergi dari situ.

Arin cuba menghilangkan rasa sakit dikepalanya.Namun, walau apa pun yang dia lakukan, kepala masih pening.

"Adrian.."itulah sebaris nama yang dapat Arin sebut sebelum jatuh pengsan.Badan nya terbaring diatas lantai tersebut.

Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata yang melihat kejadian itu sejak awal lagi.

"Is that her?"

✪✪

Adrian mendekati sekumpulan manusia yang sibuk menjamah makanan masing - masing itu.Wajahnya terpasang riak penuh risau.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now