bab 15 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

68.8K 3.9K 202
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


Arin mengetuk pintu itu sebelum ditolak perlahan.Langkah dibawa masuk kedalam ruangan tersebut.Adrian yang sibuk menaip sesuatu di komputer riba itu menyapa pandangannya.

"Awak.."

Adrian lantas mengangkat kepalanya.Senyuman serta merta terukir sebaik melihat wajah ayu isterinya itu.

"Minum air ni, nanti eh? Sebab masih panas."mug yang berisi hot chocolate itu diletakkan keatas meja tersebut.Sedikit jauh dari kertas dan semua alatan yang ada disitu.

Adrian mengangguk faham.

"Thanks, sayang."ucap Adrian sebelum meregangkan badannya.Lenguh pada sendi - sendinya mulai terasa.

Sudah lebih dua jam dia disitu menyiapkan kerjanya.Walaupun pada hujung minggu, dia tetap tidak lupa membuat segala kerjanya.Hal ini kerana, dia tidak suka bila kerjanya tertangguh.

Bila tertangguh, dia pasti tiada masa buat Arin.Jadi, lebih baik dia siapkan awal dan luangkan banyak masa dengan isterinya itu.

Arin pula jatuh kasihan melihat keadaan Adrian.Pasti lelaki itu penat kan?

"Awak nak saya urut tak?"takut - takut Arin bertanya.Risau juga dia kalau lelaki itu tidak suka kerjanya diganggu.

Adrian mengangguk laju membuatkan Arin tersenyum sedikit.Langkah gadis itu kemudian dibawa kebelakang kerusi lelaki itu.Bahu Adrian disentuh lembut sebelum tangannya lincah mengurut bahu keras itu.

Adrian sudahpun memejamkan matanya.Sentuhan lembut si isteri sungguh membuainya.

Setelah beberapa minit kemudian, mata Adrian dicelikkan semula.Lengan Arin ditariknya sebelum tubuh itu didudukkan keatas ribanya.Pinggang gadis itu dipeluk erat.

"Kenapa?"soal Arin perlahan apabila Adrian merenung matanya, dalam.Nafas mulai tidak teratur.Dadanya sudah berdebar.

Adrian menggeleng.Pipi gadis itu dicium sekali.Cukup membuatkan gadis itu tergamam seketika.

Adrian tersengih melihat riak Arin itu.

"Thanks again, sayang."

Arin menelan air liur.Kepala diangguk perlahan.Walaupun dia sudah sering berada dalam keadaan itu, namun dia masih berasa gugup.Apatah lagi setelah dia sudah mula menaruh hati kepada suaminya itu.

Adrian mencubit pipi gadis itu dengan geram sebelum diusap perlahan.Sesuai lah tu, lepas sakitkan, usap!

"Oh ya!"

Arin hanya diam memerhatikan tingkah Adrian yang sedang membuka laci meja itu sebelum mengeluarkan sesuatu.hanya mata gadis itu saja yang bergerak, mulutnya pula sudah lama dikemam rapat.Tidak berdaya mengeluarkan sepatah ayat sekalipun.

Adrian meletakkan kotak berbentuk segi empat tepat itu diatas meja.Tubuh Arin dibetulkang.Dahi gadis itu sempat dikucup.Amboi, ambil kesempatan nampak!

"Siapa punya tu?"soal Arin ingin tahu.Perkataan 'Iphone' yang tertera ditepi kotak itu disebut dalam hati.

Adrian memandang Arin.

"Entah."balas Adrian sebelum kotak itu dibuka.Benda alah yang berada didalam kotak itu dikeluarkan.Punat on ditepi gajet itu ditekan lama.

Arin hanya diam melihat semua itu.Dia pun bukannya tahu sangat dengan benda tu.Yang dia tahu, benda canggih itu ialah telefon bimbit.

Setelah skrin telefon itu sudah menyala, pandangannya diarahkan kepada Arin semula.Gadis itu turut memandangnya dengan mata yang bulat.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now