bab 54 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

42.5K 2.9K 127
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


Arin melabuhkan duduk diatas sofa ruang tamu itu dengan tangan kanan yang sibuk menekapkan telefon ke telinganya.Manakala tangan kirinya memegang pinggan yang berisi buah - buahan dengan penuh hati - hati.

"Kandungan kamu macam mana, Arin? Sihat? Kamu ada apa - apa alahan teruk tak?"soal Puan Zainab dihujung talian.

Arin tersenyum sambil tangannya menyuap potongan buah epal itu kedalam mulutnya.Sejak dia beritahu khabar mengandungnya pada Puan Zainab tempoh hari, wanita itu tidak pernah jemu bertanyakan khabarnya setiap hari melalui telefon.Setiap hari, pasti saja ibunya itu akan menghubungi nya ataupun Adrian.

"Alhamdulillah, buat masa ni Arin okay je..Cuma tu lah, kadang - kadang tu ada juga Arin muntah.."beritahu Arin dengan mulut yang penuh dengan buah itu.

Sedap pula bila suaminya yang sediakan. Nak hari - hari lah kalau macam ni!

"Bagus lah kalau macam..Senang sikit hati ibu kat sini..Kamu memang tak nak ibu datang situ ke? Tapi kalau ibu pergi situ, terpaksalah ibu angkut budak - budak ni sekali..Tiada siapa yang nak jaga diorang kat sini.Semua masih kecil - kecil.."ujar Puan Zainab dengan nada penuh kerisauannya.Rada bersalah pula dia bila tidak dapat menemani anak gadisnya itu diawal kandungannya.

Sudahlah gadis itu baru pertama kali berhadapan dengan keadaan seperti itu.Kalau dia ada, boleh juga dia bantu - bantu Arin disana.Walaupun dia tidak pernah berpeluang untuk mengandung, tapi dia tetap tahu pantang larangnya.

"Tak pe lah, ibu..Nanti kalau korang pergi sini, adik - adik macam mana nak pergi sekolah? Lagipun buat susah korang je perlu pergi sini sebab nak jaga Arin je.."tolak Arin.Sebenarnya dia mahu juga jika keluarganya itu bermalam di rumah besar itu.Sekurang - kurangnya ada juga temannya berbual bila empat orang lelaki itu pergi kerja.

Tapi apa kan daya..

Dia juga perlu bertimbang rasa dengan hal pendidikan adiknya.Siapa saja yang tidak mahu keluarganya berjaya kan?

Terdengar satu keluhan berat dari Puan Zainab disana.Kasihan pula anaknya itu.

"Maaf lah, Arin..Insha Allah, kalau adik - adik kamu cuti, kami datang situ..Lagi pun Adrian ada juga suruh kami datang kesitu, tolong tengok - tengokkan kamu."

Arin mengangguk.Dalam masa yang sama hatinya sudah mekar dengan bunga.Adrian memang tidak pernah akan lupa tentang dirinya.Hati isteri mana saja yang tidak cair kalau begitu?

"Arin faham ibu..Nanti bagitahu je Arin kalau korang nak pergi sini..Boleh Arin suruh Adrian jemput korang..Kurang sikit kos pengangkutan awam tu.."pesan Arin.Teruja pula dia bila keluarganya itu akan datang menjenguk mereka.

Ni kalau Black dengan Mark tahu, pasti dua tu terlebih teruja.Maklumlah, rindu sangat kata mereka!

"Insha Allah..Oh ya, ibu ada nak beritahu Arin sesuatu ni..Awal pagi tadi ada lelaki ni datang sini.."

Bang!

Bang!

Bang!

Arin terkejut mendengar bunyi kuat yang serupa bunyi tembakan itu.Dada nya berdebar hebat.Dengan perlahan, langkahnya dibawa kearah tingkap.

"Arin, bunyi apa tu?"tanya Puan Zainab dengan nada penuh kerisauan bila dia dapat menangkap satu bunyi yang agak kuat daripada Arin.Hati tuanya serta - merta tidak sedap.

Bang!

Bang!

Bang!

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now