bab 51 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

48.9K 3.1K 604
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

Adrian mematikan enjin kereta.Wajah Arin yang duduk disebelahnya itu dipandang dengan senyuman lebar sekali.

"Sayang, I'm gonna be a dad!"

Arin tertawa kecil melihat tingkah gembira suaminya itu.Sejak dia sedar tadi, Adrian tidak henti - henti menuturkan ayat yang sama.

Dia pun sebenarnya tidak menyangka yang dia sedang mengandung.Boleh pula dia tidak perasan yang uzurnya belum datang - datang meskipun sudah lewat satu minggu.Dengan tabiatnya yang suka menghidu bau badan Adrian lagi!

"Ya, awak akan jadi ayah."

Adrian mengucup dahi Arin sebelum kepalanya didekatkan keperut kempis gadis itu.Tangannya mengusap lembut tempat yang mengisi zuriatnya itu.

"Anak ayah, cepat - cepatlah keluar tu..Ayah nak sangat jumpa anak pertama ayah ni..Mesti comelkan ikut ibu?"kata Adrian seolah - olah bercerita dengan anaknya.Senyuman memang tidak lekang dari bibirnya.Bahagia yang teramat!

Arin mengusap kepala Adrian yang dekat dengan perutnya itu.Masih belum ada bentuk sebenarnya.Yelah, dari apa yang dia tahu, usia kandungannya baru saja mencecah tiga minggu.Mustahillah sudah membesar kan?

"Anak ayah jangan nakal - nakal tau kat dalam perut ibu? Nanti ibu sakit, ayah tak nak tengok..Janji dengan ayah tau? Yes, ayah pun janji takkan sakitkan hati ibu awak okay?"perut Arin yang berlapik dengan gaun labuhnya itu dikucup dengan mata yang tertutup.

Ya Allah, inilah kebahagiaan yang paling manis pernah Adrian rasai sepanjang hidupnya.Dia bakal menimang anak sulungnya tidak lama lagi!

"Ya, anak ayah pun janji.."ujar Arin dengan suara yang sengaja dikecilkan untuk menyerupai suara kanak - kanak.

Adrian mengangkat kepalanya.Pipi Arin dicubit sebelum dicium.

"Sayang, thanks a lot.."wajah mereka dirapatkan sehingga hidung miliknya dengan gadis itu bersentuhan.Mata Arin direnung dalam.

Arin mengulum senyuman manis.Dia tahu yang Adrian terlalu bahagia pada saat itu.Lihat saja mata bersinar lelaki itu!

"Sama - sama, awak.."

Adrian memeluk tubuh Arin dengan erat sekali.Belakang isterinya itu diusap.

"Sayang, kalau sayang nak makan apa - apa ke, perlu apa - apa ke, just tell me okay? Kalau aku tak de, minta dengan orang kanan aku.."beritahu Adrian sebaik pelukan dileraikan.Wajah Arin ditekup menggunakan kedua tangannya.

Arin menganggukkan kepalanya.

"Tapi sekarang saya nak sesuatu lah.."

Adrian mengerutkan dahi.

"Apa dia, sayang? Bagitahu je, aku beli semua satu kali..Kedai dia pun boleh kalau kau nak..Just tell me now."yakin sekali Adrian berkata.Sudah dia bilang, kalau hal yang berkaitan dengan Arin, dia tidak akan pernah ragu - ragu.

Jangan sahaja jika isterinya itu ingin dia bermadu dengan lelaki lain.Itu dia tak kan ikut walau mengidam macam mana pun gadis tersebut.Gila nak bermadu!

Arin membuat gaya berfikir.Padahal apa yang dia mahu sudah tersimpan lama di dalam ruangan mindanya.Saja je..

"Em..Saya nak bau awak? Boleh?"

Adrian mengangkat kedua keningnya.Dia ingatkan apa lah yang Arin mahu..Rupa - rupanya bau badannya..Haih, comel!

"Ambil lah, memang dari kecil pun aku simpan bau ni untuk kau..Ambil - ambil, aku tak kisah pun..Biar bau badan aku jadi tawar tak de bau."gurau Adrian yang sudah memeluk Arin semula.Setakat bau, dia boleh bagi lah!

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now