bab 16 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

64.9K 4K 555
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

strettt!

Mata Arin membulat besar.Gadis itu sudah tidak dapat berkata apa - apa lagi.Jantungnya terasa hampir terkejut apabila Adrian menghentikan kereta secara mengejut.

"Sayang, are you okay?"kalut Adrian berkata.Tubuh isterinya itu cepat - cepat dibelek.

Arin menoleh ketepi.Nafasnya ditarik dalam sebelum dihembus.Dadanya diusap.Cuba menenangkan perasaan takutnya.

Bang!

Bang!

Bang!

"Sayang!"Adrian terus menundukkan kepala mereka berdua apabila ketiga - tiga lelaki serba hitam itu menembak kearah mereka.

"Awak.."suara Arin mulai berketar.Baju Adrian digenggam erat.Hanya Allah saja yang tahu betapa takutnya seorang Arin Mikaela pada masa itu.Seumur hidupnya, tidak pernah lagi gadis tersebut berada dalam keadaan seperti itu.

Adrian mengusap kepala Arin.

"Sayang, shh jangan nangis."air mata yang mengalir dipipi gadis itu cepat dikesat menggunakan tangan.

Adrian membuka pintu kereta ditempatnya.Pintu itu ditolak luas menggunakan kaki.

"Awak nak pergi mana?"laju Arin menyoal apabila Adrian sudah membuka pintu kereta.Takkanlah lelaki itu mahu tinggalkannya bersendirian disitu?

Adrian menggeleng perlahan.Dahi licin isterinya itu dikucup.Selagi dia tidak keluar, selagi itulah lelaki - lelaki itu akan terus menembak kearah mereka.

"Don't worry, sayang..Duduk diam - diam kat sini..Cuba hubungi Black, Mark atau Carlos..Ingat, jangan buka pintu selagi diorang belum datang..Jangan takut, sweetheart."

Mata Arin berkaca semula.

"Awak, jangan lah tinggalkan saya."

Adrian mengemam bibirnya apabila tangisan Arin mulai pecah.Mata sesekali melihat lelaki - lelaki yang masih setia menghalakan muncung pistol itu kearahnya.

"Arin Mikaela, please.."sejujurnya hatinya turut sayu melihat tangisan gadis itu.Namun, dia juga perlu melawan lelaki - lelaki itu agar mereka terlepas.

Arin memejamkan matanya seketika.Tidak lama kemudian, kepalanya diangguk sekali.Mata dicelikkan semula.

"Hati - hati tau?"perlahan Arin berpesan.

"Of course, sayang."

Adrian menutup pintu itu sebelum langkahnya dibawa kehadapan sedikit.Masih jauh dengan ketiga - tiga lelaki itu.Matanya sudah berubah tajam.

"Dov'è quella cosa?" (Dimana barang itu?) soal salah satu lelaki yang Adrian kira sebagai ketua kumpulan kecil itu.

Adrian tersenyum sinis.Sudah dia agak!

"Nelle tombe di tua nonna."(Dikubur nenek mu.)

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now