bab 28 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

59.2K 3.3K 383
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


"Awak!"

Adrian tersenyum melihat si isteri yang tampak gembira sebaik saja menangkap kelibatnya.Dia lantas mendekati Arin yang duduk dibuaian berbentuk bulatan itu.

"Apa yang sayang buat kat sini hm? Puas aku cari..Ingatkan dah hilang tadi."kata Adrian sebaik melabuhkan duduk disebelah gadis itu.Jangan risau, rekaan buaian itu sangat kuat dan dapat menampung mereka berdua.

Sesuai bagi yang ada partner hidup!

Arin menggelengkan kepalanya.

"Tak de apa - apa..Nak ambil angin malam je."balas Arin lembut.Matanya dibawa kelangit.Dia suka melihat taburan bintang tersebut.Itulah temannya berbicara sejak kecil lagi.

Andai saja, bintang itu manusia, pasti makhluk tersebut pasti sudah bosan mendengar kata hatinya.Apatahlagi bila dia berada didalam perasaan sedih..

Adrian mengusap kepala gadis itu.Rasa bersalah menyinggah pada tangkai hati lelaki itu kerana terlalu lama di bilik kerja sehingga lupa tentang isterinya.

"Aku minta maaf kalau selalu abaikan kau..Aku cuma nak buat semua kerja tu sampai siap, lepas tu aku boleh luangkan masa dengan kau..Macam sekarang ni."

Arin memandang wajah Adrian semula.

"Eh, saya tak apa - apa lah..Saya faham kerja awak..Tak pe, saya memang dah biasa duduk sini malam - malam..Tengok bintang tu..Cantik kan?"ujar Arin.Dia langsung tidak terasa dengan sikap Adrian itu.Lagipun, suaminya itu tidak pernah mengabaikan dirinya.Jadi, buat apa dia hendak berkecil hati bila lelaki itu sudah memberikan segala keperluan?

Adrian menghalakan pandangannya kearah yang ditunjukkan oleh gadis sebelahnya itu.Bintang - bintang yang menyinari langit gelap itu menyapa retinanya.

Cantik! Seperti isterinya!

"Cantikkan? Awak nak tahu sesuatu tak?"

Adrian memandang wajah Arin.Kini tubuh lelaki itu sudahpun sepenuhnya dihadapkan kearah gadis tersebut.Dia sudah bersedia untuk mendengar cerita Arin.

"Hm? Apa dia sayang?"lembut Adrian menyoal.Matanya ralit memandang wajah bujur sirih tersebut.

Arin memandang Adrian.Senyuman manis terukir.Suka bila ada yang mendengar ceritanya.

"Sejak kecil lagi, orang kampung selalu kutuk saya..Walaupun saya masih kecil, diorang tak henti - henti hina, caci, maki saya.."Arin terhenti seketika.Semua kata - kata orang kampung pada dirinya dahulu kembali terngiang - ngiang di telinganya.

Adrian hanya diam mendengar dengan tangan yang sudah menggenggam tangan kecil gadis itu.

"Saya pun tak tahu kenapa diorang benci sangat dekat saya..Bukan setakat orang kampung saja yang bencikan saya, tapi beberapa orang guru saya pun turut ada yang tak suka dengan saya.."

"Guru?"soal Adrian tidak percaya.

Arin mengangguk sambil tersenyum kecil.

"Ya, guru tu terlalu bencikan saya sebab dia kata dia jijik dengan saya..Dia juga selalu kata yang dia takkan sesekali biarkan saya berjaya sebab orang macam saya ni tak layak mendapat kebahagiaan..Sebab tu lah, setiap kali peperiksaan, saya pasti akan jadi yang terakhir dalam kelas."

Adrian mengerutkan dahi.Rupanya, ada juga guru yang bodoh kan? Tak de otak ke guru tu sampai boleh fikir macam tu?

Seriously?

"Guru lain tak bantu kau ke?"

Arin menggeleng.

"Guru yang benci saya tu ialah guru besar saya juga..Jadi, nak tak nak, semua guru dekat situ terpaksa dengar cakap dia..Oh, ada satu guru yang pernah bantu saya, tapi esoknya guru tu dipindahkan kesekolah lain..Makin bertambah lah guru yang bencikan saya sebab menjadi sebab guru tu dipindahkan."ketawa kecil Arin mengingati semua kejadian itu.Namun, tanpa dia sedar, air matanya turut mengalir perlahan.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTOù les histoires vivent. Découvrez maintenant