bab 24 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

59.7K 3.7K 572
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

Adrian membaringkan tubuh Arin diatas katil dengan penuh cermat.Wajahnya masih kekal tanpa riak.

"Awak.."Arin memanggil lelaki itu dengan suara yang lembut.Sejak lelaki itu meletakkannya didalam kereta, tiada bicara langsung antara mereka.Dan Arin tahu, Adrian pasti sangat marah!

Sama ada marah dengan dirinya, ataupun dengan Mak Enah.Dia pun tidak pasti..

Adrian keluar dari bilik untuk mencari ubat - ubatan.Setelah mendapatkan semuanya daripada Puan Zainab, dia laju saja kembali kebilik.

"Pusing."suruh Adrian sambil tangannya sibuk memerah kain kecil yang baru dibasahkan dengan air biasa itu.

Arin mengikut arahan lelaki itu.Postur badan diubah.Kini dia sudah meniarap.

"Tell me kalau sakit."ujar Adrian senada.Baju gadis itu disingkap.Luka pada belakang gadis itu menyapa retinanya.

Arin mengangguk perlahan.Walaupun emosi Adrian masih belum stabil, namun lelaki itu tetap prihatin dengan dirinya.

He is a kind husband.

"I'll start now."

Tuala basah itu ditekup perlahan pada kulit belakang Arin.Semua tingkah lelaki itu penuh kelembutan.Kalau boleh, dia tidak mahu menyakiti gadis itu langsung.

Arin memejamkan mata.Ni baru air biasa, Arin..

Setelah selesai mencuci luka itu, kini Adrian mencapai pula botol antibiotik dan kapas.Kapas tersebut dicarik sedikit.Sedikit cecair antibiotik itu dituangkan keatas kapas tersebut.

"Aw-wak sakit.."

Adrian terhenti dari terus melekapkan kapas basah itu pada kulit Arin.Wajah gadis itu dicari.

"Im so sorry, sayang.."ucap Adrian sebaik menangkap mutiara jernih diwajah isterinya.Rasa marahnya perlahan - lahan mulai reda.

"Aw-wak marah sa-saya ke?"soal Arin dalam sedu - sedannya.Wajah Adrian dipandang dengan mata yang berkaca.

Adrian menggeleng perlahan.Tubuh gadis itu lantas diambil sebelum dibawa kepelukannya.Air mata Arin dikesat.

"No sayang, I just really love you."kepala Arin diusap penuh kasih.Pandangan mata Adrian sudah berubah menjadi layu.Tiada sudah sisa kemarahan dalam diri lelaki itu.

Dia tidak pernah marah isterinya.Dia tahu, gadis itu langsung tidak bersalah dalam hal ini.Namun, perkara yang menaikkan amarahnya ialah, bila dia sendiri yang menyaksikan wanita tua itu tadi menyakiti Arin.Hati siapa saja yang sanggup melihat?

Apatah lagi, dirinya.Suami kepada gadis itu.Suami yang berusaha menjaga gadis itu daripada sebarang bahaya..

"Maafkan saya.."lega hati Arin apabila lelaki itu sudah mahu berbicara dengannya.Perasaan bersalahnya hilang.

Adrian meleraikan pelukan.Kedua tangannya naik menekup pipi si isteri.

"Kau tak bersalah langsung, sayang..I'm sorry sebab tak dapat datang lebih awal tadi.."ucap Adrian dengan mata yang jauh merenung wajah sembap tersebut.

Arin menggeleng seraya tersenyum.

"Tak pe, awak kan ada kerja tadi.."dia faham dengan kerja suaminya itu.Kerja sebagai CEO, memerlukan banyak masa dan tenaga.Dan dia tahu, Adrian bekerja keras sudah semestinya untuk menanggung keluarga mereka.Jadi sebagai isteri, dia perlulah sentiasa bertimbang rasa.

Adrian mengukir senyuman.Dia suka dengan sifat isterinya yang sangat memahami itu.

"Lain kali, kalau nak pergi mana - mana ajak aku sekali..Jangan pernah keluar tanpa aku atau orang - orang kanan aku okay?"pesan Adrian.Dia tidak mahu perkara seperti tadi berulang lagi.Kali ini dia sempat, masa akan datang?

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now