bab 39 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

47.8K 3.2K 424
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

"Nash, who is that girl?"bisik Nasha yang duduk disebelah Adrian itu.

"Haah, Nash..Siapa perempuan tu? Tak baik tau kalau perempuan dengan lelaki yang tak muhrim tinggal satu rumah."

Satu keluhan terlepas dari mulut Adrian.Pelipisnya diurut perlahan.

"Carlos, terangkan..Aku tak larat ni."

Carlos berkira - kira.Wajah Datin Anna dan Nasha yang seakan menagih jawapan daripadanya itu dipandang.

"Em, Black kau je lah."

Black memandang Carlos dengan riak hairan.Tak, kenapa perlu dia?!

"Kenapa pula aku? Kau kan yang tuan suruh..Kau lah yang jelaskan."tolak Black.Suka hati je kan si Carlosa ni suruh - suruh dia!

Adrian mengeluh lagi.

"Siapa jelaskan, aku naikkan gaji bulan ni."ringkas Adrian berkata.

Wajah Black berseri.Gaji? Naik?

"Okay, biarlah saya yang terangkan.."

Datin Anna dan Nasha memandang Black yang sudah ingin menjelaskan itu.

Mark mencebik.Laju saja Black kan kalau berkaitan dengan duit? Dasar lelaki mata duitan!

"Macam ni cerita dia.. Sebenarnya girl yang auntie dengan kak Nasha nampak tadi ialah isteri saya-"

"Kepala hotak kau!"laju saja Adrian mencarut sebaik menangkap hujung ayat Black itu.Isterinya? Memang nak mampus lelaki ni!

Pak!

"Aduh!"Black mengusap belakang kepala nya yang ditampar kuat oleh Mark dan Carlos secara serentak itu.Sakit bangang!

"Yang kau cakap isteri kau tu dah kenapa? Nak mati awal ke apa?"marah Mark.Nanti bukan Black seorang yang dapat denda, sekali dia dan Carlos dapat!

Datin Anna dan Nasha pelik melihat tingkah keempat - empat lelaki di depan mereka itu.Isteri? Isteri siapa sebenarnya?

"Boleh tak dengar aku cakap sampai habis dulu? Yang korang terus hempuk kepala aku dah kenapa? Ingat kepala aku ni bukan dari tanah liat ke hah?"marah Black.

Siapa saja yang marah bila dibuat sebegitu?

"Apa kaitan bodoh tanah liat dengan pukulan? Bangang ke apa?"kata Mark tidak mahu kalah.

"Eyy, boleh tak korang stop gaduh..Akak nak dengar penjelasan bukan gaduh - gaduh manja korang ni!"menyampah betul Nasha melihat pergaduhan lelaki - lelaki itu.Ingat diorang ni tunggul ke apa?

"Mark dengan Carlos ni lah!"

Datin Anna hanya mampu menggeleng.Rupanya, perangai lelaki - lelaki itu tidak berubah langsung..

"Sambung cerita, girl yang auntie dengan kak Nasha nampak tadi ialah isteri saya punya tuan! Haa, tu lah tak dengar sampai habis..Tak rasa berdosa ke tampar kepala orang? Dahlah tak bersalah langsung!"terang Black.Kali ini dengan ayat yang sempurna.

Datin Anna dan Nasha mengerutkan dahi.

"Isteri tuan kamu?"soal Nasha pelik.

Black mengangguk.

"Nash ke?"kini Datin Anna pula yang bertanya.

Black mengangguk juga.

"WHAT?!"hampir terkeluar biji mata Nasha dari soket mata sebaik menangkap penjelasan Black itu.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now