bab 58 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

49K 3.2K 449
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

"Bella, kamu kenapa boleh jadi macam ni nak? Ingat Allah nak.."kata Datin Arissa yang sudah basah dengan air matanya.

Dato' Badrul disebelah Datin Arissa setia menggosok belakang isterinya.Jujur, dia pun turut sedih melihat keadaan anak gadis mereka itu.

Sekejap ketawa, sekejap menangis.

Tiga hari yang lepas, dia dan isterinya telah dihubungi oleh polis.Apa yang lebih mengejutkan mereka ialah, mereka diberitahu bahawa Bella telahpun ditangkap atas kesalahan menculik serta menyakiti seseorang.

Dan baru beberapa hari anak mereka didalam penjara, mereka dihubungi lagi dan diberitahu bahawa Bella mengalami masalah mental yang agak teruk.Sebab itulah satu - satunya anak mereka tersebut dihantar ke hospital penyakit mental.

Jadi, selama gadis itu menghidap penyakit mental, maka selama itu juga lah Bella akan digari walaupun sedang mendapatkan rawatan.

Hati ibu bapa mana saja yang tidak sayu jika diuji sedemikian.Tapi, mengenang kan masalah yang telah dibuat oleh anak gadis mereka, direlakan juga.

"Daddy, nak tahu tak? Bella kan nak sangat dapatkan cip tu dari Nash..Tapi tak dapat - dapat juga.."Bella ketawa di hujung ayatnya.

Dato' Badrul dan Datin Arissa hanya diam mendengar.Kalau mereka tidak dengar, Bella pasti akan mengamuk.

Tidak lama kemudian terdengar suara menangis Bella.Wajahnya merah serta - merta.Air mata yang mengalir dikesat perlahan.

"Nash memang tak pernah ikhlas kawan dengan Bella kan? Daddy? Mummy?"soal Bella dengan wajah sedihnya.

Dato' Badrul dan Datin Arissa kekal diam.Mereka sungguh tidak tahu mahu cakap apa..

Pak!

"KENAPA TAK JAWAB? DAH BISU KE APA?! BELLA TANYA NI!"kini Bella marah pula.Meja kayu itu ditepuk kuat.Rambut dikusutkan sebelum pipinya ditampar sendiri.

Dato' Badrul dan Datin Arissa yang takut melihat aksi agresif Bella itu lantas mengundurkan diri kebelakang.Jauh dari gadis yang sedang mengamuk itu.

Kini Bella sudah pun hilang kewarasan, jadi tidak mustahil jika gadis itu ingin menyakiti mereka.

"Ya Allah, Bella! Mengucap!"ujar Dato' Badrul yang memeluk bahu Datin Arissa itu.Sejak mereka datang lagi, gadis itu sering menceritakan tentang cip yang dimiliki Nash.Tapi mereka langsung tidak tahu apa - apa tentang semua itu!

Bella ketawa sinis.Pasu bunga yang berada diatas meja lantas diambil sebelum dilontar kearah orang tuanya.

Prang!

Pasu bunga kaca yang sudah berderai itu dipandang dengan mata besar.Mereka tidak sangka yang Bella akan bertindak jauh seperti ini.Nasib saja mereka sempat mengelak tadi.

"Jom, kita keluar Rissa..Lagi lama kita dekat sini, lagi mengamuk Bella."kata Dato' Badrul sambil menarik tubuh isterinya untuk keluar dari ruangan tersebut.Tadi mereka dapat elak, tapi kalau sekali lagi? Lebih baik mereka keluar sekarang juga sebelum semuanya bertambah teruk.

Datin Arissa hanya menurut langkah suaminya.Air matanya masih deras mengalir.Tidak rela meninggalkan anaknya berseorangan disitu.

Tapi apakan daya..

"ARGH! AKU NAK CIP TU FAHAM TAK?! KENAPA SEMUA TAK NAK DENGAR CAKAP AKU HAH?! ERGH!"raung Bella dengan tangan yang menarik rambutnya sendiri.Cukup kuat sehingga beberapa helai rambutnya turut tercabut.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now