special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

45.4K 2.9K 600
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

Tok! Tok! Tok!

"Siapa tu?"soal Tan Sri Azhar.Pinggan yang dihulur oleh Arin disambut cepat.

"Haah, siapa tu?"ternyata bukan Tan Sri Azhar saja yang ingin tahu.Malah semua yang ada disitu turut merasakan perkara yang sama.Siapa pula yang datang di awal pagi sebegini?

"Biar saya tengok."namun baru saja Arin ingin mengatur langkah, Adrian sudah pun menarik lengannya.Wajah suaminya itu dipandang.

"No, sayang..Carlos, tengok siapa tu."

Carlos mengangguk sekali.Dia kemudian nya beredar dari situ.Pintu utama rumah itu dituju.

Tok! Tok! tok!

"Sekejap."

Pintu itu dibuka.Dua figura yang sudah berlutut dihadapan pintu itu menyapa retina mata Carlos.Kerutan lantas terukir pada dahinya.

"Arin maafkan kami Arin!"

"Ya, Arin..Maafkan apa yang kami telah buat selama ini..Kami menyesal sangat - sangat..Tolonglah maafkan kami."

Carlos melepaskan keluhan.Sejak bila pula namanya Arin? Carlos Bernard adalah!

"Arin! Tolong lah Arin! Mak Enah janji takkan buat macam tu lagi.."

"Nia pun, Arin!"

Carlos memejamkan matanya.Kakinya yang dipeluk oleh dua perempuan itu ditarik kuat.Sampai terjatuh kebelakang dua manusia itu.

Kisah pula dia?

"Nama aku Carlos."kata Carlos senada.

Mak Enah dan Nia jelas tercengang.

"Nak jumpa puan Arin eh? Kejap."Carlos terus meninggalkan mereka.Kakinya di atur menuju kemeja makan semula.

"Carlos, siapa tu?"tanya Dato' Nazri yang duduk disebelah Tan Sri Azhar itu.Wajah kawan anak lelakinya itu diperhati.

"Mak Enah? Mak Enah ke nama dia? Dia nak jumpa puan Arin..Anak dia pun ada sekali.."jelas Carlos.Tempat duduknya di duduki semula.Kerjanya sudah habis, jadi boleh lah dia bersarapan.

Arin, Puan Zainab dan Adrian pelik.Mak Enah dan Nia? Buat apa mereka kesini?

"Korang makan lah dulu, Arin nak pergi tengok dulu.."Arin sudah bangun dari duduknya.Semua pasang mata yang menatapnya, dibalas dengan senyuman.

"Sayang, biar biy teman."langkah Arin dikejar.Nasi yang masih berada dalam mulutnya itu dikunyah cepat.

Nak biarkan isterinya pergi seorang diri? Memang bukan Nash Adrian lah tu!

Apatahlagi bila dia tahu orang yang ingin jumpa dengan Arin ialah Mak Enah.

"Eh tak pe, biy makan je dulu.."tolak Arin.Rasa bersalah pula dia kerana telah menganggu masa makan si suami.Dia boleh je pergi sendiri.

Adrian menggeleng.Tangan Arin dicapai sebelum dibawa kedalam genggaman.

"Let me accompany you, sweetheart."

Arin senyum.

Mereka mulai menuju kearah pintu yang sudah dibuka oleh Carlos tadi.Dari jauh lagi, mereka sudah melihat dua kelibat yang berlutut disitu.

"Kenapa datang sini?"laju Adrian berkata dengan wajah bekunya.Wajah sayu dua perempuan itu sempat dikutuk didalam hati.Entah apa lagi lakonan anak beranak ni..

Mak Enah dan Nia tidak menjawab soalan Adrian itu.Namun, tubuh Arin laju didekati.Kaki gadis itu dipeluk.

Sama seperti apa yang mereka buat dengan Carlos tadi.Mak Enah dikaki kiri Arin, manakala Nia dikaki kanannya.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now