special | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

51.4K 3K 401
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


Black mendekati dua budak lelaki yang sibuk bermain Lego diruang tamu rumah itu.Memandangkan bateri telefon nya sudah habis, apa kata dia bermain dengan budak - budak itu pula? Macam best je..

"Hey, kids!"

"Karl, mari kepala dia ni.."pinta Nazim tanpa menghiraukan sapaan dari Black itu.Objek kecil yang berada berhampiran dengan kawan barunya itu ditunjuk.

"Ni ke? Nah."sama seperti Nazim, Karl juga langsung tidak menghiraukan Black langsung.Mereka berdua umpama berada didalam dunia sendiri.

Black mengerutkan dahi.Kini dia sudah pun duduk diantara dua budak kecil itu.

"Nazim, cantik tak? Pandai kan aku buat? Kau punya dah siap ke?"

Black melihat Lego Karl yang sudah sempurna membentuk kereta itu.Dia tersenyum penuh teruja.Cantik!

"Weyh, Karl! Pandainya Karl buat!"puji Black ikhlas.Siap bertepuk tangan lagi tau? Serupa kanak - kanak ribena.

Karl dan Nazim melirik serentak kearah Black.Riak menyampah ditayang.

"Karl tanya Nazim, bukan uncle Black."

"Haah, nak cakap Lego Nazim tak cantik lah tu..Heh, kalau abang Black bukannya pandai buat pun kan? Mengata je lebih!"

Black tersentak, tergamam, terpana, dan segala ter yang lain lagi.Dia puji punya main ikhlas, dua budak tu boleh pula marah dia? Ingat dia tiada perasaan kah?

"Aku puji ikhlas tau? Yang korang dua marah aku ni kenapa? Period ke apa?"

Nazim berpeluk tubuh.Manakala Karl pula memicit pelipisnya perlahan.

"Sejak bila pula lelaki uzur abang Black? Ni mesti tak pernah pergi sekolah kan?"

"Entah, period tu untuk perempuan je lah uncle Black.."

Lancar sekali mulut Karl dan Nazim menuturkan ayat tersebut.Tiada sebarang keraguan pada wajah mereka.

"Erk, okay okay aku diam."Black akur.Dia sudah tidak sanggup mendengar ucapan pedas daripada dua sekawan itu.

Baru saja bertemu kemarin, sudah membentuk satu persatuan.Persatuan budak paling pedas didunia!

Karl dan Nazim menyambung aktiviti mereka yang tergendala tadi.Black di situ langsung tidak dipedulikan.

"Pinjam Lego sikit boleh tak?"

Serentak dua budak itu menoleh kearah Black.Mata tajam melirik Black.

"Ke-kenapa korang pandang aku macam tu? Aku ad-ada buat salah ke apa?"soal Black yang sudah mengangkat kedua tangannya keatas.Serupa penjenayah yang ditangkap oleh polis.

"Uncle dah tua tau!"

"Haah, takkan nak main Lego lagi? Ni permainan untuk budak - budak je lah."

Black meraup wajahnya kasar.Sumpah, kalau lebih lama dia disitu, memang mental dia dikerjakan.Patut dia akui, mulut dua budak tu kalau dah bergabung memang tak boleh bawa bincang dah..

"Haa, marah sikit nak lari.."kutuk Karl tanpa memandang Black.Tak payah lihat, dia memang sudah tahu kawan Pak su nya itu sudah ingin lari dari situ.

"Entah, macam budak - budak je nak merajuk..Cengeng!"sambung Nazim pula.

Black yang sudah berdiri itu terhenti.Dia menggenggam buku limanya.Haih, kalau ikutkan hati, memang dia tumbuk dua budak tu.Tapi kalau dia tumbuk, nanti Adrian pasti akan melakukan benda yang sama terhadap nya nanti!

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTKde žijí příběhy. Začni objevovat