bab 55 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

43.6K 3K 388
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

"Hey, wake up!"

Arin mencelikkan mata perlahan-lahan bila terasa wajahnya seperti disimbah air oleh seseorang.Tangan menggosok mata untuk menghilangkan kabur.

Wajah pertama yang dia lihat ialah wajah lelaki asing yang sedang memegang botol mineral itu.Pasti lelaki ini yang menyimbah air ke mukanya!

"Arin!"

Arin lantas menoleh kearah punca suara itu.Matanya terjegil bila melihat wajah gerangan suara tersebut.

"Kak Nasha! Mama!"ternyata bukan dia seorang saja yang dibawa kesitu.Wajah ketakutan Nasha dan Datin Anna di pandang dengan mata berkaca.

Di situ juga terdapat Dato' Nazri yang sudah kepenatan.Wajah lelaki tua itu terdapat satu luka yang sudah mengering darahnya.

"Arin, kamu tak apa - apa kan?"soal Datin Anna yang risau dengan kandungan menantunya itu.Air matanya sudah mengalir deras.

Arin memandang perutnya seketika sebelum satu gelengan diberi kepada Datin Anna.Bila melihat tangan serta kaki Datin Anna yang diikat dengan tali itu, barulah Arin menyedari tangannya juga sedang diikat.

"Ergh, kenapa lah tempat buruk ni juga yang korang pilih? Buat kotor aku je!"

Arin menoleh kearah pintu.Satu figura yang dia kenal menyapa retina matanya.

"Bella.."sebut Arin perlahan.Bella yang berpakaian hitam serta pistol ditangan nya itu dipandang dengan riak tidak percaya.Dalam mindanya sudah terlintas satu kemungkinan.

Disisi lain pula, Dato' Nazri sudah tersenyum melihat kehadiran anak kawannya itu.Dia pasti gadis itu datang untuk menyelamatkan mereka sekeluarga!

"Eh, semua dah bangun rupanya!"riang Bella berkata.Wajahnya tidak terpasang riak bersalah langsung.Jauh sekali ingin membantu orang - orang itu melepaskan diri.

"Bella, cepat buka ikatan uncle ni.."pinta Dato' Nazri sambil cuba melonggar - longgarkan ikatan pada tangan dan kakinya.Senyuman bahagia jelas terpasang pada wajah penuh kerutannya.

Bella berpeluk tubuh.Wajah Dato' Nazri dipandang dengan riak menyampah.

Dia sudah cukup sabar dengan perangai gila harta lelaki tua itu selama ini.Bukannya dia tidak perasan yang lelaki itu selalu saja mengambil kesempatan untuk mengahwinkan dia dengan Nash semata - mata untuk mendapatkan kekayaan keluarganya.

Ceh, Dato' Nazri ingat dia bodoh ke apa?

"Kenapa pula Bella perlu lepaskan?"

Dato' Nazri memandang wajah Bella.

"Jangan lah bergurau, Bella..Cepat bantu uncle, dah sakit tangan ni kena ikat.."

Bella tersenyum sinis.Kaki diatur mendekati lelaki tua itu.Nak sangat kena bantu kan?

"Cepat Bella.."

Buk!

Mata Arin, Datin Anna dan Nasha terus terbeliak melihat tubuh Dato' Nazri yang sudah terlentang kerana disepak oleh Bella.Tidak berhenti disitu, gadis itu juga mulai memijak - mijak perut Dato' Nazri.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now