bab 8 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

71.6K 4.3K 1K
                                    

"Don't say you're weak, if you're actually mine, sweetheart."

Arin membuka pintu gelangsar itu sebelum langkahnya dibawa keluar.Taman yang agak kosong itu menarik perhatiannya.

"Kan cantik kalau ada pokok bunga."

Langkah diatur lagi menuju ke satu kawasan yang kelihatan seperti pondok.Em, pondok moden barangkali?

Yalah, kalau pondok biasa mana ada segala perabot bagai.Ni siap ada sofa mewah dan meja lagi!Memang class lah!

Punggung dihenyak perlahan keatas sofa itu.Selesa!

Kini pandangan gadis itu diliarkan keseluruh laman itu.Dalam hatinya sudah berniat ingin mendekorasi kawasan itu.Tapi kena dapatkan izin dari tuan rumah lah.Lama lagi kot!

"Cantiknya rumah dia."pujinya ikhlas.

Jujur, sebaik saja dia keluar dari kereta Adrian tadi, dia tergamam melihat kemewahan dan kecantikan rumah lelaki itu.Seumur hidupnya tidak pernah lagi dia melihat rumah seperti ini.Dalam televisyen banyak lah!

Sesiapa saja pasti pernah menyimpan harapan untuk mempunyai rumah seperti itu.Begitu juga dengannya.Tapi tak sangka pula yang dia dapat menjejakkan kaki disitu.Rezeki!

"Sayang."

Arin mengurut dadanya.Adrian yang mendekatinya itu dipandang.Lelaki ni hantu ke apa? Tiba - tiba je muncul!

'Dah lah suara besar eh garau!'

Adrian melabuhkan duduk disebelah Arin.Tubuh gadis itu dipeluk dari tepi.Single, diam.

Arin pula hanya diam.Nak dilarang, lelaki tu bukannya dengar pun.So, daripada buang tenaga, baik diam.

"Kau buat apa kat sini sayang?"tepi wajah Arin diperhati.Pelukan dieeratkan.

Arin menggeleng perlahan.

"Tak de apa - apa.."

Adrian mengangkat keningnya sebelah apabila menyedari yang gadis itu masih kekok dengannya.I mean, we're married right?

Arin menoleh sedikit ketepi apabila terasa dirinya seperti diperhati.Dan ternyata dia betul.Adrian sedang sibuk menilik wajahnya.Air liur ditelan.

"Ke-kenapa encik tenung saya macam tu?"

"Aku tak nak kau panggil aku encik lagi."

Arin mengerutkan kening.Aik, lain ditanya lain yang dijawab.Ni mesti tak faham kehendak soalan!Bukannya KBAT pun.

Astaghfirullah, Arin! Suami kau tu!

"Kenapa pula?"laju saja mulut kecil gadis itu menyoal.

Adrian senyum senget.Telinga gadis itu dikacau - kacau dengan jari telunjuknya.

"Encik atau lain? Pilih cepat."

"Eh, kenapa pula dengan encik? Tak salah pun kan?"Arin juga tidak mahu mengalah.Tangan lelaki yang pengacau itu ditolak perlahan.

Adrian menjongketkan kedua keningnya.Tanpa berkira - kira, tubuh kecil isterinya itu diangkat sebelum diletakkan keatas ribanya.Well, she is his babygirl.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now