bab 21 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

61.4K 3.6K 389
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

Arin duduk dimeja solek itu dengan tuala kecil berada ditangannya.Cermin didepannya itu dipandang.Wajah dibelek seketika sebelum rambut dilap kering.

"Sayang.."

Arin hanya diam meneruskan aktivitinya.Tanpa melihat pun, dia sudah  tahu gerangan yang baru masuk tersebut.Siapa lagi kalau bukan, Adrian?

Adrian menghampiri tubuh gadis yang duduk dihadapan cermin sederhana besar itu.Tubuh itu cepat dirangkul dari belakang.Kepala direhatkan di bahu Arin.Senyuman terukir.

"Awak kenapa? Nak apa - apa ke?"soal Arin hairan.Dilihatnya dari cermin, mata Adrian sudahpun terpejam.

Adrian menggeleng.

"Nothing..I just miss you."pelukan dieratkan.Sempat pipi belah kanan gadis itu dikucup sekali.

Arin senyum.Dah macam orang gila pula tengok cermin lepastu senyum sorang - sorang.Ni semua sebab Adrian lah ni!

Adrian meleraikan pelukan.Dia masih setia berdiri dibelakang Arin.Wajah si isteri yang terpantul dicermin itu dipandang penuh rasa kagum.

"Kenapa awak pandang saya macam tu?"

Pergerakan Arin menjadi kekok.Adrian yang masih ralit memandangnya itu sesekali dilirik.

Adrian senyum senget.

"Kenapa kau cantik sangat ni sayang?"

Arin mengerutkan dahi.Dari pagi, cantik lelaki ni tak henti - henti.Baru hari ni ke nampak kecantikannya? Ke apa?

"Awak pun handsome."manalah tahu lelaki itu sebenarnya ingin dibalas dengan pujian yang sama? Sebab tu lah kot tak henti - henti dengan cantiknya..

Adrian berpeluk tubuh.Rambut lantas dirapikan menggunakan tangan.

"Aku tahu."

Arin mengangkat keningnya sebelah.

"Dah tak payah pandang aku macam tu..Give me that towel."

Arin memasang riak pelik.Dah kenapa nak tuala bagai?

"Lambat lah kau ni, sayang."tuala kecil berwarna merah jambu itu terus dirampas dari pegangan si isteri.Kepala Arin dibetulkan penuh lembut sebelum tangannya lincah mengeringkan rambut isterinya.

Arin hanya diam.

Rambut Arin dilap sehingga kering.Kini tangan Adrian mencapai sikat pula.

"Biarlah saya buat sendiri awak.."malu pula dia dibuatnya.Selama ni, dia sendiri yang buat semua itu.Bila Adrian berbuat sedemikian terasa diri seperti di awang - awangan lah pula..

"Shh,"

Arin akur.Dia hanya diam memerhati setiap tingkah Adrian melalui cermin.Tekun sangat wajahnya!

Selepas menyikat rambut lurus Arin, kini Adrian mencapai getah rambut gadis itu pula.Rambut disilang - silangkan sehingga menjadi gaya rambut tocang.Hujung rambut diikat menggunakan getah rambut tadi.

"Done."

Arin menyentuh rambutnya.Senyuman manis terukir.

"Pandainya, awak buat!"

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTDonde viven las historias. Descúbrelo ahora