bab 48 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

44.6K 3K 743
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

"Tuan, puan, sis Nasha."sambut Black sebaik Adrian, Arin dan Nasha keluar daripada perut pacuan empat roda itu.Badannya turut dibongkokkan seperti pelayan di raja menyambut para kehormat mereka.

Jika Black berbuat sesuatu, pasti akan ada saja orang yang mengikutinya.Siapa lagi kalau bukan Mark Heyyez? Kawan sampai matilah katanya!

Semua orang yang ada disitu, hanya diam sambil melihat tingkah Black dengan Mark itu.Tidak kurang juga dengan orang yang mulai berbisik - bisik antara satu sama lain, kagum dengan kemewahan keluarga tersebut.Apatah lagi bila melihat Adrian dan Arin.Bagai pinang dibelah dua sangat!

"Ramainya.."bisik Arin perlahan.Rasa segan serta merta bertandang dalam dirinya.Tambahan lagi bila menyedari semua jemputan yang pergi ke parti itu ialah orang - orang kaya dan ternama.

Adrian yang dapat menangkap bisikan halus isterinya itu tersenyum.Lengan Arin terus diambil sebelum dilingkarkan ketangannya.Tangan lembut gadis itu diusap juga.Dia tahu gadis itu tidak biasa dengan semua tersebut.

"Sayang, keep calm..Aku kan ada."

Arin memandang wajah Adrian.Senyum diberikan, tidak mahu lelaki itu risau dengan dirinya.

"Saya okay je."

Adrian mengusap kepala Arin.Pipi gadis itu dikucup kejap.

Tanpa mereka sedar, ada empat pasang mata yang cemburu melihat kemesraan pasangan tersebut.Usah tanya, memang semua sudah tahu siapa.

"Ehem ehem!"

"Ehem!"

"Panas pula kat sini!"

Adrian membuat muka menyampah.Dia memandang kearah Black, Mark dan Nasha yang sudah tercebik - cebik kearah mereka itu.

Arin pula hanya tertawa.Nasha kalau sudah bergabung dengan Black dan Mark memang satu kepala! Tiga - tiga kepala masuk air..

"Carlos, family aku dah sampai?"soal Adrian tanpa memedulikan tiga orang itu.Wajah Carlos yang berdiri ditepi Mark itu dipandang.

"Sudah, tuan."balas Carlos laju.Sejak sampai lagi, dia sudahpun mencari keluarga tuannya itu.Nak harapkan Black dengan Mark? Dua tu urus makanan sahaja.

Adrian mengangguk.

"Jom, sayang."Adrian terus membawa Arin untuk masuk kedalam rumah banglo mewah itu.Ditinggalkan saja kakak dan orang kanannya disitu.

Black mencebik.Lengan Mark terus ditarik kasar sebelum dirangkul.Kepala dilabuhkan kebahu lebar lelaki Turki tersebut.Heh, dia pun ada lah!

"Sayang, jom baby!"

Mark senyum manis seraya tangannya naik mengusap kepala Black.Cuba melakonkan semula tingkah Adrian dan Arin tadi.

"Jom, baby ku cinta ku bucuk - bucuk!"

Nasha dan Carlos yang melihat sudah membuat muka jijik.Black dengan Mark yang berlari anak sambil berpegangan tangan itu diperhati.Perlahan - lahan mereka mulai berpandangan antara satu sama lain.

"Sah, tak waras."kata mereka serentak.

✪✪

"Pa, Nash dah sampai."

Dato' Nazri yang dari tadi berbual dengan kenalannya itu lantas terhenti sebaik mendengar bisikan Raihan.Dia terus menoleh kebelakang untuk mencari kelibat anak lelakinya yang dikatakan sudah sampai itu.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTOù les histoires vivent. Découvrez maintenant