bab 29 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

56.4K 3.5K 577
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."

Tok! Tok! Tok!

"Masuk!"

Carlos memasuki ruangan pejabat yang sangat moden dan kemas itu.Adrian yang sibuk mengerjakan sesuatu di komputer itu menyapa pandangannya.

"Tuan, maaf mengganggu."

Adrian mengangkat wajah.Carlos yang berdiri didepannya itu dipandang dengan kening terangkat sebelah.

"Kenapa?"soal Adrian hairan.Lelaki itu baru saja masuk biliknya tadi, dan sekarang dia masum lagi? Ada masalah ke apa?

"Tuan, saya baru dapat maklumat yang tuan dijemput menghadiri satu majlis perasmian pada hari khamis ni..Dan mereka kata yang kehadiran tuan sangat penting memandangkan tuan ialah calon ketua arkitek muda tahun ini.."beritahu Carlos.

Adrian mengerutkan dahi.

"Lusa? Dekat mana?"

"Kota Kinabalu, Sabah tuan.."balas Carlos berdasarkan dengan apa yang dia terima tadi melalui e - mel syarikat.Badannya tegak berdiri disitu.

Adrian menyandarkan badannya pada kepala kerusi.Tali leher dilonggarkan.

"Kau tak boleh ganti ke?"

Kalau dulu, senanglah dia kesana kesini.Tapi bila sudah kahwin, terasa berat pula dia untuk meninggalkan isterinya berseorangan dirumah.

Bawa Arin?

Dia yakin, gadis itu pasti tidak ingin turut serta.Isterinya itu kata, dia tak nak menyusahkan dirinya semasa menjalankan urusan kerja.

Carlos menggeleng kepala.

"Maaf tuan, tapi majlis kali ni sangat menggalakkan kehadiran tuan sendiri."

Dia bukannya tak nak gantikan Adrian untuk pergi kemajlis itu, tapi tugasnya sebagai personal assistant lelaki itu pun ada hadnya!Kalau nak temankan boleh lah..

Adrian mengeluh.Kalau tak nak pergi, nanti kena cakap buruk pula dengan syarikat sana.So, selain terpaksa pergi, apa lagi pilihannya?

"Dan kita perlu pergi ke sana sebelum hari khamis..Sebab masih ada perkara yang perlu diuruskan.."

"Apa?! Maksudnya esok?"soal Adrian tidak percaya.Mereka nak seksa dia ke apa?

Carlos mengangguk.

Adrian mengeluh.Pelipis diurut perlahan.

"Kau je lah yang gantikan aku, Carlos."

Carlos mengerutkan dahi.Tidak pernah - pernah tuannya sangat susah untuk pergi keluar negeri mahupun negara.Kenapa hari ini berbeza?

"Tak boleh tuan..Dalam e - mel tadi sudah dijelaskan segalanya tentang kehadiran tuan..Dan saya hanya dibenarkan ikut untuk meneman tuan sahaja."terang Carlos lagi.Cuba membuatkan lelaki dihadapannya itu faham tentang majlis tersebut.

"Hisy, bodoh.."

Carlos memandang Adrian pelik.Ada apa dengan majikannya itu sebenarnya?

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now