bab 60 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

55.5K 3.2K 310
                                    

"Don't say you're weak if you're actually mine, sweetheart."


"Assalamualaikum."

Semua pasang mata terarah ke pintu yang sudah dibuk dari luar itu.Dua orang yang berdiri disana menyapa pandangan mereka.

"Tan Sri Azhar.."sebut Adrian dan Dato' Nazri perlahan.Mereka kenal lelaki itu.

Lelaki yang disanjung tinggi dalam dunia perniagaan.Bukan saja kerana kekayaan dan kemasyhurannya, tapi sikap mulia nya juga sering dipuji ramai.Bukan di Malaysia saja, malah lelaki berpangkat Tan Sri itu turut dikenali diluar negara.

"Ibu, kenapa tak bagitahu Arin yang ibu nak datang? Kalau tak, boleh Arin minta tolong suami Arin jemput.."makin lebar senyuman Arin bila melihat tubuh tua yang semakin mendekatinya itu.Dalam masa yang sama, dahinya juga berkerut.

Siapa pula lelaki dibelakang ibunya itu?

"Bukan ibu yang tak sabar sangat pergi sini..Tapi, ni haa Tan Sri Azhar ni.."balas Puan Zainab sambil mengusap kepala Arin.Hatinya sayu melihat kesan lebam pada wajah cantik itu.

Arin mengerutkan dahi.Lelaki yang di maksudkan oleh ibunya itu dipandang.

"Siapa ni ibu? Kawan ibu ke?"soal Arin dengan riak peliknya.Namun wajahnya tetap terlakar senyuman manis.

Datin Anna dan Nasha juga hanya diam, mereka sebenarnya masih belum kenal dengan dua orang yang baru datang itu.

Ibu? Ibu Arin ke?

Puan Zainab memandang Tan Sri.Bila lelaki itu turut memandang kearahnya, dia lantas mengangguk.Memberi peluang kepada lelaki itu itu untuk mengatakan sesuatu.

Pasti banyak.

"I miss you, my daughter."Tan Sri Azhar tidak dapat menahan lagi.Air mata lelaki nya jatuh sambil mendekati gadis itu.

Arin sudah pelik.Bukan setakat dia, tapi hampir semua yang ada disitu sudah pun mengerutkan dahi tanda tidak faham.

Hanya puan Zainab saja yang masih tenang memandangkan dia sudah tahu segalanya.Dia hanya senyap menanti penjelasan dari Tan Sri Azhar.

"Err, saya tak faham lah, Tan Sri."hujung ayatnya diselangi tawa janggal.Wajah Adrian dipandang.Kelihatan suaminya itu juga sedang memasang riak pelik.

Tan Sri Azhar menunduk sebentar.Siapa saja yang berada ditempat Arin, pasti saja akan menayangkan riak yang sama.

Siapa saja tidak terkejut jika tiba - tiba saja dikhabarkan sebegitu?

"Saya tahu, siapa pun pasti akan terkejut dengar apa yang saya ingin katakan ini.."

Semua masih diam menanti kata Tan Sri Azhar selanjutnya.Dalam kepala sudah memikirkan apa yang ingin disampaikan oleh lelaki tersebut.

"Kamu ialah anak saya, Arin Mikaela."

Terpana.

Itulah yang dirasai oleh semua orang pada masa itu.Apa lagi Arin, orang yang dimaksudkan oleh Tan Sri Azhar itu.

"Maaf Tan Sri, tapi saya rasa Tan Sri salah orang ni..Isteri saya dah tinggal dekat rumah yatim sejak kecil lagi.."ujar Adrian yang menyangka semua itu ialah salah faham.

Arin mengangguk.Turut setuju dengan apa yang dikatakan oleh Adrian itu.

"Arin memang tinggal dengan Puan Zainab ni sejak bayi lagi..Tapi semua tu terjadi sebab perangai tidak semenggah Marinah 23 tahun lalu..Dia ambil kamu dari kami tanpa sebarang keizinan dan tuduh kamu anak luar nikah..Padahal dia tahu, kamu masih punya keluarga."

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now