bab 5 | 𝖍𝖎𝖘 𝖆𝖓𝖌𝖊𝖑 ♡

73.3K 4.5K 1.7K
                                    

"don't say you're weak when you're actually mine, sweetheart."

Arin mecelikkan matanya apabila sinar matahari sudah mencucuk - cucuk matanya.Tidak sampai sesaat, matanya terpejam semula.Sakit bila retinanya bertentangan dengan cahaya matahari tersebut.Seolah - olah dia sudah lama memejamkan mata.

Mata dicelikkan.Kali ini berjaya.

Dia bangun dari perbaringannya.Kepalanya yang terasa masih sedikit pening itu diurut perlahan.

"Lama sangat ke aku tidur?"

badannya diregangkan kekanan dan kekiri.Namun perbuatannya itu terhenti apabila terasa satu lingkaran erat dipinggangnya.Dia tergamam.

Takkan ular?!

Perlahan-lahan, kepalanya dibawa kebawah.Satu lengan kekar yang enak memeluk pinggangnya itu dipandang.

Dia menutup mulut.Matanya terbuka luas.Nafasnya seakan berhenti.

YA ALLAH!

'Siapa mamat ni?Macam mana dia boleh tidur kat sebelah aku ni?Dia curi - curi masuk bilik aku ke?'soalnya dalam hati.

Nafas hangat lelaki itu yang menampar lembut belakang pinggangnya membuatkan Arin semakin panik.

Wajah lena lelaki itu diperhati lama.

'Kenapa macam familiar?'

Ting!

Mulutnya terlopong.Kejadian semalam serta - merta kembali terlayar dikotak mindanya.

"Sah?"

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdulillah."

Arin terdiam.Ya, dia ingat kejadian itu!

"Jadi, aku ni isteri orang ke?"bisiknya perlahan.Tangan gadis itu masih setia menutup mulutnya.

Adrian yang dengar bisikan Arin itu mengerutkan dahi.Tak semena - menanya tubuh gadis itu ditarik sehingga menyebabkan kepala Arin terbaring diatas lengannya.

"Argh!"jeritan kecil itu meniti keluar dari bibir Arin.Terkejut bukan kepalang gadis itu bila dirinya tiba - tiba ditarik.

"Boleh diam tak, hmm? Aku penat."bisik Adrian tepat ditelinga Arin.

Arin hanya diam.Jantung gadis itu sudah mahu meletup apabila lelaki itu dengan selamba merangkul tubuhnya.Nafasnya sudah tidak teratur.Mahu menolak, dia bagaikan tiada tenaga untuk bersuara.

"You didn't answer my question yet, sweetheart."

Arin mengangguk perlahan.Matanya dikelip - kelipkan.

Adrian menggumam perlahan sebelum dia mengeratkan lagi pelukan itu.Kenapa? Tak salah kan?

Arin kekal diam sambil mata gadis itu jauh merenung siling biliknya.Terasa, siling itu kelihatan lebih indah jika berada dalam keadaan seperti ini.

LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEARTWhere stories live. Discover now